31.5.09

CERITA ANAK MUDA KL


kawan ada cerita sikit , mungkin berguna untuk renungan bersama
Tengahari tadi pergi kenduri di Felda Chini 05 orang kuat umno tapi dah kawan kita pergi juga...
Sembang dengan anak muda yang baru balik dari KL.Dia menyentuh tentang ekonomi kita jatuh -5% yang mana dulunya +5% maksudnya 10% kita jatuh ............Lepas tu Pm kita mengatakan dalan masa 6 bulan ia akan pulih semula.......Selanjutnya dia kata "Sudahlahh.....cukuplah nak tipu orang tua saya ...saya dan orang-orang muda jangan lah nak tipu.......nak naik 1% pun belum tentu"

Mungkin ada benarnya ....Oleh kerana kawan ni tak tau bab ekonomi negara maka dengar sajalah.....

Malamnya pula pergi kenduri dirumah adik ipar di Balok jumpa budak manek urai ketua pemuda caw.Katanya Umno akan bagi peruntukan untuk Dun Manek Urai sebanyak 6juta.
Uhh...banyaknya......betulke ?....

Semuanya diharap tidak betul......Percaya atau tidak kita harus berfikir ........tapi yang pastinya budak itu bercerita dan inilah cerita budak-budak sekarang......

29.5.09

TAKSERUPA TAPI TAKSAMA

Jangan tanya saya ..................
...................segalanya dalam bab ini saya tak tau..............



27.5.09

DEKLARASI MANIK URAI??


Copy dari sini

Dengan artikal ini saya bentangkan bukan bererti saya setuju tapi hanya sekadar untuk tatapan sahaja.
( MELAYU SUDAH LUPA ?)

DEKLARASI MANIK URAI??
Saya pernah terbaca buku "Peshawar Night". Buku ini banyak memperkatakan mengenai penyatuan dan perpaduan mengenai Islam yang terdiri dari "Penganut Mazhab Syiah dan Mazhab Sunnah Wa Jamaah dan lain-lainnya. Buku ini banyak menyentuh mengenai persamaan dan cuba menghindari perbezaan yang mengancam perpaduan dan kekuatan. Saya bukanlah pakar penyelidik mengenai"mana yang benar mana yang salah". Namun saya mencintai "kedamaian" dan "perpaduan".
.
Politik menjadi extreme kerana "kepimpinanya" bukan kerana "Partinya". Pemimpin memiliki "etika" tetapi organisasi "tidak memiliki etika". Maka tidak tepat menggunakan istilah "etika UMNO atau etika PAS" kerana asasnya organisasi tidak memiliki etika atau tidak beretika.
.
Barisan Nasional juga tidak berertika. Tetapi Barisan Nasional boleh bertindak untuk tidak bertanding di Manik Urai. Berikan kerusi itu secara percuma kepada PAS. SEKIRANYA ada pihak yang menentang PAS, UMNO dan Barisan Nasional perlu membantu PAS. Buktikan kepada PAS bahawa UMNO lebih ikhlas, bahawa Barisan Nasional lebih ikhlas.

UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah kata "over my dead body" kepada PAS. Orang-orang PAS berjuang kerana PAS mempertahankan "prinsip PAS". UMNO dan BN menentang PAS "kerana politik". Pakatan Rakyat bertelagah dengan Pakatan Rakyat "kerana Prinsip". Mana yang "lebih kontoi" ; "Kerana Prinsip" atau "Kerana Politik".

Soalnya PAS kena juga ikhlas. Ikhlas lebih membawa berkat dari menyimpan bersusun lipat prasangka kiranya ada. UMNO-PAS tak banyak prasangka. Pakatan Rakyat esp DAP-PAS amat tebal prasangkanya terutama di mata rakyat Malaysia.

Manik Urai sebaiknya dijadikan medan perundingan PAS-UMNO demi negara yang tercinta ini. Najib, Nik Aziz, Muyihidin Yassin, Haji Hadi Awang... Please.. Tinggalkan catatan sejarah yang indah buat anak-anak dan generasi akan datang bahawa "kepentingan negara, bangsa dan agama" mengatasi kepentingan politik. Kerana sesungguhnya UMNO (BN) dan PAS hanya berbeza "kerana politik". Ketepikanlah perasaan "ego" masing-masing agar pengikut-pengikut masing-masing juga mengenpikan ego politik mereka yang merugikan Bangsa, Agama dan Tanahair.
.
Setahu saya yang kerdil ini, sejarah merekodkan bahawa PAS sebenarnya lahir dari "tulang rusuk" UMNO. Carilah kebenaran sejarah itu.

23.5.09

4 PENJURU DI PENANATI

CALON DI PENANTI...
Mereka yang turun gelanggang pilihan raya kecil DUN Penanti (dari kiri) pakar motivasi Kamarul Ramizu Idris; Timbalan Pengerusi PKR Pulau Pinang, Mansor Othman; bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah dan Pengurus syarikat yang juga bekas Ketua Pemuda Gerakan Cawangan Telok Wang, Penanti Nai Khan Ari Nai Keow.



Ana tak dapat hadir diPenanti kali ini atas sebab-sebab yang tak apat dielakkan hanya sahabat ana yang pergi satu kereta 3 orang...
Sebentar tadi ana talipon apa perkembangan di Penanti .....
Jawapan ringkas dan padat...
Sepi dan dak ada cabaran......Macam makan nasi tak ada lada...kuah tawar.........
dan gambar ini ana ambil dari blog sahabat-sahabat seperjuangan.




22.5.09

HAKIM WAYER PUTUS

AHMAD MAZLAN KATA HAKIM KES PERAK  WAYER PUTUS 

“Tuan-tuan, hakim yang mengendalikan kes Perak ni putus wayarnya!” Ujar Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan semasa menyampaikan ucapan kepada lebih 800 Ahli UMNO di dewan Sri Jugra Kuala Langat pada malam 20 mei yang lepas.

Mulut Jahat

Mulut Jahat. Itulah yang boleh diungkapkan terhadap Ketua Penerangan yang bongkak, sombong dan tak ingat akhirat ini.

Ahmad Maslan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO oleh DS Najib dengan penuh bersemangat mengutuk hakim Abdul Aziz Abdul Rahim hanya kerana Yang Arif terbabit tidak memihak kepada kerajaan dalam keputusan yang lalu yang melibatkan pengisytiharahan tidak sah MB Perak Dr.Zambry Abdul Kadir di mahkamah tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.

Pandai sangat kah Ahmad Maslan dalam bidang undang-undang sehinggakan hakim yang Arif dikatakan putus wayar? Ahmad Maslan juga dengan bangga berkata beliau yang mempunyai ijazah sarjana muda Sains Politik Universiti Wellington dilantik sebagai ketua penerangan termuda dalam sejarah parti.

“I tanya Najib kenapa lantik I jadi ketua penerangan. Biasa ketua penerangan ni untuk orang yang dah nak out, tapi I baru nak in,”

Sungguh megah dan bongkak hamba Allah berusia 43 tahun ini. Kalau ini lah ketua penerangan yang UMNO miliki, jangan harap boleh menang pilihanraya akan datang?

Ahmad Maslan Kutuk Ahmad Sabu

“Saya katakan angka 121. 121 bermaksud, 1 orang melayu cari 2 orang melayu untuk sertai UMNO, dan 1 bukan melayu untuk sertai BN. Tapi tuan-tuan, angka 121 ini istimewa. Kerana angka 121 inilah bilik yang Ahmad Sabu kena tangkap basah! (sambil ketawa)”

Apa perlunya beliau mengaitkan misi ahli UMNO dengan Ahmad Sabu kena tangkap basah? Bukankah itu melambangkan ketidakmatangan beliau? Seharusnya kedatangan beliau menemui ahli UMNO adalah untuk memberi semangat, visi dan misi kepada akar umbi demi menguatkan lagi parti. Tetapi malang, Ahmad Maslan berkelakuan seperti kanak-kanak yang singkat otak dan terencat akal. Hentam orang sana sini, tanpa menunjukkan relevancy dalam kata-kata beliau.

Bodek Najib Rakyat Meluat

“DS Najib tak pernah kenal Altantuya. Pada malam Altantuya di bom, Datin Sri Rosmah Mansor sedang menghadiri jamuan berbuka puasa di bangunan Tabung Haji. Bila masa pula DS Rosmah terlibat?”

Saya ingin beritahu anak wak Maslan ni, bahawa janganlah terlalu kuat membodek. Malahan rakyat pun sudah jemu mendengar kisah Altantuya dikaitkan dengan Najib ini. Semua orang sudah tahu, apa perlunya beliau berulang-ulang kali sebut fasal perkara ini lagi? Bukankah banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO dalam proses transformasi yang harus dilakukan oleh kita semua?

Jika tiada apa yang bernas untuk disemai ke akar umbi, lebih baik anak wak Maslan ini duduk diam-diam di rumah dan teruskan menambah ilmu di dada. Bukan pergi berkelakuan seperti orang kurang siuman hentam orang sana sini tanpa asas sebab musabab yang berkenaan dengan beliau dan keluarga beliau.

Malang parti UMNO memiliki seorang ketua penerangan seperti ini. Kepada DS Najib, saya berharap Dato Seri tidak mempunyai tabiat yang serupa dengan Tun Dr.Mahathir – tabiat salah melantik orang. Saya yakin, pada hemat saya dan rakyat sekalian yang lain, jawatan ketua penerangan UMNO ini lebih sesuai diberikan kepada Datuk Seri Dr.Rais Yatim, yang memiliki segala-galanya lebih daripada Ahmad Maslan?

Saya juga ingin bertanya kepada DS Najib, sistem KPI yang diperkenalkan kepada menteri-menteri kabinet, adakah ia juga wajar diaplikasikan kepada pemimpin tertinggi parti? Bukankah ia wajar, Datuk Seri? Kita tidak mahu pemimpin yang tidak siuman, kutuk mengutuk dan menghentam orang sesuka hati. Ini jelas bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang diajukan oleh Datuk Seri.

Seorang hadirin semasa pulang berkata kepada saya “Apa dia cakap ni? Tak ada satu pun yang boleh di bawa balik.”

HARAP-HARAP ORANG PAS TAK CAKAP MACAM NI...

UNTUK KITA BERFIKIR

Copy dari sini

Dalam sebuah majlis, seorang usahawan berbangsa Cina yang juga bergelar
Tan Sri sedang ditemuramah oleh seorang wartawan. Duduk berdekatannya
adalah 2 orang jurutera, anak beranak berketurunan India yang bekerja
dengan syarikat Tan Sri tersebut. Berikut adalah perbualan mereka,
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi
negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu.

Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak
sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara.
Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju.
Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi
mencapai kesamarataan antara kaum.

Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera
ini bekerja dengan Tan Sri?

Tan Sri: Oh...sudah lama. 
Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30
tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang
bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang
paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.

Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham
syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata
Tan Sri tadi.

Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. 
Lagipun saya dah bayar gaji
yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika
mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham
syarikat saya pada mereka.

Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik
orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam
Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak
menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?

Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........

Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam
sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.

Pendapat anda?

19.5.09

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM ?..

Antara ciri-ciri sebuah Negara Islam
  • Tidak ada logo halal jakim kerana semua halal dimakan sebaliknya syarikat yang ingin menjual makanan yang tidak halal mesti memohon dari kerajaan .
  • Tidak ada bank yang mengunakan riba ..semua urus niaga bank dengan cara islam ....sebaliknya jika ingin mengunakan riba mesti memohon dari kerajaan ...
  • Dan banyak lagi............
Masaalah kehidupan dan makanan di Malaysia terlalu serius sekarang ....
Bagaimana kita nak mengatasi ...?
Terlalu banyak produk makanan disekeliling kita yang tidak pasti halal haramnya.....
Berita terbaru yang tak pasti, penapis air yang ribu-ribu RM ada bercampur tulang babi ...betul ke..?
Cuba kita sama-sama berfikir dan mencari satu keputusan .......
Kalau kita tanya orang Umno dan ulamak unmo senang jer dia jawab....."kita kena yakin benda yang kita makan".
Diharap orang PAS tak ada yang beri alasan sebegini...

MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM.....?

JAKIM Dan Status Halal

Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita.
Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-

1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe

Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran

Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express

Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.

2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .

3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.

Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ?

Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .

4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.

5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.

6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.

Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.

7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.

8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .

9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.

10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.

11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

16.5.09

NUJUM PAK BELALANG


Copy dari sini
Soalan 1

Tukang Soal : 'Didalam baju hamba, ada sebatang kayu yang telah dipilih,bagaimanakah kia mahu tahu yang mana UMNO dan yang mana PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Mintak pada hamba..!! Apabila sebatang kayu diletakkan di dalam air, yang condong ke bawah itulah UMNO dan yang menegak ke atas itulah PKR..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebabnya... Kita pun telah tahu sekarang ini parti UMNO hampir tenggelam manakala PKR makin tinggi kedudukannya...'


Soalan 2

Tukang Soal : 'Dua ekor anak itik yang baru menetas, yang manakah UMNO dan yang
manakah PKR..??'

Ahli Nujum Negara : 'Ini senang saja, kita letakkan kedua anak itik ke dalam bekas berisi air, yang mengejar itulah PKR dan yang lari itulah UMNO..'

Tukang Soal : 'Sebabnya...!!??'

Ahli Nujum Negara : 'Sebab di dalam negara kita, musuh PKR hanyalah UMNO yang patut kita kejar.. Bukan Parti Amanat Bangsa di Indonesia atau Parti Rak Tai di Thailand..!!!'

Soalan 3

Tukang Soal : ' Ada sebuah masealah,
Satu... baaaanyak-banyak!!... Dua... sedikit-sediiiiikit....!!! Tiga... jarang-jarang!!!... Empat... kad-dang, kad-dang,
Apa itu..???'

Ahli Nujum Negara : 'UMNO!!!'

Tukang Soal : 'Buktikan..!!'

Ahli Nujum Negara : 'Satu... Baaanyak-banyak... Ertinya, ahli UMNO memang banyak dalam negara ini...

Dua... Sedikit-sediiikit... Ertinya, sedikit sahaja yang berani bersuara dari
bilangan ahli UMNO yang banyak itu...

Tiga... Jarang-jarang... Ertinya, jarang-jarang yang kita dengar pemimpinnya berani melawan...

Empat... Kad-dang, kad-dang... Ertinya kad-dang, kad-dang barulah kita dengar dan
lihat ada pemimpin tertinggi UMNO yang mahu mendengar suara ahlinya...'


Soalan 4

Tukang Soal : 'Dimanakah terletaknya kekuatan Laksamana UMNO..?? Di kerisnya kah? atau di jenteranya kah..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan Laksamana UMNO bukan terletak pada kerisnya ataupun pada jenteranya...'

Tukang Soal : 'Dimana terletak kekuatannya..???'

Ahli Nujum Negara : 'Kekuatan UMNO hanya terletak pada TOYOL-TOYOLnya!!'

Tukang Soal : 'Buktikan!!'

Ahli Nujum Negara : 'Laksamana UMNO begitu bergantung kepada toyol-toyolnya untuk menonjolkan kekuatannya... Iaitu toyol dari Media Prima, toyol dari Berita Hairan Polis serta toyol dari Utusan Meloya.. Toyol-toyol inilah yang menampakkan Laksamana UMNO nampak hebat walaupun hakikatnya mereka luka parah...'

'Biasalah... UMNO akan memungkiri janji dan suka lari dari tajuk apabila kalah dalam apa-apa pertandingan.. Tapi bak kata Dato' Seri Anwar Ibrahim,


Soalan Extra

Tukang Soal : 'Kalau Ahli Nujum telus mata dan betul bijaksana...!!! Apakah yang ada
di genggaman beta...????'

Ahli Nujum Negara : '........... ISA !!!..'

13.5.09

Sehari dua ni kalau aku ternampak lambang disebelah ini aku sangat-sangat benci ..tak tau lah mengapa jadi begini...
Terlalu rakus ...
Bagi jer lah Perak tu Pada PR ........
Pulihkan ekonomi negara....yang  degil sangat tu ngapa...?

11.5.09

ALLAH MAKBULKAN DOA KITA


Kita Menang! 
Kemenangan kita adalah kerana kita tidak mengkianati sesiapa. 
Kita berlaku adil dalam semua tingkah laku. Tuhan bersama-sama kita. 
Kita tidak mengalah kerana kita benar.
 Perjuangan kita adalah untuk rakyat.
 Bukan untuk kepentingan diri. 
Mahkamah Tinggi telah mengisytiharkan YAB Dato Seri Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak yang sah.
Ini adalah kemenangan untuk rakyat! 
Kemenagan untuk Perlembagaan dan Kemenangan untuk Keadilan.

CERAMAH UMUM DIKG EMBUN ,MARAN ,PAHANG.

MARAN - Lebih 15,000 orang penyokong Pakatan rakyat telah hadir beramai-ramai bagi mendengar ceramah umum yang disampaikan oleh Menteri Besar Perak yang sah dan juga Ahli Parlimen Bukit Gantang, YAB Dato' Seri Ir.Nizar Jamaluddin  di Markas PAS, Kg.Embun dekat sini malam tadi. rakyat yang hadir berbondong-bondong tanpa mengira kaum telah datang serta sanggup bersusah payah untuk hadir biarpun tidak diberikan sebarang imbuhan oleh pihak penganjur. 








10.5.09

LEMBU FELDA

Ari ni aku nak cakap bodoh sikit  gan orang bodoh ...sebab orang bodoh jer yang boleh cakap dengan orang bodoh ...
Macam kes hantu la....Hanya hantu jer boleh cakap dengan hantu........
Ni kes orang-orang felda peneroka la...senang cerita ....Ngapa banyak  yang bodoh sangat tapi saya rasa dia ada akal tapi bubuh kat mana saya tak tau........
Sikit-sikit cakap  pasal tak kenang budi .....dulu kat kampong  susah  masuk Felda senang...
Felda tuhan awak ke......yang boleh menentui segala senang susah...
Felda tu terlalu kecil disisi dunia ....Jepun ,cina  tak ada felda boleh senang pun .........
Saya sangat pasti kalau Felda tak ada di diMalaysia pun pasti rakyat senang  tapi dengan kaedah yang Allah tentukan.
Tak usah bangga la...dengan Felda....
Felda cucuk peneroka macam lembu memang terpaksa kata felda baik sebab kalau lawan... sakit hidung ...mahu tak mau kena kata baik juga la...
Cakap  ugama pandai tapi tak kemana pun  mengaum kat kandang jer....sembangyang kat saff depan ,pakai jubah meleret...lepas sembahyang sembang pahala tu ...pahala ni...ajak menegakkan agama Allah tak mahu.... alasan..kerajaan dah menegakkan agama Allah....
Ngaji kut mana dia ni......
Cuba kita baca cerita kisah nabi Musa A.S....Apa yang dia tak senang lagi duduk dengan Firaun..?..Tapi demi Agama Allah ....Dia tetap dengan pendiriannya .......
Kalau kita tak nak ikut sejarah nabi nak ikut apa lagi ....?
Aku merapu ari ni.....


8.5.09

SALAM JUMAAT

Sahabat dialam siber  dari Chini ( GAYAPENEROKA ) berkabung selama 3 hari ...
Tiba-tiba saja berkabung ada kematian ke?...
Saya cuma buat andaian mungkin kes Perak kut......
Tenguk blog semua hitammmmmmmmm jer...

ini macam ka...






Tuan..
You.. ada kuasa dalam dewan
52 tahun ..
kita sudah merdeka.......
rakyat sudah tau ..
sapa saja duduk itu kerusi 
ada kuasa..
Tapi ...
Apa pasal you ..
orang usung keluar ?...

6.5.09

1MALAYSIA ATAU WAN MALAYSIA

YANG NI SAYA COPY DARI SINI
BIASA JER.... TAPI SEDAP DIBACA.

Mat Sabu dan kena tangkap kerana mengajak orang ramai sembahyang hajat. Badrul Hisham, ketua pemuda PKR pun kena tangkap sama. Wong Chin Huat pun kena tangkap sebab menganjurkan rakyat pakai baju hitam.

Perhimpunan tidak dibenarkan. Sesiapa yang berhimpun akan dilabelkan perhimpunan haram dan semestinya mesti ditangkap. Malaysia belum lagi terfikir untukmembenarkan perhimpunan sunat dan perhimpunan makruh. Sekitar 500 dari pagar bangunan SUK Perak adalah zon perang. Sesiapa yang berani berada dalam jarak tersebut terimalah padahnya.


Rampas kuasa adalah sesuatu yang digalakkan. Beri rasuah supaya orang politik lompat ke BN adalah sangat disuburkan. Dilakukan secara terang terangan dan direstu. Kalau ada yang ingin menunjukkan sikap bertentangan, gunakan cara gangster untuk settle isu, seperti yang terjadi kepada ADUN Kuala Kurau.

Langgar undang undang, kalau BN yang lakukan boleh saja. Langgar perlembagaan kalau BN yang lakukan boleh saja. Langgar segala peraturan pentadbiran kalau BN yang lakukan, boleh saja.

Buat perkara yang menimbulkan ketegangan, seperti memanggil sidang DUN Perak secara hocus pocus, kalau BN yang lakukan, tak apa, boleh saja. Gunakan duit negara, untuk mengawal ketenteraman orang BN, walaupun tiada ancaman, dan timbul ketegangan pun secara yang tidak perlu, boleh saja, kalau BN yang mahukan itu. Menjahanamkan harta negara boleh saja, kalau BN yang lakukan.

Pemerintahan secara keras. Pemerintahan secara kukubesi. Pemerintahan secara 
mahathirisme.

Itu lah dia yang dimaksudkan 
wan malaysia


MAT SABU KENA TANGKAP PLAK.......

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Mohamad Sabu ditahan pihak polis pukul 3 petang tadi ketika sedang makan di sebuah restoran berhampiran pejabat Siasah.

Beliau yang berada di restoran itu bersama Salahuddin Ayub didatangi sekumpulan anggota polis yang menariknya menaiki sebuah kereta Toyota.

Mohamad berusaha melepaskan diri dan meminta pihak terbabit menunjukkan waran terlebih dahulu tetapi gagal akibat jumlah anggota polis yang lebih ramai.

Penahanan ini dipercayai berkaitan usaha menghalang beliau menyertai majlis solat hajat di Ipoh, Perak esok.

Malam tadi, jurucakap Bersih, Wong Chin Huat telah ditangkap polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataannya tentang 1Black Malaysia.

Pada paginya, beliau bersama pemimpin Bersih mengadakan sidang akhbar bagi menyeru rakyat Malaysia memakai baji hitam esok sebagai bantahan terhadap apa yang bakal berlaku di Dun Perak.

Dua hari lalu, Mohamad Sabu membuat sidang akhbar yang hampir sama dan menyeru rakyat Malaysia memakai baji hitam dan menyertai majlis solat hajat di sebuah masjid dekat Ipoh esok.-siasah

LAAAA........ADA ...LAGI ?.......

Copy dari SINI 

TV HONG KONG TERBITKAN DRAMA BERSIRI ALTANTUYAPDFPrintE-mail
Written by Editor   
Wednesday, 06 May 2009 03:02
Television Broadcast Limited (TVB) sebuah stesyen televisyen Hong Kong akan menerbitkan satu drama bersiri berkisar tentang cerita bagaimana Altantuya dibunuh.

Jalan cerita drama tersebut adalah berdasarkan laporan yang ditulis oleh wartawan dari akhbar French liberation Arnaud Dubous.

http://www.buletinonline.net/images/stories/berita4/image0011.jpgLaporan penyiasatan Dubous telah membawa beliau sehinga ke ibu negara Monggolia, Ulan Bator, Kuala Lumpur dan kemudian pulang ke Paris.

Dubous telah mengaitkan sebuah syarikat Peranchis yang membekalkan kapal selam dengan urusniaga yang kabur, melibatkan Tentera Laut Malaysia.

Urusniaga tersebut, telah dikaitkan oleh Dubous dengan pembunuhan kejam Alytantuya Sahaaribu, seorang model Monggolia, yang bakal berusia 31 tahun (skiranya masih hidup) dilahirkan pada 6 Mei 1978.

Para peminat drama bersiri merasakan drama tentang pembunuhan Altantuya akan menjadi satu siri yang digemari ramai.

Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin telah mengajak orang ramai bersama-sama beliau untuk menghantar kek harijadi ke Putrajaya sebagai simbolik memperingati kes pembunuhan kejam tersebut.

Beliau melalui catatan dalam blognya akan hadir dihadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya bagi menyampaikan ‘kek simbolik itu’ serta menghantar satu memorandum.

BERSEDIALAH AHLI CETAK ROMPAK ....BUAT CD PASTI LAKU........

5.5.09

ALTANTUYA LAGI........

SEPATUTNYA HABIH CERITA INI.............

Copy dari SINI


Mengapa Raja Petra ditahan dibawah ISA? Apa kaitan Rosmah bini Najib dengan Altantuya? Ikuti sebahagian daripada pendedahan Raja Petra yang dibuat di Malaysia Today. Berikut adalah terjemahan bebas dari artikel asal “The Mystery of the Missing Confession”.


Raja Petra Kamarudin____________________________________________________

Dari 12 hingga 22 September 2008, saya ditahan di Pusat Tahanan Polis dimana kebanyakan tahanan ISA menghabiskan masa tahanan selama 60 hari. Tiba-tiba, pada pagi 22 September, saya diberitahu bahawa siasatan terhadap saya, yang dilakukan pada 17 hingga 21hb, akan berakhir dan mereka akan menyiapkan laporan mereka pada hari yang sama.

Itu merupakan kejutan pertama.

Saya sepatutnya menandatangani kenyataan saya hari berikutnya…pada 23hb. Sebaliknya, saya di hantar ke Kamunting pada pagi 23hb tanpa dibenarkan menandatangani kenyataan dan pengakuan saya.

Itu kejutan kedua.

Apa yang ditakutkan oleh pihak atasan sehingga kenyataan dan pengakuan saya mahu disorok daripada pihak yang akan meneliti dan memutuskan sama ada saya boleh dibebaskan atau dihantar ke Kamunting untuk tahanan selanjutnya? Saya tidak tahu kerana mereka tidak pernah memberitahu saya.

Apapun…berikut adalah sebahagian daripada soalsiasat yang dilakukan oleh Cawangan Khas terhadap saya – apa yang ditanya…dan apa jawaban saya.

Kali terakhir awak ditahan selama 54 hari, benar?

Ya. Dari 11 April hingga 6 Jun 2001. Saya rasa lebih kurang 54 hari.

Awak tidak dihantar ke Kamunting, benar?

Benar.

Itu kerana awak bekerjasama. Kalau awak bekerjasama kali ini, ada harapan awak tidak akan dihantar ke Kamunting. Awak mungkin akan dibenarkan pulang kerumah seperti dahulu.

(Saya hanya mengangguk)

Kami mendapati, Akuan Bersumpah awak sukar untuk dipercayaai.

Mengapa awak cakap macam tu?

Kami tak fikir…apa yang awak cakap tentang Rosmah berada ditempat pembunuhan itu betul.

Macam mana awak tahu?

Tak mungkin. Rosah sudah kaya. Dia ada banyak duit. Mengapa dia perlu mengambil risiko untuk berada disana? Dia boleh bayar sesiapa saja untuk melakukan kerja tersebut. Tak perlu dia pergi kesana.

Saya diberitahu bahawa dia sendiri pergi kesana.

Kami tak fikir begitu. Tak masuk akal untuk dia pergi kesana.

Okay…kalau awak cakap macam tu, tapi saya tahu apa yang diberitahu.

Sapa yang memberitahu awak?

Lt. Kol. Azmi Zainal Abidin. Dia merupakan orang nombor dua dalam Cawangan Khas dalam Risik Angkatan Tentera.

Ya..kami tahu siapa dia.

Jadi..oleh kerana awak kenal dia…awak boleh tanya dia.

Tapi..macam mana awak tahu dia bercakap benar? Mungkin dia mahu memerangkap awak.

Saya akui saya tidak begitu mengenali Lt. Kol Azmi. Tapi dia selalu berada di pejabat Tengku Razaleigh. Dia rapat dengan Ku Li dan Anwar Ibrahim juga mengenali dia.

Jadi…awak tidak begitu rapat dengan Lt. Kol. Azmi. Ini bermakna, awak tidak tahu sama ada dia boleh dipercaya atau tidak. Kami rasa, dia memerangkap awak kerana dia sudah terpinggir.

Mungkin kalau saya hanya percaya kepadanya, saya tidak akan berani mengambil risiko. Maksud saya; saya tidak boleh mempercayaai sepenuhnya kerana saya tidak begitu mengenalinya. Tapi, orang yang memperkenalkan dia kepada saya adalah rakan lama saya. Saya mengenalinya kira-kira 45 tahun, lebih lama dari saya mengenali isteri saya. Dan saya percaya kepada rakan saya. Dia memberikan jaminan bahawa cerita itu sah.

Siapa kawan awak itu?

Nik Azmi Nik Daud. Kami memanggilnya Bull. Dia bekerja untuk Tengku Razaleigh. Saya juga bertanya kepada Din Merican untuk bertanya Anwar sama ada saya boleh mempercayaai Lt. Kol Azmi sepenuhnya. Itulah perkataan yang saya gunakan.

Apa Anwar kata?

Anwar berkata..jangan percaya sepenuhnya kepada sesiapa. Walaubagaimanapun,maklumat Lt. Kol. Azmi sangat tepat. Saya juga bertanya John Pang, yang juga bekerja dengan Ku Li, supaya bertanya kepada Ku Li sama ada maklumat ini boleh dipercayaai. Saya memberitahu John apa yang diberitahu oleh Lt. Kol Azmi dan memintanya memberitahu Ku Li. John mengesahkan bahawa Lt. Kol Azmi memberitahu Ku Li perkara yang sama dan maklumat tersebut memang boleh dipercayaai.

Habis..mengapa awak menandatangani Akuan Bersumpah itu?

Tidak..sebenarnya..diawalnya, saya hanya mahu menulis satu artikel, seperti biasa. Tetapi Bull meminta saya menemuinya dahulu sebelum saya menulis apa-apa. Jadi, kami berjumpa diawal April di La Bordega, Bangsar. Bull mencadangkan supaya saya menandatangani Akuan Bersumpah..kerana ia lebih berkesan. Mereka boleh mengabaikan artikel saya, tapi mereka tidak boleh mengabaikan Akuan Bersumpah.

Kemudian…awak tandatangan?

Tidak..saya masih tidak menandatanganinya lagi. Saya risau tentang kesannya. Kami mungkin akan memaksa kerajaan bertindak dan mereka mungkin akan bertindak lebih keras terhadap saya. Seperti yang dikatakan oleh Bull, mereka boleh mengabaikan artikel saya, tapi mereka tidak boleh mengabaikan Akuan Bersumpah saya. Bull meminta perjumpaan kali kedua pada hari Ahad sebelum saya menandatangani Akuan Bersumpah. Kami berjumpa di dataran Merdeka, Selangor Club untuk makan tengahari.

Lepas tu?

Saya beritahu Bull, saya sedikit risau tentang menandatangani Akuan Bersumpah sebab kerajaan sudah pasti menangkap dan mendakwa saya kalau saya buat. Saya rasa, lebih selamat kalau menulis artikel. Tetapi Bull tidak bersetuju. Dia merasakan artikel tidak cukup berkesan. Bull mengatakan, kalau apa-apa terjadi kepada saya, mereka tidak akan membiarkan saya mati dipenjara. Jadi, pada 18 Jun, saya menandatangani Akuan Bersumpah tersebut.

Awak pasti mereka akan datang kemahkamah untuk memberi pengakuan? 

Itu yang diberitahu oleh Bull kepada saya dan saya mempercayaainya. Seperti yang saya katakan, saya mengenalinya selama 45 tahun.

OK…kita tengok sama ada mereka akan datang atau tidak. Tapi kami rasa mereka tidak akan dating. Mereka tidak akan datang untuk membuat pengakuan masa perbicaraan nanti.

Boleh jadi. Mungkin apa yang awak katakana itu benar. Saya tidak tahu. Kita tengok nanti. Lagipun saya sudah didakwa dan perbicaraan akan bermula tak lama lagi. Kita tengok sama ada mereka akan mengotakan janji mereka dan membuat pengakuan semasa perbicaraan. Tapi saya yakin, mereka akan datang kerana mereka telaha berjanji dengan saya.

Kami percaya..awak telah diperangkap. Mungkin mereka mahu menyingkir awak.

Saya tak fikir begitu. Apa pun, kita akan tahu apabila perbicaraan saya bermula. Ia akan menjadi perbicaraan yang menarik kerana apabila kebenaran terserlah. Awak tak fikir begitu?

Pernahkah orang-orang Najib datang membuat tawaran?

Maksud awak…untuk mendiamkan saya? Ya..ada.

Siapa?

Datuk Jamaludin Jarjis.

JJ?

Ya.

Bila?

Tak lama selepas saya didakwa kerana menghasut, sebelum saya menandatangani Akuan Bersumpah. JJ menelefon saya dan memberitahu dia mahu berjumpa saya. Saya tahu dia bekerja untuk Najib…jadi saya bersetuju. Kami berjumpa ditempat letak kereta di Kelab Taman Perdana. Isteri saya menghantar saya kesana dan menunggu tidak jauh dari situ. Dia risau ianya mungkin satu perangkap dan dia mahu berwaspada…sekiranya mereka mahu memerangkap saya.

JJ sampai sekitar 6 petang dan meminta saya masuk kekeretanya. Dia bersaorangan. Saya melambai kepada isteri saya dan memberi isyarat untuk pulang kerumah dan dia mencatit nombor plet kereta JJ..seandainya saya hilang atau diapa-apakan.

Dia memandu kesebuah gerai di Jalan Ipoh dan kami duduk disana dan bersembang. JJ memberitahu saya bahawa Najib memintanya menemui saya dan membuat satu tawaran. Saya bertanya sama ada Najib tahu tentang pertemuan kami dan sama ada dia merestui perjumpaan itu…dan JJ menjawab bahawa pertemuan itu adalah arahan Najib.

Kami berbual selama satu jam. Pada asasnya..dia mahu saya berhenti menulis tentang Najib dan Altantuya. Dia juga bertanya sama ada saya boleh menangguhkan perbicaraan saya sehingga Najib menjadi Perdana Menteri. Apabila Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri, mereka akan menarik balik dakwaan yang dikenakan terhadap saya. Saya juga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM30,000.00 kerana bekerjasama.Walaubagaimanapun, Dia tidak memberitahu untuk berapa lama.

Saya bertanya..bagaimana untuk melengahkan perbicaraan tersebut dan dia menjawab bahawa saya boleh mendapatkan surat doctor untuk mengesahkan saya tidak sihat untuk dating kemahkamah. Saya memberitahunya, sekiranya perbicaraan itu dilewatkan, kos guaman akan meningkat dan dia menawarkan untuk membayar semua kos guaman. Dia meminta peguam-peguam saya menghantar invois dan dia akan membayar semua kos..tidak kira berapa banyak.

Saya memberitahu peguam-peguam saya…sekurang-kurangnya ada orang lain mengetahui perkara ini.

Jadi, apa yang berlaku kepada tawaran tersebut?

Tak lama selepas itu, saya menandatangani Akuan Bersumpah saya. Itu tandanya saya menolak tawaran tersebut. Selepas itu, mereka menahan saya dan mendakwa saya kerana memfitnah. Saya rasa, itu adalah cara mereka menjawab jawapan saya.

Bukankah lebih baik kalau awak menerima tawaran tersebut. Lagi pun, Najib akan menjadi Perdana Menteri tak lama lagi.

Mungkin. Tapi bukankah sekarang sudah terlambat? Saya sudah pun membuat keputusan.

Semua yang diatas adalah sebahagian daripada sessi soaljawab saya dengan Cawangan Khas selama lima hari saya disoalsiasat. Semuanya telah disusun menjadi satu laporan dimana saya sepatutnya menandatanganinya pada 23 September 2008..tetapi tidak berlaku diatas sebab-sebab yang menghairankan. Saya mungkin tahanan ISA yang pertama didalam 50 tahun yang membuat pengakuan tetapi tidak diminta menandatanganinya.

Sumber : UmmiAnni
Komen aku : isk..isk..isk.. kalau semua yang terlibat sama-sama buat pengakuan bersumpah kan bagus. Apa tunggu lagi....pergi masjid bawak al-quran. Panggil imam...angkat sumpah. Jangan ugut imam dah lah...kihkihkih...


3.5.09

MESYUARAT AGONG PAS PEKAN










Ucapan Perasmian YB Hj.Abdul Wahid Endut
Ahli Perlimen Kuala Terenganu.

 Dalam ucapanya beliau menekankan betapa muasabah diri amat perlu dalam satu-satu perjuangan untuk memegakkan Agama Allah ini.
Kita mencari kemenangan dengan kekuatan kita bukanya atas kelemahan lawan.
Kita harus menilai apa yang telah kita buat dalam cawangan kita ,dalam Dun kita,dalam kawasan Perlimen kita .....
Ada berapa surau,masjid,dewan,sekolah kebangsaan ,sekolah agama ,pasti,ada berapa masjid yang mengadakan kuliah masjid dan sebagainya....ini kita seharusnya ambil tahu...Kerana ini adalah tangungjawab kita dalam memperjuangkan Agama Allah ini.
Kita duduk dalam jamaah Islam bukan sebagai pemerhati,duduk dirumah bertanya khabar apa berlaku dipilihanraya dua bukit ....Lepas itu sembang dikedai kopi bercerita .....ini sebagai satu contoh....Kita wajib ada bersama dan sekurang-kurang ada benda kita yang dikirim kesana...
Perkara-perkara yang wajib ada dalam pejuang Islam .
  1. Jangan sesekali lari depan musuh
  2. Jangan sesekali mencari musuh 
  3. Jika di panggil kejemputan kenduri pastikan pergi dan membuat kerja-kerja amal.
  4. Jika ada kematian jangan sesekali tidak hadir dan pastikan kita sama-sama sembangyang jenazah
  5. Pastikan kenduri kita semua pangil dalam satu-satu kampong tidak kira fahaman politik
  6. Apabila mendengar berita sesiapa sakit pastikan kita menziarahi.
  7. Pada muslimah...pastikan adakan usrah setiap minggu dan menziarahi sekiranya ada jiran-jiran yang bersalin dan beri bantuan.
  8. Jangan sesekali buat kerja saat-saat akhir.
Dalam perkara diatas yang paling utama yang wajib kita ingat.
  • ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN
  • JANGAN BERBALAH SESAMA KITA SENDIRI KERANA KEKUATAN UKHWAH KENA ADA KORBAN PERASAAN.
  • JANGAN PUTUS HUBUNGAN DENGAN ALLAH.
Hidup Islam .......Islam untuk semua....
















2.5.09

JANGAN BIARKAN SAMSENG MENGANAS

Copy dari  ape-ape je...la
Sekali lagi dunia ke Polisian kita di uji, kali ini ketelusan kerajaan terhadap apa yang berlaku diera Najib Razak, apa yang berlaku ini tidak munkin boleh di biarkan, jika orang tersebut benar-benar cintakan negara.

Apa yang saya maksudkan disini ialah berita berkenaan Cubaan Bunuh PA ADUN Kuala Kurau yang ada pihak mengandaikan ada kait mengait dengan apa yang berlaku pada 25 Februari 2009 sebagai motif seranganmanakala ada juga pihak tertentu yang mengaitkannya dengan peristiwa 7 mei yang bakal berlaku di DUN Perak.

Walau apa pun andaiannya, yang pasti perkara seperti ini tidak boleh dibiarkan. Kita tidak mahu Malaysia menjadi seperti Pakistan, akibat rasa tidak puas hati terhadap sesuatu pihak, maka ada pihak-pihak tertentu yang sanggup meletupkan diri, demi menghapuskan musuh mereka.

Pihak Polis perlu benar-benar berkecuali, manakala di pihak atasan pula janganlah campur tangan dengan meminta pihak Polis menutup kes dengan hasrat untuk melindungi pihak-pihak tertentu.

Andainya pihak Polis boleh melakukan tindakkan mengikut lunas undang-undang yang betul, adalah diyakini polimik ini akan berakhir dengan baik dan memuaskan semua pihak dan yang paling penting, siapa juga yang melakukan kesalahan perlu dihukum.

Berita terkini, seperti biasa pihak Polis mula mahu menutup segala apa yang berlaku dengan mengeluarkan kenyataaan bahawa mereka menafikan ADUN Kuala Kurau diserang
walaupun dari awal para blogger melapurkan bahawa yang di serang adalah pembantu ADUN Kuala Kurau.

Walau apa pun diharap pihak Polis dapat bertindak dengan seadil-adilnya dan mendakwa semua yang terbabit.

PENOREH GETAH: Umno buang tabiat

PENOREH GETAH: Umno buang tabiat

BETUL...BETULL...BETULLLLL......

Copy dari

1.5.09

Umno buang tabiat

Dalam banyak -banyak artikal perisik rakyat yang aku sangat tertarik 

Terkini dari Perak - Akhbar terlaris Sinar Harian dan juga beberapa akhbar-akhbar lain terutamanya yang berbahasa Cina tidak dibenarkan membuat liputan Sidang DUN Perak yang dijadualkan berlangsung pada 7hb. Mei, 2009 ini di Pejabat SUK Perak.

Arahan ini dipercayai datang dari samseng-samseng Kampung Dusun yang berselindung disebalik "orang atas" (ajaran sesat mungkin) dan mendiami negeri Perak tetapi hanya berhajat untuk membuat onar di Negeri Perak.

Aku cukup setuju kalau semua media dihalang dari buat liputan pada Sidang DUN Perak yang bakal berlangsung ini. kalau boleh, aku mintak jugak supaya Setiausaha Kerajaan Negeri Perak (ni orang UMNO tak panggil gila kuasa atau salah guna kuasa sebab meng"UNTUNG"kan UMNO beruk) keluarkan juga pekeliling atau arahan mengatakan bahawa semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat juga TIDAK BOLEH menghadiri Sidang DUN dengan tak payah bagi apa-apa alasan.

Kalau boleh jugak, aku mintak Setiausaha Kerajaan Negeri buatlah apa-apa yang patut supaya semua ADUN-ADUN Pakatan Rakyat tak boleh langsung menghadiri Sidang DUN.

Lagi banyak arahan gila babi, lagi bagus, tak payah pikir arahan tu lojik ke tak lojik. tak payah nak pikir apa kata rakyat. yang penting, bangsat-bangsat UMNO mesti menang dalam game ini walau dengan apa cara sekalipun..!

Lagi banyak UMNO buat gila, lagi aku suka.

Penggal ni UMNO boleh buat apa saja yang korang suka, asal terniat je, laksanakan terus sesegera mungkin. jangan bertangguh-tangguh..!

Aku tak kisah. sebab aku tau...

PRU-13 nanti MAJORITI Rakyat Malaysia tak kan beri peluang langsung kepada UMNO..!

Ingat kata-kata aku hari ni..! adat kalau dah nak mampus, memang banyak sangat "buang tebiat"nya... biarkan... tunaikan saje "HAJAT-HAJAT TERAKHIR" UMNO/BN sebelum terbenam dalam Sejarah..! 
aku tak mau tengok nanti ada yang mati celik..!

RAKAN BLOGGER