6.5.09

MAT SABU KENA TANGKAP PLAK.......

KUALA LUMPUR, 6 Mei: Mohamad Sabu ditahan pihak polis pukul 3 petang tadi ketika sedang makan di sebuah restoran berhampiran pejabat Siasah.

Beliau yang berada di restoran itu bersama Salahuddin Ayub didatangi sekumpulan anggota polis yang menariknya menaiki sebuah kereta Toyota.

Mohamad berusaha melepaskan diri dan meminta pihak terbabit menunjukkan waran terlebih dahulu tetapi gagal akibat jumlah anggota polis yang lebih ramai.

Penahanan ini dipercayai berkaitan usaha menghalang beliau menyertai majlis solat hajat di Ipoh, Perak esok.

Malam tadi, jurucakap Bersih, Wong Chin Huat telah ditangkap polis dan disiasat di bawah Akta Hasutan ekoran kenyataannya tentang 1Black Malaysia.

Pada paginya, beliau bersama pemimpin Bersih mengadakan sidang akhbar bagi menyeru rakyat Malaysia memakai baji hitam esok sebagai bantahan terhadap apa yang bakal berlaku di Dun Perak.

Dua hari lalu, Mohamad Sabu membuat sidang akhbar yang hampir sama dan menyeru rakyat Malaysia memakai baji hitam dan menyertai majlis solat hajat di sebuah masjid dekat Ipoh esok.-siasah

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER