27.5.09

DEKLARASI MANIK URAI??


Copy dari sini

Dengan artikal ini saya bentangkan bukan bererti saya setuju tapi hanya sekadar untuk tatapan sahaja.
( MELAYU SUDAH LUPA ?)

DEKLARASI MANIK URAI??
Saya pernah terbaca buku "Peshawar Night". Buku ini banyak memperkatakan mengenai penyatuan dan perpaduan mengenai Islam yang terdiri dari "Penganut Mazhab Syiah dan Mazhab Sunnah Wa Jamaah dan lain-lainnya. Buku ini banyak menyentuh mengenai persamaan dan cuba menghindari perbezaan yang mengancam perpaduan dan kekuatan. Saya bukanlah pakar penyelidik mengenai"mana yang benar mana yang salah". Namun saya mencintai "kedamaian" dan "perpaduan".
.
Politik menjadi extreme kerana "kepimpinanya" bukan kerana "Partinya". Pemimpin memiliki "etika" tetapi organisasi "tidak memiliki etika". Maka tidak tepat menggunakan istilah "etika UMNO atau etika PAS" kerana asasnya organisasi tidak memiliki etika atau tidak beretika.
.
Barisan Nasional juga tidak berertika. Tetapi Barisan Nasional boleh bertindak untuk tidak bertanding di Manik Urai. Berikan kerusi itu secara percuma kepada PAS. SEKIRANYA ada pihak yang menentang PAS, UMNO dan Barisan Nasional perlu membantu PAS. Buktikan kepada PAS bahawa UMNO lebih ikhlas, bahawa Barisan Nasional lebih ikhlas.

UMNO dan Barisan Nasional tidak pernah kata "over my dead body" kepada PAS. Orang-orang PAS berjuang kerana PAS mempertahankan "prinsip PAS". UMNO dan BN menentang PAS "kerana politik". Pakatan Rakyat bertelagah dengan Pakatan Rakyat "kerana Prinsip". Mana yang "lebih kontoi" ; "Kerana Prinsip" atau "Kerana Politik".

Soalnya PAS kena juga ikhlas. Ikhlas lebih membawa berkat dari menyimpan bersusun lipat prasangka kiranya ada. UMNO-PAS tak banyak prasangka. Pakatan Rakyat esp DAP-PAS amat tebal prasangkanya terutama di mata rakyat Malaysia.

Manik Urai sebaiknya dijadikan medan perundingan PAS-UMNO demi negara yang tercinta ini. Najib, Nik Aziz, Muyihidin Yassin, Haji Hadi Awang... Please.. Tinggalkan catatan sejarah yang indah buat anak-anak dan generasi akan datang bahawa "kepentingan negara, bangsa dan agama" mengatasi kepentingan politik. Kerana sesungguhnya UMNO (BN) dan PAS hanya berbeza "kerana politik". Ketepikanlah perasaan "ego" masing-masing agar pengikut-pengikut masing-masing juga mengenpikan ego politik mereka yang merugikan Bangsa, Agama dan Tanahair.
.
Setahu saya yang kerdil ini, sejarah merekodkan bahawa PAS sebenarnya lahir dari "tulang rusuk" UMNO. Carilah kebenaran sejarah itu.

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER