
kawan ada cerita sikit , mungkin berguna untuk renungan bersama


.jpg)



AHMAD MAZLAN KATA HAKIM KES PERAK WAYER PUTUS
“Tuan-tuan, hakim yang mengendalikan kes Perak ni putus wayarnya!” Ujar Ketua Penerangan UMNO Ahmad Maslan semasa menyampaikan ucapan kepada lebih 800 Ahli UMNO di dewan Sri Jugra Kuala Langat pada malam 20 mei yang lepas.
Mulut Jahat
Mulut Jahat. Itulah yang boleh diungkapkan terhadap Ketua Penerangan yang bongkak, sombong dan tak ingat akhirat ini.
Ahmad Maslan yang baru dilantik sebagai Ketua Penerangan UMNO oleh DS Najib dengan penuh bersemangat mengutuk hakim Abdul Aziz Abdul Rahim hanya kerana Yang Arif terbabit tidak memihak kepada kerajaan dalam keputusan yang lalu yang melibatkan pengisytiharahan tidak sah MB Perak Dr.Zambry Abdul Kadir di mahkamah tinggi Kuala Lumpur minggu lalu.
Pandai sangat kah Ahmad Maslan dalam bidang undang-undang sehinggakan hakim yang Arif dikatakan putus wayar? Ahmad Maslan juga dengan bangga berkata beliau yang mempunyai ijazah sarjana muda Sains Politik Universiti Wellington dilantik sebagai ketua penerangan termuda dalam sejarah parti.
“I tanya Najib kenapa lantik I jadi ketua penerangan. Biasa ketua penerangan ni untuk orang yang dah nak out, tapi I baru nak in,”
Sungguh megah dan bongkak hamba Allah berusia 43 tahun ini. Kalau ini lah ketua penerangan yang UMNO miliki, jangan harap boleh menang pilihanraya akan datang?
Ahmad Maslan Kutuk Ahmad Sabu
“Saya katakan angka 121. 121 bermaksud, 1 orang melayu cari 2 orang melayu untuk sertai UMNO, dan 1 bukan melayu untuk sertai BN. Tapi tuan-tuan, angka 121 ini istimewa. Kerana angka 121 inilah bilik yang Ahmad Sabu kena tangkap basah! (sambil ketawa)”
Apa perlunya beliau mengaitkan misi ahli UMNO dengan Ahmad Sabu kena tangkap basah? Bukankah itu melambangkan ketidakmatangan beliau? Seharusnya kedatangan beliau menemui ahli UMNO adalah untuk memberi semangat, visi dan misi kepada akar umbi demi menguatkan lagi parti. Tetapi malang, Ahmad Maslan berkelakuan seperti kanak-kanak yang singkat otak dan terencat akal. Hentam orang sana sini, tanpa menunjukkan relevancy dalam kata-kata beliau.
Bodek Najib Rakyat Meluat
“DS Najib tak pernah kenal Altantuya. Pada malam Altantuya di bom, Datin Sri Rosmah Mansor sedang menghadiri jamuan berbuka puasa di bangunan Tabung Haji. Bila masa pula DS Rosmah terlibat?”
Saya ingin beritahu anak wak Maslan ni, bahawa janganlah terlalu kuat membodek. Malahan rakyat pun sudah jemu mendengar kisah Altantuya dikaitkan dengan Najib ini. Semua orang sudah tahu, apa perlunya beliau berulang-ulang kali sebut fasal perkara ini lagi? Bukankah banyak lagi perkara yang perlu dilakukan oleh UMNO dalam proses transformasi yang harus dilakukan oleh kita semua?
Jika tiada apa yang bernas untuk disemai ke akar umbi, lebih baik anak wak Maslan ini duduk diam-diam di rumah dan teruskan menambah ilmu di dada. Bukan pergi berkelakuan seperti orang kurang siuman hentam orang sana sini tanpa asas sebab musabab yang berkenaan dengan beliau dan keluarga beliau.
Malang parti UMNO memiliki seorang ketua penerangan seperti ini. Kepada DS Najib, saya berharap Dato Seri tidak mempunyai tabiat yang serupa dengan Tun Dr.Mahathir – tabiat salah melantik orang. Saya yakin, pada hemat saya dan rakyat sekalian yang lain, jawatan ketua penerangan UMNO ini lebih sesuai diberikan kepada Datuk Seri Dr.Rais Yatim, yang memiliki segala-galanya lebih daripada Ahmad Maslan?
Saya juga ingin bertanya kepada DS Najib, sistem KPI yang diperkenalkan kepada menteri-menteri kabinet, adakah ia juga wajar diaplikasikan kepada pemimpin tertinggi parti? Bukankah ia wajar, Datuk Seri? Kita tidak mahu pemimpin yang tidak siuman, kutuk mengutuk dan menghentam orang sesuka hati. Ini jelas bercanggah dengan konsep “Satu Malaysia” yang diajukan oleh Datuk Seri.
Seorang hadirin semasa pulang berkata kepada saya “Apa dia cakap ni? Tak ada satu pun yang boleh di bawa balik.”
HARAP-HARAP ORANG PAS TAK CAKAP MACAM NI...
Tan Sri: Kerajaan perlu bertindak adil dalam pengagihan kek ekonomi
negara. Tidak boleh ada diskriminasi terhadap kaum bukan Melayu.
Kontrak antara orang Melayu dan bukan Melayu mesti diberikan sama rata demi keadilan. Lagipun bangsa kami banyak menyumbang kepada kemajuan negara walaupun kami digelar sebagai kaum pendatang. Setelah bersusah payah semenjak
sebelum merdeka, maka wajarkah kami dinafikan hak sebagai warganegara.
Orang Melayu perlu lebih berkompromi dengan kaum lain untuk maju.
Liberalisasi perlu dilaksanakan dengan meluas dalam semua sektor demi
mencapai kesamarataan antara kaum.
Wartawan: Tan Sri, boleh saya tahu sudah berapa lama 2 orang jurutera
ini bekerja dengan Tan Sri?
Tan Sri: Oh...sudah lama. Praba ni dah bekerja dengan saya hampir 30
tahun sejak syarikat ni ditubuhkan lagi. Malah anaknya pun sekarang
bekerja dengan saya lebih 10 tahun. Mereka ini adalah pekerja saya yang
paling berdedikasi dan banyak menyumbang kepada kemajuan syarikat.
Wartawan: Kalau begitu, apa kata Tan Sri berikan sebahagian saham
syarikat ni kepada mereka berdua. Lagipun mereka sudah lama bekerja
dengan Tan Sri, malah banyak menyumbang kepada syarikat sepertimana kata
Tan Sri tadi.
Tan Sri: Eh..mana boleh! Ini syarikat saya. Lagipun saya dah bayar gaji
yang mahal kepada mereka berdua dan saya tak pernah halang pun jika
mereka nak kumpul harta. Mana boleh senang-senang saya nak bagi saham
syarikat saya pada mereka.
Wartawan: Macam tu jugalah perasaan Melayu. Tanah ini asalnya milik
orang Melayu. Milik raja-raja Melayu. Lepas tu orang bukan Melayu macam
Tan Sri pulak nak mintak hak sama rata dengan alasan kerana telah banyak
menyumbang. Tan Sri rasa wajar atau tidak permintaan tu?
Tan Sri: ............ ......... ......... ......... ........
Kisah di atas merupakan sedutan daripada kisah benar yang berlaku dalam
sebuah majlis perasmian kilang di Gemas, Negeri Sembilan.
Pendapat anda?
Tolong sebarluaskan kepada rakan-rakan Muslim yang lain sebab ini urusan agama kita.
Berikut adalah beberapa maklum balas dari JAKIM tentang status halal-haram restoran dan makanan :-
1. Restoran berikut telah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) McDonald
2) A&W
3) Secret Recipe
Restoran berikut telah ditarik sijil pengesahan halal JAKIM kerana gagal mematuhi syarat dan piawaian halal :
1) Victoria Station
2) Kam Lun Ta
3) Lotus Family Restoran
Restoran berikut tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM :
1) San Francisco Steakhouse
2) Chicken Rice Shop
3) Kiwi Express
Bagi minuman ringan keluaran syarikat F&N seperti Coke dan 100 plus telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
Bagi kuih bulan dan kuih bakul yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM adalah halal sebagai contoh yang dikeluarkan oleh syarikat KG Pastry atau Noraini’s Cookies dan lain-lain yang ada menggunakan logo halal JAKIM kecuali kuih bulan dari Kam Lun Tai kerana telah ditarik balik pengesahan halalnya disebabkan berlaku perlanggaran syarat dan peraturan halal yang ditetapkan.
2. Ayam segar yang dibungkuskan atas nama Farmbest adalah dikeluarkan oleh Syarikat Sin Mah Sdn Bhd, syarikat ini telah mendapat pengesahan halal JAKIM .
3. Tentang mewarnakan rambut dari segi hukum syarak terbagi kepada :
i. Harus mewarnakan rambut dengan warna selain hitam. Warna hitam hanya harus bagi yang berpenyakit sahaja.
ii. Makruh mewarnakan rambut bagi orang muda.
iii. Haram mewarnakan rambut bagi orang yang terlalu tua.
iv. Haram mewarnakan rambut tanpa tujuan.
v. Harus mewarnakan rambut dengan izin suami.
Dari segi bahan pewarna rambut yang ada di pasaran terbahagi kepada 2 jenis, yang mana kedua-duanya adalah halal dari segi bahan kandungan. Yang menjadi persolan adakah pewarna tersebut telap air atau tidak ?
Pewarna rambut yang di pasaran biasanya akan tertulis pada kotak PERMANENT DYE atau SEMI PERMANENT DYE . Mengikut kajian jenis yang Semi-Permanent Dye adalah jenis yang tidak telap air dan ianya tidak boleh dipakai oleh orang Islam. Begitu juga sebaliknya. JAKIM sendiri tidak pernah mengeluarkan sijil halal untuk produk pewarna rambut kerana ia dikilangkan di luar negara. Untuk pengetahuan, JAKIM hanya akan keluarkan sijil halal untuk produk yang diproses di Malaysia sahaja .
4. Sehingga kini pengeluar makanan supplement dan produk makanan kesihatan yang telah berdaftar dengan JAKIM adalah syarikat Upha. Kebanyakan makanan supplement dari syarikat Upha telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan soft gel untuk kapsul yang digunakan adalah halal, bagi produk jenama Blackmores, Solaray, Seven Seas, 21 Century tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, kerana itu tidak dapat dipastikan kapsul yang digunakan itu walau pun didakwa bersumberkan lembu tetapi tidak diketahui sama ada lembu itu disembelih atau tidak.
Produk yang tidak mendapat pengesahan halal ini adalah kerana itu adalah produk import, maka pengedar dan pengeluar bertanggungjawab mendapatkan pengesahan halal dari badan Islam di negara asal produk tersebut diimport.
5. Restoran Dome dan seluruh rangkaiannya tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM, maka kerana itu tidak dapat dipastikan status kehalalan makanan dan minuman yang disediakan di restoran ini.
6. Soalan: Saya ingin tahu samada semua stall di food court Suria KLCC halal kerana tiada papan tanda yang membezakan gerai yang halal dengan yang tidak halal. Saya juga ingin tahu samada semua restoran di Suria KLCC menghidangkan makanan yang halal (walaupun ada yang menjual arak ): Madam Kwan’s, Spring Garden, Rain Nudle House, Bukhara, Chillis, California PIzza, Kelantan Delights, Chakri’s Palace, Rotiboy Bakeshoppe, Auntie Anne’s Pretzels, Cinnabon, Al-Marjan , Bong Sen (Vietnamese) , Chinoz On the Park, Dome Café, Genki Sushi, Gloria Jean’s Coffees, House of Sudanese Food, San Francisco Steak House/Santini.
Jawapan: Gerai-gerai makan di Medan Selera di KLCC tidak ada yang mendapat pengesahan halal JAKIM termasuklah juga semua restoran yang disenaraikan itu.
7. Baker’s Cottage telah mendapat pengesahan halal dari JAIS ( Jabatan Agama Islam Selangor ), La Boheme tidak dapat dipastikan status halal kerana tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM. King’s Confectionery telah mendapat pengesahan halal JAKIM, Status makanan yang disediakan di Giant dan Tesco ada sebahagiannya yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM, manakala Jusco hendaklah merujuk kepada logo halal yang digunakan pada pembungkusan produk kerana Jusco tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM secara khusus.
8. Kedai Bread Talk & Bread Story tidak pernah mendapat pengesahan halal JAKIM .
9. Sehingga kini JAKIM tidak pernah memberi pengesahan halal ke atas Restoran Burger King, maka dengan itu tidak dapat dipastikan status kehalalan produk yang dijual.
10. Pernyataan mencampurkan minyak **** untuk pembuatan sausage ayam, fish ball dan lain-lain adalah tidak benar bagi produk terbabit yang telah mendapat pengesahan halal JAKIM. Bagi produk Ramli Burger dan Ayamas, memang telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan kedua-dua syarikat ini sentiasa mematuhi peraturan halal JAKIM.
11. Coffee Bean telah mendapat pengesahan halal JAKIM dan telah dipastikan semua bahan yang digunakan adalah halal tetapi Starbuck memang tidak pernah memohon pengesahan halal JAKIM, maka tidak dapat dipastikan kehalalan bahan atau produk di tempat tersebut.

.jpg)
.bmp)
.bmp)
.bmp)
.bmp)


| TV HONG KONG TERBITKAN DRAMA BERSIRI ALTANTUYA | ![]() | ![]() | ![]() |
| Written by Editor |
| Wednesday, 06 May 2009 03:02 |
| Television Broadcast Limited (TVB) sebuah stesyen televisyen Hong Kong akan menerbitkan satu drama bersiri berkisar tentang cerita bagaimana Altantuya dibunuh. Jalan cerita drama tersebut adalah berdasarkan laporan yang ditulis oleh wartawan dari akhbar French liberation Arnaud Dubous. Laporan penyiasatan Dubous telah membawa beliau sehinga ke ibu negara Monggolia, Ulan Bator, Kuala Lumpur dan kemudian pulang ke Paris.Dubous telah mengaitkan sebuah syarikat Peranchis yang membekalkan kapal selam dengan urusniaga yang kabur, melibatkan Tentera Laut Malaysia. Urusniaga tersebut, telah dikaitkan oleh Dubous dengan pembunuhan kejam Alytantuya Sahaaribu, seorang model Monggolia, yang bakal berusia 31 tahun (skiranya masih hidup) dilahirkan pada 6 Mei 1978. Para peminat drama bersiri merasakan drama tentang pembunuhan Altantuya akan menjadi satu siri yang digemari ramai. Ahli Majlis Tertinggi Parti Keadilan Rakyat, Badrul Hisham Shaharin telah mengajak orang ramai bersama-sama beliau untuk menghantar kek harijadi ke Putrajaya sebagai simbolik memperingati kes pembunuhan kejam tersebut. Beliau melalui catatan dalam blognya akan hadir dihadapan pejabat Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya bagi menyampaikan ‘kek simbolik itu’ serta menghantar satu memorandum. BERSEDIALAH AHLI CETAK ROMPAK ....BUAT CD PASTI LAKU........ |
Raja Petra Kamarudin____________________________________________________
Dari 12 hingga 22 September 2008, saya ditahan di Pusat Tahanan Polis dimana kebanyakan tahanan ISA menghabiskan masa tahanan selama 60 hari. Tiba-tiba, pada pagi 22 September, saya diberitahu bahawa siasatan terhadap saya, yang dilakukan pada 17 hingga 21hb, akan berakhir dan mereka akan menyiapkan laporan mereka pada hari yang sama.
Itu merupakan kejutan pertama.
Saya sepatutnya menandatangani kenyataan saya hari berikutnya…pada 23hb. Sebaliknya, saya di hantar ke Kamunting pada pagi 23hb tanpa dibenarkan menandatangani kenyataan dan pengakuan saya.
Itu kejutan kedua.
Apa yang ditakutkan oleh pihak atasan sehingga kenyataan dan pengakuan saya mahu disorok daripada pihak yang akan meneliti dan memutuskan sama ada saya boleh dibebaskan atau dihantar ke Kamunting untuk tahanan selanjutnya? Saya tidak tahu kerana mereka tidak pernah memberitahu saya.
Apapun…berikut adalah sebahagian daripada soalsiasat yang dilakukan oleh Cawangan Khas terhadap saya – apa yang ditanya…dan apa jawaban saya.
Kali terakhir awak ditahan selama 54 hari, benar?
Ya. Dari 11 April hingga 6 Jun 2001. Saya rasa lebih kurang 54 hari.
Awak tidak dihantar ke Kamunting, benar?
Benar.
Itu kerana awak bekerjasama. Kalau awak bekerjasama kali ini, ada harapan awak tidak akan dihantar ke Kamunting. Awak mungkin akan dibenarkan pulang kerumah seperti dahulu.
(Saya hanya mengangguk)
Kami mendapati, Akuan Bersumpah awak sukar untuk dipercayaai.
Mengapa awak cakap macam tu?
Kami tak fikir…apa yang awak cakap tentang Rosmah berada ditempat pembunuhan itu betul.
Macam mana awak tahu?
Tak mungkin. Rosah sudah kaya. Dia ada banyak duit. Mengapa dia perlu mengambil risiko untuk berada disana? Dia boleh bayar sesiapa saja untuk melakukan kerja tersebut. Tak perlu dia pergi kesana.
Saya diberitahu bahawa dia sendiri pergi kesana.
Kami tak fikir begitu. Tak masuk akal untuk dia pergi kesana.
Okay…kalau awak cakap macam tu, tapi saya tahu apa yang diberitahu.
Sapa yang memberitahu awak?
Lt. Kol. Azmi Zainal Abidin. Dia merupakan orang nombor dua dalam Cawangan Khas dalam Risik Angkatan Tentera.
Ya..kami tahu siapa dia.
Jadi..oleh kerana awak kenal dia…awak boleh tanya dia.
Tapi..macam mana awak tahu dia bercakap benar? Mungkin dia mahu memerangkap awak.
Saya akui saya tidak begitu mengenali Lt. Kol Azmi. Tapi dia selalu berada di pejabat Tengku Razaleigh. Dia rapat dengan Ku Li dan Anwar Ibrahim juga mengenali dia.
Jadi…awak tidak begitu rapat dengan Lt. Kol. Azmi. Ini bermakna, awak tidak tahu sama ada dia boleh dipercaya atau tidak. Kami rasa, dia memerangkap awak kerana dia sudah terpinggir.
Mungkin kalau saya hanya percaya kepadanya, saya tidak akan berani mengambil risiko. Maksud saya; saya tidak boleh mempercayaai sepenuhnya kerana saya tidak begitu mengenalinya. Tapi, orang yang memperkenalkan dia kepada saya adalah rakan lama saya. Saya mengenalinya kira-kira 45 tahun, lebih lama dari saya mengenali isteri saya. Dan saya percaya kepada rakan saya. Dia memberikan jaminan bahawa cerita itu sah.
Siapa kawan awak itu?
Nik Azmi Nik Daud. Kami memanggilnya Bull. Dia bekerja untuk Tengku Razaleigh. Saya juga bertanya kepada Din Merican untuk bertanya Anwar sama ada saya boleh mempercayaai Lt. Kol Azmi sepenuhnya. Itulah perkataan yang saya gunakan.
Apa Anwar kata?
Anwar berkata..jangan percaya sepenuhnya kepada sesiapa. Walaubagaimanapun,maklumat Lt. Kol. Azmi sangat tepat. Saya juga bertanya John Pang, yang juga bekerja dengan Ku Li, supaya bertanya kepada Ku Li sama ada maklumat ini boleh dipercayaai. Saya memberitahu John apa yang diberitahu oleh Lt. Kol Azmi dan memintanya memberitahu Ku Li. John mengesahkan bahawa Lt. Kol Azmi memberitahu Ku Li perkara yang sama dan maklumat tersebut memang boleh dipercayaai.
Habis..mengapa awak menandatangani Akuan Bersumpah itu?
Tidak..sebenarnya..diawalnya, saya hanya mahu menulis satu artikel, seperti biasa. Tetapi Bull meminta saya menemuinya dahulu sebelum saya menulis apa-apa. Jadi, kami berjumpa diawal April di La Bordega, Bangsar. Bull mencadangkan supaya saya menandatangani Akuan Bersumpah..kerana ia lebih berkesan. Mereka boleh mengabaikan artikel saya, tapi mereka tidak boleh mengabaikan Akuan Bersumpah.
Kemudian…awak tandatangan?
Tidak..saya masih tidak menandatanganinya lagi. Saya risau tentang kesannya. Kami mungkin akan memaksa kerajaan bertindak dan mereka mungkin akan bertindak lebih keras terhadap saya. Seperti yang dikatakan oleh Bull, mereka boleh mengabaikan artikel saya, tapi mereka tidak boleh mengabaikan Akuan Bersumpah saya. Bull meminta perjumpaan kali kedua pada hari Ahad sebelum saya menandatangani Akuan Bersumpah. Kami berjumpa di dataran Merdeka, Selangor Club untuk makan tengahari.
Lepas tu?
Saya beritahu Bull, saya sedikit risau tentang menandatangani Akuan Bersumpah sebab kerajaan sudah pasti menangkap dan mendakwa saya kalau saya buat. Saya rasa, lebih selamat kalau menulis artikel. Tetapi Bull tidak bersetuju. Dia merasakan artikel tidak cukup berkesan. Bull mengatakan, kalau apa-apa terjadi kepada saya, mereka tidak akan membiarkan saya mati dipenjara. Jadi, pada 18 Jun, saya menandatangani Akuan Bersumpah tersebut.
Awak pasti mereka akan datang kemahkamah untuk memberi pengakuan?
Itu yang diberitahu oleh Bull kepada saya dan saya mempercayaainya. Seperti yang saya katakan, saya mengenalinya selama 45 tahun.
OK…kita tengok sama ada mereka akan datang atau tidak. Tapi kami rasa mereka tidak akan dating. Mereka tidak akan datang untuk membuat pengakuan masa perbicaraan nanti.
Boleh jadi. Mungkin apa yang awak katakana itu benar. Saya tidak tahu. Kita tengok nanti. Lagipun saya sudah didakwa dan perbicaraan akan bermula tak lama lagi. Kita tengok sama ada mereka akan mengotakan janji mereka dan membuat pengakuan semasa perbicaraan. Tapi saya yakin, mereka akan datang kerana mereka telaha berjanji dengan saya.
Kami percaya..awak telah diperangkap. Mungkin mereka mahu menyingkir awak.
Saya tak fikir begitu. Apa pun, kita akan tahu apabila perbicaraan saya bermula. Ia akan menjadi perbicaraan yang menarik kerana apabila kebenaran terserlah. Awak tak fikir begitu?
Pernahkah orang-orang Najib datang membuat tawaran?
Maksud awak…untuk mendiamkan saya? Ya..ada.
Siapa?
Datuk Jamaludin Jarjis.
JJ?
Ya.
Bila?
Tak lama selepas saya didakwa kerana menghasut, sebelum saya menandatangani Akuan Bersumpah. JJ menelefon saya dan memberitahu dia mahu berjumpa saya. Saya tahu dia bekerja untuk Najib…jadi saya bersetuju. Kami berjumpa ditempat letak kereta di Kelab Taman Perdana. Isteri saya menghantar saya kesana dan menunggu tidak jauh dari situ. Dia risau ianya mungkin satu perangkap dan dia mahu berwaspada…sekiranya mereka mahu memerangkap saya.
JJ sampai sekitar 6 petang dan meminta saya masuk kekeretanya. Dia bersaorangan. Saya melambai kepada isteri saya dan memberi isyarat untuk pulang kerumah dan dia mencatit nombor plet kereta JJ..seandainya saya hilang atau diapa-apakan.
Dia memandu kesebuah gerai di Jalan Ipoh dan kami duduk disana dan bersembang. JJ memberitahu saya bahawa Najib memintanya menemui saya dan membuat satu tawaran. Saya bertanya sama ada Najib tahu tentang pertemuan kami dan sama ada dia merestui perjumpaan itu…dan JJ menjawab bahawa pertemuan itu adalah arahan Najib.
Kami berbual selama satu jam. Pada asasnya..dia mahu saya berhenti menulis tentang Najib dan Altantuya. Dia juga bertanya sama ada saya boleh menangguhkan perbicaraan saya sehingga Najib menjadi Perdana Menteri. Apabila Najib ditabalkan sebagai Perdana Menteri, mereka akan menarik balik dakwaan yang dikenakan terhadap saya. Saya juga akan menerima elaun bulanan sebanyak RM30,000.00 kerana bekerjasama.Walaubagaimanapun, Dia tidak memberitahu untuk berapa lama.
Saya bertanya..bagaimana untuk melengahkan perbicaraan tersebut dan dia menjawab bahawa saya boleh mendapatkan surat doctor untuk mengesahkan saya tidak sihat untuk dating kemahkamah. Saya memberitahunya, sekiranya perbicaraan itu dilewatkan, kos guaman akan meningkat dan dia menawarkan untuk membayar semua kos guaman. Dia meminta peguam-peguam saya menghantar invois dan dia akan membayar semua kos..tidak kira berapa banyak.
Saya memberitahu peguam-peguam saya…sekurang-kurangnya ada orang lain mengetahui perkara ini.
Jadi, apa yang berlaku kepada tawaran tersebut?
Tak lama selepas itu, saya menandatangani Akuan Bersumpah saya. Itu tandanya saya menolak tawaran tersebut. Selepas itu, mereka menahan saya dan mendakwa saya kerana memfitnah. Saya rasa, itu adalah cara mereka menjawab jawapan saya.
Bukankah lebih baik kalau awak menerima tawaran tersebut. Lagi pun, Najib akan menjadi Perdana Menteri tak lama lagi.
Mungkin. Tapi bukankah sekarang sudah terlambat? Saya sudah pun membuat keputusan.
Semua yang diatas adalah sebahagian daripada sessi soaljawab saya dengan Cawangan Khas selama lima hari saya disoalsiasat. Semuanya telah disusun menjadi satu laporan dimana saya sepatutnya menandatanganinya pada 23 September 2008..tetapi tidak berlaku diatas sebab-sebab yang menghairankan. Saya mungkin tahanan ISA yang pertama didalam 50 tahun yang membuat pengakuan tetapi tidak diminta menandatanganinya.
Sumber : UmmiAnni
Komen aku : isk..isk..isk.. kalau semua yang terlibat sama-sama buat pengakuan bersumpah kan bagus. Apa tunggu lagi....pergi masjid bawak al-quran. Panggil imam...angkat sumpah. Jangan ugut imam dah lah...kihkihkih...