31.12.08

PAKATAN RAKYAT ( ? )

Copy dari http://nobisha.blogspot.com/

Wednesday, December 31, 2008

PAKATAN RAKYAT BENTUK KERAJAAN MELALUI DEMONSTRASI


People's Alliance for Democracy. Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi. Ringkasnya, Pakatan Rakyat. Boleh kita terjemahkan macam tu?

Agak menarik, Pakatan Rakyat telah menggunakan demonstrasi jalanan, menghalang lapangan terbang Bangkok dan parlimen Thailand. Mereka berbaju kuning. Ribuan turun di jalanan.

Mereka meraikan kemenangan apabila Abhisit Vejjajiva dilantik Perdana Menteri Thailand.

Adakah demonstrasi berakhir di situ? Tidak juga. Sekarang ribuan orang berbaju merah pula berdemonstrasi. Mereka dikatakan penyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Demonstrasi juga. Dulu rakyat demonstrasi pakai baju kuning. Sekarang rakyat demonstrasi pakai baju merah.

Semalam, Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva tidak dapat menyampaikan ucapan dasarnya di Parlimen kerana dihalang oleh rakyat berbaju merah. Dia terpaksa menyampaikan ucapan sulungnya itu di Kementerian Luar Negeri.

Abhisit Vejjajiva ialah graduan Oxford. Rupa-rupanya rakyat Thailand yang berbaju merah juga tak suka graduan Oxford.


Bank Negara Thailand dilaporkan berkata, ekonomi negara itu perlahan pada November tahun ini disebabkan ketidakstabilan politik. Eksport utama turun sebanyak 17.7% dan negara itu mengalami defisit dagangan sebanyak US$896 pada bulan yang sama.

Dalam tempoh enam bulan, Thailand telah mempunyai empat orang Perdana Menteri. Apakah yang dapat dicapai oleh negara itu apabila Perdana Menteri sering bertukar seperti kita menukar lampin anak?

Sunai Phasuk dari Human Right Watch berkata, "Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi memberikan nama yang buruk kepada demokrasi."

Itu cara Pakatan Rakyat bentuk kerajaan di Thailand. Melalui demonstrasi.

Thailand ya?

MASIHKAH KAU INGAT

Copy dari
Friday, March 28, 2008

isLam ariNi
( LINA JOY )~
Kehebatan peguam jahanam ~
Azlina Jailani telah menang di Mahkamah.mereka tak akan menang kerana melawan Allah, mereka hanya menang sementara di dunia... sapa yg lebih berkuasa.... sama-samalah kita berdoa agar kita, generasi kita dan semua Islam yg ada sekarang sentiasa dlm Agama Allah dan dilindungi Allah terpesong aqidah...- Amin -
Pertubuhan Melayu Murtad telah diluluskan!!
Persatuan Melayu Kristian telah SAH ditubuhkan di Malaysia !!
Injil telah dicetak & di edar...
IFC buat RoadshoW besar-besaran sokong kebebasan Beragama...
Bersedialah wahai saudara - saudari ku yang amat disayangi...
BERDOALAH SEMOGA UMAT ISLAM SELAMAT ISLAM DIHINA DI MALAYSIA
Baca sama-sama...Dunia akhir zaman semakin menakutkan bilaberkait dgn soal akidah. Nak jadi apa dah ni??Patut laa ada yang kata tak nak ada anak.Bukan takut nak beranak, tapi takut ada anak yang terpesong akidah.. baik tak de langsung!!
Mufti Perak, Datuk Harussani Zakaria bangkit dalam isu ini dengan membuat kenyataan akhbar bahwa umat Islam wajib isytihar perang terhadap pertubuhan IFC itu dan minta 50 ahli politik Islam yang menurunkan signature sebagai menyokong penubuhan IFC itu bertaubat kepada Allah swt kerana dibimbangi aqidah mereka sudah terbatal [3].
Datuk Harussani juga minta kepada semua penceramah, semua ustaz-ustaz yang mengajar kuliah-kuliah dan semua khatib-khatib, supaya jangan lupa cakap benda ni dalam kuliah-kuliah dan di atas mimbar-mimbar Jumaat bahwa pertubuhan IFC ini adalah musuh Islam di M`sia.
Tuan-tuan tau depa minta apa kat PM?...
Depa send memorandum kepada PM meminta 15 perkara berhubung dengan Islam supaya dimasukkan dalam perlembagaan Malaysia .
Antaranya:
1) Setiap anak yang baru dilahirkan di Malaysia jangan dikaitkan dengan mana-mana agama sehinggalah anak itu berusia 18 tahun - Tu dia tuan-tuan. Ini apa cerita ni? Maknanya, anak-anak kita langsung tidak boleh dididikkan dengan cara Islam. Kita tak boleh bubuh nama Islam kata nak-anak. Sampai umur 18 tahun, baru boleh duduk bincang di mahkamah,tanya kat anak kita, 'Hang nak ikut ugama apa?'...Kalau dia kata nak jadi hindu, maka jadi hindulah dia. Kita tak boleh nak buat apa sebab dah digazetkan dalam Perlembagaan Negara.
2) Di dalam dokumen pengenalan mykad dan passport dihapuskan kolum identiti agama - maknanya, perkataan 'Islam' yang ada kat mykad kita itu,depaminta di'tiada' kan .
3) Mana-mana orang bukan Islam kalau nak kahwin dengan orang Islam, diatidak perlu masuk Islam.
4) Mana-mana orang Islam yang nak kahwin dengan orang bukan Islam,mestilah dia tukar agama kepada bukan Islam.
5) Sebagaimana kerajaan Malaysia menyalurkan dana kepada masjid-masjid,begitu juga kerajaan Malaysia mesti menyalurkan dana kepada semua rumahibadat orang bukan Islam.
6) Peraturan sekolah yang mengizinkan anak orang Islam menutup aurathendaklah dimansuhkan, kerana ia menghina agama bukan Islam.
7) Hapuskan mahkamah syariah kerana ia juga menghina agama-agama lain -mahkamah syariah kalau takdak, habih la kita tuan-tuan. Walaupun la ni bukannya perfect, tapi itulah satu-satunya mahkamah yang defence agamakita. Kalau mahkamah syariah disingkirkan, masalah faraid pusaka, masalahnikah kahwin, cerai talak apa semua tu macamana?...Kalau tak dak mahkamah syariah, maknanya, perkahwinan tidak akan berjalan di atas akad nikah,sebaliknya, perkahwinan akan dibuat secara berdaftar.
8) Mana-mana orang bukan Islam yang masuk Islam, semua hartanya dikembalikan kepada waris yang tidak beragama Islam.
9) Mana-mana pasangan yang bukan Islam, apabila masuk Islam, maka hak penjagaan anak tidak boleh diberikan kepada mereka.
10) Sebagaimana program-program di radio dan tv yang menerangkan tentang ajaran Islam dalam bahasa ibunda masing-masing, begitu juga ajaran-ajaran lain daripada Islam juga perlu diberi ruang.
11) Sepertimana Quran, hendaklah kerajaan Malaysia turut mencetak bible dalam bahasa Melayu untuk diedarkan di seluruh negara.
12) Apa istimewanya Islam sehingga ditabalkan sebagai agama rasmi diMalaysia ? ...Anda boleh refer dalam Majalah Millenium Muslim.
Ini dia tuan-tuan, Islam diludah depan mata kita sendiri, so mana sensitiviti kita terhadap agama kita sendiri?...Datuk Harussani tegur PM dan 50 ahli politik Islam yang sokong pertubuhan tersebut supaya dibatalkan pertubuhan itu.
Tau 50 orang Islam tu kata apa?...Depa kata kat Mufti Perak, 'Ni lah kalau dah terlalu tua jadi mufti, tak open minded langsung!'...Datuk Harussani balas dalam majalah 'Millenium Muslim',katanya, 'Di atas sikap open-minded rakyat Malaysia yang terlampau lebih,maka inilah hadiahnya!'... Ini dia kata-kata seorang ulama di Malaysia . Yang lainnya sunyi sepi termasuklah akhbar-akhbar, macam ada benda dalam mulut sampai tak boleh nak buka!
-------------------------------------------------------------------------
Kata Al-Imam Ibn Kathir didalam tafsirnya: 'Sepertimana yang Tartar berhukum dengan berteraskan sistem pemerintahan yang diambil daripada raja mereka Genghiz Khan yang telah mencipta untuk mereka undang-undang Yasak yang merupakan sebuah buku menghimpunkan hukum-hakam yang diambil daripada syariat yang berbagai, iaitu Yahudi, Nasrani, Islam dan lain-lain.Dalamnya juga banyak hukum-hakam yang diambil daripada fikiran dan hawa nafsunya semata, lalu dijadikan undang-undang yang diikuti oleh anak cucunya. Mereka mendahulukannya melebihi kitab Allah dan SunnahRasulullah, sesiapa yang berbuat demkian maka dia adalah kafir dan wajib diperangi sehingga dia kembali kepada hukum Allah dan Rasulnya dan tidak berhukum selain daripadanya dalam perkara kecil ataupun besar (rujukan tafsiral-Quran al-'Azim oleh al-Imam Ibn Kathir jld. 2, m.s. 70. Cetakan Beirut) Allahua`ala `alam.

MALAYSIAKU

Copy dari

RM 27,545.80 sehari untuk istana PM dan TPM
KUALA LUMPUR : Dewan Rakyat diberitahu, Kerajaan Malaysia menyewa kediaman Perdana Menteri, Sri Perdana sebanyak RM4.15 juta setahun atau RM345, 833.33 sebulan dari Putrajaya Holding.Untuk menyelenggarakannya pula, kerajaan menanggung RM1.89 juta setahun atau RM158,051.40 sebulan.Kediaman Timbalan Perdana Menteri pula yang bernama Seri Satria, kerajaan menyewa sebanyak RM2.74 juta setahun atau RM228,333.33 sebulan manakala penyelenggaraannya adalah RM94,156 sebulan.Ini bermakna, kerajaan menanggung RM27,545 sehari untuk membayar sewa dan menyelenggarakan kedua-dua istana pemimpin negara ini."Inilah bangunan yang Almarhum Datuk Fadzil Nor dulu cadang untuk dilelongkan jika BA (ketika itu) berkuasa. Saya tidak tahu tentang anda tetapi saya sendiri tidak terbayang begitu banyaknya wang yang dibelanjakan untuk menampung PM dan TPM kita sekeluarga," tulis Roslan Shahir, Setiausaha Akhbar Presiden PAS dalam blognya.Sewa sehari Seri Perdana bersamaan RM11,527.77 sehari, sedangkan gaji pokok permulaan seorang guru dengan diploma hanyalah RM1,405.71.Dengan RM1,405.71 inilah guru tadi menampung keluarga dan kehidupan hariannya sedangkan kita membayar RM11, 527.77 sehari buat PM kita! Malah menurut jadual tangga gaji baru seorang Ketua Polis Negara pun dibayar lebih murah (perbandingan gaji pokok permulaan) dari kita menyewakan Seri perdana untuk Perdana Menteri kita.Gaji pokok permulaan KPN adalah RM9, 615.98 (menurut Pekeliling Perkhidmatan Bil. 8 tahun 2007) sebulan."Jadi apa nak kita lakukan?" tanya Roslan.Dalam pada itu, tulisnya, rakyat diseru berjimat cermat. Tahun depan mungkin keadaan ekonomi semakin gawat, syarikat-syarikat gergasi dunia sudah mula memberhentikan para pekerjanya."Dan kita dalam susah-susah memuntahkan dari isi perut hampir RM10 juta setahun bagi menempatkan tak sampai 10 orang di dua istana kerana mereka adalah PM dan TPM kita," tulis beliau. - Siasah

26.12.08

KUASA FELDA

Copy dari gayapeneroka

Salam sejahtera
Dalam akbar sinar harian pada 27 Nov.2008 menjelaskan sebahagian daripada keadaan sebenar yang ada dalam Felda.
Masaalah yang tak pernah selesai… satu demi satu masaalah yang timbul yang tidak pernah diketahui oleh orang luar .Mungkin orang luar mengatakan Felda bagus ..bla….bla…dan sebagainya.Sebaliknya untuk menegaklan keadilan untuk semua peneroka tidak ada sama sekali….yang ada masuk kekantong Felda dulu baru peneroka memang ada dan itulah Felda punya kerja.
Dalam isu BTB .Pada mulanya para peneroka sangat setuju apabila Felda menyekat pembelian sawit dari pengusaha luar yang terdiri dari kalangan bukan bumiputra, harapan dengan sekatan ini,peneroka yang mempunyai kemampuan dapat mengambil alih pembelian dan secara langsung meningkatkan lagi pendapatan peneroka itu sendiri .
Koperasi dirancangan juga dapat meningkatkan lagi pendapatan sekiranya keadilan itu wujud pada Felda.
Apabila peneroka mendengar berita Felda menyekat pembelian dari syarikat luar ,semua peneroka gembira .tetapi kegembiraan itu terlalu singkat apabila selepas itu Felda menyekat pula pengusaha dari kalangan peneroka dan koperasi itu sendiri.Dimana silapnya …
Dikalangan peneroka yang taman sendiri kebingungan,gembira menjadi duka..sehinggalah pengurusan rancangan membuat perjumpaan pada pengusaha ladang sendiri yang isinya penuh dengan bunga-bunga harum kasturi diiringi dengan minuman dan makanan yang lazat-lazat .leka seketika…Maka semua peneroka tanam sendiri menghantar BTB melalui Felda dengan tahanan 20%.selepas sebulan tahanan menjadi 40% tampa notis,selepas sebulan lagi pembayaran pendapatan menjadi tak menentu dengan alasan yang berbagai-bagai dan yang terbaru peneroka taman sendiri tidak mendapat RM2000.00 seperti peneroka yang bersama Felda.alasannya bla…bla… yang tidak pernah dibincangkan dalam peringkat perbincangan dulu.Dalam masa itu aktiviti ekonomi dalam rancangan tidak rancak .dan yang paling ketara koperasi peneroka mengalami masaalah ekonomi.Haruskah peneroka merasa bangga dengan Felda yang mempunyai kuasa penentu sehingga MPOB tunduk pada Felda
Peneroka keliru…
Diantara LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA dengan FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY kedudukannya bagaimana diantara satu sama lain…Isu ini menjadi tajuk perbualan diwarong-warong kopi …
Ramai peneroka kembali menghantar BTB pada pehak luar yang bukan bumiputra dengan alasan ia tidak ada pemotongan dan ianya tunai.
Siapa rugi ….Tidak lain melainkan peneroka keseluruhan yang rugi .
Ini yang peneroka perjuangkan agar tidak ada pengaliran wang keluar.Felda tidak pernah rugi kerana Pembeli luar yang bukan bumiputra itu menghantar kembali BTB yang dibeli dari peneroka kekilang sawit Felda semula…
Dimana silapnya..

Selanjutnya http://gayapeneroka.blogspot.com/

22.12.08

UMNO BUAT TAK PER

Gambar Copy dari http://ahmadtarmizi.blogspot.com/
Kerajaan marah kat JERIT kerana guna budak-budak ....
Ni BN buat ni macam budak jer...ke orang kenit

21.12.08

DEBAT HUSAM MUSA V KJ

Copy dari pemuda besut
Husam kata berlaku transformasi politik yang hebat pada PRU-12.
Khairy plak jawab sebenarnya rakayt hanya memberi undi protes kepada pakatan rakyat. Undi kepada pakatan rakyat hanyalah untuk mengajar UMNO. Khairy menegaskan rakyat akan mengundi BN semula pada PRU akan datang...
Prof Aziz plak jawab sebenarnya tidak ada istilah undi protes. Rakyat undi dengan kerelaan hati untuk mengundi pakatan rakyat. Prof juga bertanya kenapa bila orang x undi kita kita akan cakap tu sebagai protes?
Debat semakin rancak dengan isu Negara Islam dan beberapa isu yang berbangkit di dalam kerajaan negeri selangor dan Perak.
Ade beberapa kritikan hebat kepada suruhanjaya yang baru ditubuh kerajaan BN iaitu suruhanjaya yang berkaitan rasuah dan juga perlantikan hakim.
Kata khairi ini adalah kejayaan UMNO melakukan transformasi dalam kes ini bagi mewujudkan keadilan.
Husam dan Prof membidas ini hanya satu gimik politik kerana tidak berpijak di bumi yang nyata. Dalam isu perlantikan hakim PM masih mmpunyai kuasa besar dalam menentukannya. Prof Aziz selaku orang yang pakar dalam undang2 begitu hebat mengkritik suruhanjaya baru yang dibentuk ini dakwanya ini satu lagi suruhanjaya ditubuhkan oleh BN. Azam itu ada tetapi pelaksanaan bakal pincang dengan mengambil contoh kegagalan SUHAKAM dalam membawa suara2 yang teraniaya. Sudah beberapa kali SUHAKAM menyediakan laporan untuk dibawa ke parlimen tp PM buat pekak bodoh jer..kata Prof Aziz..
Keadaan semakin panas. Sorak menyorak berlaku antara penyokong PAS dan juga penyokong UMNO. Tetapi disiplin penyokong PAS dapat mengawal keadaan walaupun penyokong PAS adalah majority di dalam Dewan Balai Islam Lundang.
Isu perlantikan MB Perak cuba dimainkan khairy. Husam menjelaskan beliau terlibat secara langsung dalam perlantikan MB Perak dan kata Husam lagi DAP memberikan sepenuh komitmen dalam perlantikan Saudara Nizar sebagai MB Perak. Jadi tidak ada isu pertelegahan dalam isu perlantikan MB perak. Husam mengigatkan Khairy supaya jangan cuba menjadi lidah utusan.
Isu UITM juga timbul apabila seorang penyokong UMNO bangun bertanyakan soalan kepada Husam. Belum sempat Husam ingin menjawab soalan itu dijawab oleh Prof Aziz bahawa itu adalah perkara kecil dan sudah basi. Sepatutunya soalan itu tidak ditanya lagi. Jawapan itu disambut dengan sorakan sokongan oleh penyokong2 PAS. Tambah Prof Dr Aziz lagi TPM Najib sendiri akan menghapuskan DEB. Kenapa UMNO tidak bising bila Najib nak hapuskan DEB? Hujah ini terus mendiamkan penyokong UMNO ibarat mulut mereka disumbat batu.
Husam juga menyentuh isu IJN yang cuba diswastakan oleh BN. Ini mengambarkan betapa BN tidak memikirkan kesannya kepada rakyat.menifestasi keuntungan menyebabkan mereka cetek untuk berfikir. Tiba2 kerajaan menangguhkan penyerahan ekuiti IJN kerana perlaksanaanya belum dibuat kajian. Tengok betapa BN tidak mengkaji secara mendalam isu kepentingan rakyat. Segala keputusan dibuat secara ad-hoc ataupun secara tergesa2. bila mendapat tentangan hebat barulah kerajaan nak kaji balik.
Khairy juga ditanyakan soalan bertalu-talu oleh Presiden kelab penyokong PAS dalam sesi soal jawab. Aku x ingat ape dah nama pak cik kita tu. Sorg berketurunan cina. Beliau mengenali konsep ketuhanan melebihi pemahaman khairy terhadap Islam. Bezanya beliau bukan Islam dan khairy adalah seorang Islam. Kalau pakcik tu masuk Islam mesti die lebih hebat daripada khairy.
Khairy juga mengambil peluang untuk menyerang Ahli Parlimen Machang iaitu Saifuddin Nasution yang mana beliau juga hadir sebagai penonton dalam Wacana tersebut. Isu peralihan kuasa 16 sept cuba dimainkan khairy setelah diuji bertalu dengan hujah2 Husam dan juga Prof Dr Aziz Bari..aku fahami betul2 ape yang cuba dijawab oleh Husam tp susah untuk aku menulis disini dibimbangi tersalah faham. Nnt korang boleh dapatkan CD wacana ini kat mane2 kedai ceramah.
Banyak lagi isu yang dibangkitkan oleh khairy tetapi berjaya dipatahkan oleh Husam dan juga prof Aziz. Khairy banyak disorak dan di boo oleh penonton kerana hujahnya begitu dangkal dan penuh dengan ilusi dan sedap mulut bercakap jer....
Khairy cuba mnejerat Husam dengan isu muzakarah. Itu adalah jerat bodoh yang mengundang kemarahan penonton. Ini membuktikan rakyat sendiri menolak muzakarah antara PAS dan juga UMNO.
Majlis itu tamat lebih kuran jam 11.45..

IJN


Copy dari nobisha

SIME DARBY : MENGAPA TANGGUH, TOLAK SAJALAH!
Tengah hari tadi saya solat Jumaat di Masjid Pangkalan Udara, Subang. Di sebelah kereta saya ada sebuah Mercedes hitam. Di cermin belakang ada pelekat "We Love Pak Lah."Secara kebetulan, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi juga solat Jumaat di masjid yang sama. Turut mengiringi beliau ialah Dato' Seri Syed Hamid Albar. Kedua-duanya yang dalam perjalanan ke Pangkalan Udara Subang untuk menaiki pesawat ke Iran, singgah solat di situ.Pada sebelah paginya, Abdullah mempengerusikan mesyuarat kabinet. Berdasarkan beberapa sumber pada awal pagi, kabinet telah menangguhkan keputusan kepada cadangan Sime Darby untuk menguasai 51% saham Institut Jantung Negara (IJN).Keputusan itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada sebelah petangnya. Malaysiakini melaporkan "Kabinet Tangguh Swastakan IJN". Klik di sini untuk membaca versi bahasa Inggeris laporan Malaysiakini itu. Kunci kata laporan berita itu ialah "tangguh".Isu ini mula ditimbulkan dalam blog Sime Darby Watch. Blogger Rocky's Bru kemudian memberikan publisiti kepada tulisan tersebut sehinggalah ia menjadi isu nasional. Dalam posting terbarunya, Rocky's Bru mengesahkan kabinet menangguhkan keputusan penswastaan IJN.Menyoroti kesemua ini, saya membuat beberapa pemerhatian:1. Kuasa Jaringan Sosial (social network)Laporan penswastaan IJN bermula dalam blog Sime Darby Watch dan disokong oleh Rocky's Bru. Selepas itu, puluhan blog lain menentang hasrat Sime Darby itu, termasuklah blog Che Det. Inilah yang saya maksudkan sebagai jaringan bloggers yang merupakan "social network" yang berkuasa. Sila baca tulisan saya terdahulu bertajuk "Maaf, Blog UMNO Tak Ada Ummph!"2. Perhubungan Awam Sime DarbyApabila isu ini mula timbul dalam blog, Sime Darby tidak memberikan sebarang respon. Mereka mungkin masih menganggap blog ini hanya ditulis dan dibaca oleh anak muda yang tidak ada kerja, ibu yang banyak masa lapang dan goblok.Hanya apabila isu ini disiarkan dalam akhbar, barulah Sime Darby membuat kenyataan bahawa mereka akan menentukan kos rawatan untuk pesakit miskin tidak akan dinaikkan. Sudah terlambat. Ini satu lagi contoh di mana organisasi korporat yang besar seperti Sime Darby tidak memahami dan memperkecilkan kuasa jaringan sosial.3. Keputusan Kabinet - "Apa? Tangguh?"Mengapa tangguh?Adakah "tangguh" kerana nak tunggu masa yang sesuai untuk setuju?Sampai bila nak tangguh?Adakah "tangguh" sehingga pilihanraya kecil Kuala Terengganu?Dalam sidang akhbar hari ini, Najib menafikan penangguhan itu adalah kerana pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu. Saya percaya Najib jujur dengan kenyataan itu. Bagaimanapun, mampukah Najib menyakinkan pengundi P36 Kuala Terengganu?Untuk meningkatkan harapan untuk menang, kerajaan hanya ada satu saja pilihan -- tolak cadangan Sime Darby itu. Andainya tidak, ia memberikan pembangkang satu lagi isu rakyat untuk dijadikan bahan ceramah.4. Cara Abdullah Membuat KeputusanBlogger Akhramsyah Muammar Ubaidan bin Tan Sri Sanusi memberikan kredit kepada Najib kerana membantah. Sekiranya laporan itu betul, saya juga ucapkan tahniah kepada Najib. Bagaimanapun saya berharap Abdullah dapat keluar dari cara lama beliau membuat keputusan. Berhenti "tangguh" keputusan. Buat keputusan!5. Krisis Kepercayaan RakyatPenolakan rakyat terhadap pengambilalihan IJN oleh Sime Darby ini jelas menunjukkan bahawa tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan adalah rendah. Ini isu besar yang harus ditangani dengan baik. Setakat ini, krisis kepercayaan ini masih belum diatasi. Andainya berterusan, rakyat akan menolak apa saja yang dibuat oleh kerajaan dan tidak mustahil ia memberikan impak kepada PRU13 nanti. Bagaimanapun, impak yang dirasai oleh Barisan Nasional terhad kerana Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim juga menghadapi krisis kepercayaan rakyat apabila gagal menunaikan janjinya pada 16 September lalu.6. Isu Pilihanraya P36 Kuala TerengganuSaya cukup yakin isu ini akan menjadi isu besar dalam pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu. Blog pro PAS, PKR dan DAP sekarang bertubi-tubi mengasak kerajaan dalam isu ini. Saya tak salahkan mereka. Orang politik sentiasa mencari isu untuk salahkan lawan. Kalau saya berada di sebelah Pakatan Rakyat, mungkin itu jugalah yang tulis. Oh, mungkin lebih panas lagi!* * * * *Ketika saya menulis blog ini, Abdullah sedang berada di awangan dalam pesawat khas ke Tehran. Saya tidak tahu apakah yang ada di fikiran beliau mengenai isu Sime Darby ini.Bagaimanapun, satu perkara yang pasti ialah isu ini menunjukkan kelompok elit korporat Malaysia dan pemimpin politik kerajaan semakin jauh dari rakyat -- sekiranya dibiarkan, ia akan menjadi malapetaka kepada Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti!

KT & IJN

Pak Lah oh..Pak Lah... ( dimana silapnya )
PM kita ni orangnya baik anak tok guru,suka pertanian ...Itu yang dia suruh kita beralih dan mengalakan kepertanian sama dengan jiwa saya minat kat pertanian.
Dengan sifat baiknya itu semasa Pak Lah jadi Menteri Luar dahulu saya kata kat kawan-kawan Pak Lah mesti akan jadi PM.
Menjadi kenyataan sehingga pilihanraya 2004 BN mendapat kemenangan besar..
Lepas tu saya terfikir lagi ...Biasanya kalau menang cara begini tak lama..........
Hakikatnya lihatlah sekarang ....semua rakyat tau...
Dimana silapnya.....Itu yang sama-sama kita fikir....
Saya nampak kerana adanya cerita tingkat 4 dan TPM dikaitkan dengan isu tertentu...

Dalam ISU terbaru IJN menjadi topik perbualan.. Itu PM masih lagi Pak Lah yang kita kata baik ...Kalau orang lain tak tau nak kata....
Dimana silapnya....
Pilihanraya KT kali ini TPM Najib mesti mengistiharkan bahawa tidak ada penjualan saham sebanyak 51% kepada Sime Darby Berhad dan IJN tidak akan diswastakan sampai bila-bila barulah ada harapan BN menang kat KT.
Semuanya adalah kerja Allah ...Segala yang berlaku ditanah air kita masa kini segalanga keranaNya..Kita hanya merancang Allah juga merancang ..
Allah merancang kemenangan diKT kali ini insaAllah....

16.12.08

Copy dari Web Umno
Perbincangan “Perpaduan Melayu” Tak Ada GunaMahathir dan UMNO – sila ambil ingatan. Sebenarnya, isu “Perpaduan Melayu” tidak RELEVEN. Yang lebih penting kepada orang Melayu ialah sejauhmana regim “puaka” yang sudah menyimpang jauh dari iltizam dan inspirasi orang Melayu menuntut kemerdekaan dari penjajah dulu; dapat disingkirkan!Jika Perbincangan “Perpaduan Melayu” bermaksud menyatukan orang Melayu supaya menyokong UMNO yang dibarua dan di”Mamak-Malbari”kan – baiklah tak usah. Tak ada guna. Tak ada faedah. Buat “habeh bogheh” saja!!Kerana “Nasi UMNO sudah jadi bubor lambok basi…!!”, bagi orang Melayu, selagi Mahathir beragenda menipu, berbohong dan jual temberang paria saja – sambil mereka sekongkol menyusahkan kehidupan dan merosakkan kesejahteraan orang Melayu (umumnya); UMNO pasti akan jadi parti “itik tak sudu dan ayam tak patok”.Sebagai peringatan: Eloklah Mahathir dan UMNO/BN gulung tikar dan tunggu saja “izrail” menentukan ketika yang terbaik mencabut nyawa-nyawa ikan kalian..!!Sekian adanya!!Amin Sapiro

Royalti Minyak

Copy dari tranungkite

Kerajaan Pusat Curi RM 1.5 Billion Wang Royalti , Rakyat Terengganu Benggong !!!Dilulus terbit pada Monday, December 15 @ 21:00:00 MYT oleh TokBatin Oleh professor"Sila baca dengan teliti petikan di bawah ini ;-i]Ahmad berkata setakat ini, Kementerian Kewangan mengesahkan sebanyak RM700 juta wang royalti minyak digunakan kerajaan Pusat untuk membina rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri lain.ii]Beliau berkata RM800 juta lagi, dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di negeri lain.iii]Jumlah keseluruhan wang yang digunakan ini adalah sebanyak RM1.5 bilion.Soalan
Dengan membiarkan kerajaan pusat di bawah regim umno/bn sewenang – wenangnya menggunakan ’wang royalti’ atau dana khas atau wang ehsan seperti di atas , yang sepatutnya dibelanjakan di negeri Terengganu , untuk kemuslihatan dan kebajikan rakyat tempatan ;-1]Adakah benar seperti cakap – cakap menyatakan rakyat negeri Terengganu ni benggong ?2]Adakah benar juga seperti ungkapan menyatakan rakyat negeri Terengganu ni lembab dan slow dalam bertindak ?3]Adakah benar juga seperti yang di war – warkan iaitu rakyat negeri Terengganu ni bodoh belaka ?4]Adakah benar juga seperti mana di katakan , bahawa rakyat negeri Terengganu ni umpama lembu yang boleh dicucuk hidung dan diperlakukan umpama binatang sahaja layaknya oleh pemimpin - pemimpinnya? RujukanTerengganu terima royalti RM 6.218 bilion dalam tempoh 8 tahun "

15.12.08

Umno buat tak aper

Copy dari tukul besi
Tak puas lagi,kereta wanita Cina jadi mangsa keganasan PEWARIS,Musa Hasan tak nampak ke?
Umno buat tak aper
Wanita Cina yang tak berupaya dilempang hingga tersungkur kerana menentang ISA yang diperjuangkan PEWARIS

14.12.08

PAS KUALA TERENGGANU

HANYA PENDAPAT SAYA SAHAJA
Kalau pengundi KT cerdik dan mengikuti perkembangan semasa dalam negara,PAS terlalu tinggi untuk mendapat kemenangan tapi kalau sebaliknya masih bersifat perkauman, kedaerahan ,kenegerian PAS akan tersungkur kalah ini hanya pendapat saya sahaja.

Pengaruh luar perlu dalan pilihan raya kali ini kerana.

  • BN akan mengunakan wang sebanyak mungkin kerana rakyat terengganu peratusnya ialah "wang adalah segala-galanya dan ia mengenang budi"
  • BN akan mengunakan kaedah pengundi hantu dengan membawa masuk berpuluh Bas dan kita sebuk dan buat kekecohan sehingga kita lalai perkara lain sedangkan bas itu hanyalah helah semata (walau bagaimana pun waspada adalah perlu ).
  • PAS jangan leka dengan pengumuman SPR berkaitan kenyataan adanya pengundi berlapis berjumlah 40 org lebih dan pegundi yg mati ada 100 lebih ,mungkin ia lebih
  • SPR akan berlakon menjadi baik sehingga kita leka kebetulan wang banyak dalam pakit.

Orang terengganu jangan marah saya orang luar dan saya teropong dan inilah hakikatnya.

13.12.08

Copy dari DPP ROMPIN
Supaya daging tidak berlemak
1. Ada wudhu’ ketika sembelih binatang2. Mata pisau disapu terlebih dahulu dengan minyak yang ada dibahagian hidung kita3. Hulu pisau dibungkus dengan kertas atau sebagainya4. Mata pisau dikilir atau digerakkan dengan belakang tapak tangan
2. Supaya daging binatang menjadi lembut
a. Mata pisau diletak dekat butir halkum binatang
b. Kedudukan seluruh badan kita jangan berbetulan dengan mata pisau
c. Tahan nafas sewaktu hendak sembelih dan semasa sembelih maka nafas dilepas secara perlahan-lahan
3. Bacaan ketika mahu sembelih binatang supaya daging tidak berbau busuk
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ اللهُ أَكْبَرُ وَلِلَّهِ الحَمْدُ
اللّهُمَّ هَذَا هَذَا مِنْكَ وَإِلَيْكَ فَتَقَبَّلْ مِنَّا كَمَا تَقَبَّلْتَهُ مِنْ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيْمَ خَلِيْلِكَ وَمِنْ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ عَبِيْدِكَ وَرَسُوْلِكَ اللّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ رِضَاكَ وَالجَنَّةَ
4. Selesai sembelih binatang maka sapukan hujung mata pisau kepada pipi binatang tadi supaya lalat tidak datang menghurungi daging
5. Supaya mencukup atau memadai daging bagi setiap jamuan
بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَٰنِ الرَّحِيمِ ِلإِيْلاَفِ قُرَيْشٍ إِيلاَفِهِمْ رِحْلَةَ الشِّتَاءِ وَالصَّيْفِ
Hembus dan sapu kepada badan binatang bermula bahu hingga punggungnya
6. Jangan basuh tangan dan mata pisau sehingga binatang sembelihan benar-benar telah mati
Sebaiknya tukang sembelih tidak menjadi tukang yang memandikan mayat kerana biasanya boleh membawa kepada daging menjadi keras
Petua ini diamalkan oleh Tuan Guru Hj Hashim Mudir Pondok Pasir Tumboh
sumber:Blog Dewan Ulama PAS Pahang

11.12.08

....??????? Ye..! Ke..?

Copy dari Jerit
SUHAKAM: "Negara lain akan ketawakan Malaysia kerana tidak benarkan berbasikal"
Written by Administrator
Thursday, 11 December 2008


Today is World Human Rights Day. Its been 60 years since the United Nation Declaration of Human Rights was drawn up and Malaysia is also a signatory to it. But then the rights of Malaysians are continously violated by the government and its agencies.

Today is also the 8th day of the JERIT Bicycle Campaign. It also the 8th day of police harrasment and arrests of JERIT activists. fed up with this situation , JERIT today went to make a complain in SUHAKAM on the continoues harrasment and torture done by police since the campaign started on 3rd December 2008.
Last Updated ( Thursday, 11 December 2008 )
Baca Lagi...
MEMORANDUM SUHAKAM: ADUAN TERHADAP POLIS YANG INTIMIDASI KONVOI JERIT
Written by Administrator
Wednesday, 10 December 2008
Kempen 'Rakyat Pengayuh Perubahan' telah dilancarkan dengan rasminya oleh YAB Dato'Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahin pada 29hb.November,2008 di Stadium Melawati . Kempen ini mendapat sokongan Kerajaan Negeri Selangor ,Perak ,Kedah dan Pulau Pinang . Di utara kempen telah bermula dari Pejabat Menteri Besar Kedah pada 3hb.Disember dan di Johor pula pada 6hb.Disember,2008.
Ramai Ahli Parlimen dan ADUN menyokong kempen ini dan telah memberi sumbangan untuk kempen ini. Bukan itu sahaja, tiga orang ADUN Selangor akan menyambut konvoi basikal ini kelak. YB Gan Pei Nei ( ADUN Rawang),YB Dr.Nasir Hashim( ADUN Kota Damansara) dan YB Haniza Mohd Talha ( ADUN Taman Medan ) akan menyambut dan mengadakan majlis untuk para konvoi kempen basikal JERIT .

10.12.08

Copy dari Cucumatkilau

Eksklusif: Isu Felda, Selamatkan Felda Holdings Sdn Bhd Dari Tangan Dato' Bakke Salleh !!
Pendedahan kami tentang isu penyelewengan dan rasuh Felda baru-baru telah mendapat respond yang positif dari kalangan pembaca terutamanya warga Felda sendiri. Kami ucapkan terima kasih kepada anak-anak Felda yang terus berkunjung dan memberi sokongan kepada blog ini. Semoga pembongkaran ini akan memberi "impak yang positif" ke arah perubahan dalam syarikat GLC itu. Kita tidak mahu manusia yang "khianat" terus diberi kuasa untuk mentadbir agensi terbabit. Sebenarnya banyak lagi penyelewengan kuasa berlaku. Kenapa dibawa masuk Dato’ Bakke Salleh (foto bawah) dan kuncu – kuncunya? Kita sudah kenal siapa Dato’ Bakke iaitu orang yang menjahanamkan Tabung Haji bukan? Maka itu kita menjangkakan Felda Holding akan berkubur dalam masa 1 tahun lagi jika ia masih diterajui oleh Dato’ Bakke. Setelah Dato’ Bakke dimasukkan dalam Felda, banyak pembaharuan telah dibuat. Felda Holding seperti dilanda Tsunami. Orang-orang kanan Felda yang tidak sehaluan dengannya dibuang, Pejabat Wilayah di tutup, Ladang telah di cantum, Sistem kontrak yang diamalkan Felda telah dimansuhkan. Semua kontrak kecil-kecil ditamatkan dan semua kerja telah dilakukan oleh Ladang. Apakah Motif Dato’ Bakke ?? Di sinilah drama bermula , antaranya :-
Buruh Bangla di bawa masuk – Siapa punya?
Logistik tidak mencukupi seperti lori , mini traktor dan berbagai kenderaan, Siapa yang beli kenderaan terbabit?Apabila Ladang di ambilalih dan diurustadbir sendiri , maka bermulalah system cekrol yang amat membebankan pihak pengurusan . Bayangkan setiap Ladang mempunyai 250 – 400 orang pekerja, bagaimana nak menguruskannya, Pihak pengurusan ladang ibarat "telur di hujung tanduk". Silap sikit dalam cekrol maka sampailah UKKA yang hanya bertujuan mencari kesalahan orang lain. Mana mahu ditempatkan pekerja? Tempat tinggal tidak mencukupi untuk pekerja dan jangan terkejut jika ada yang tinggal di kongsi-kongsi buruk yang tidak ada kemudahan . Maka bermulalah tekanan kerja di peringkat Ladang , Kebajikan dan sosial pekerja asing perlu dijaga. Bayangkan pekerja Bangladesh diberi gaji tidak kurang RM 26.00 sehari, sedangkan gaji Mandor dan pekerja tempatan hanya RM 20.00 sehari. Apakah orang atasan Felda Holding hari ini tidak nampak perkara ini atau ada diantara mereka mendapat komisyen dari pengambilan pekerja Bangladesh ini?Dengan gaji yang tak seberapa, kakitangan Ladang dikerah bekerja tanpa mengira masa, Hari- hari minggu orang lain beristirehat, kakitangan pula terpaksa ke ladang-ladang bekerja di hari minggu dan ada juga terpaksa bekerja di hari Cuti Am. Bayangkan pekerja perlu dijaga , rekod perlu disiapkan, cekrol perlu dimasukkan hari-hari, bila target tak sampai atau berlaku kesalahan dalam pembayaran gaji , maka berduyun – duyun surat sampai beserta lawatan- lawatan eksekutif yang terdiri daripada Ketua Zon , Bahagian Projek Khas , Inspektoriat dan audit-audit UKKA yang sememangnya mencari kesalahan dan bukan memperbetulkan yang salah. Silap sikit , ambil tindakan buang kerja . Cuti tahunan tiap-tiap tahun tidak dapat dihabiskan sampai hangus begitu sahaja .Cuba bayangkan , kami difahamkan kakitangan tidak mencukupi. kakitangan yang sedia ada pula dibebani dengan tugas dan ada yang terpaksa menjaga 500 – 1000 hektar seorang . Justeru itulah kita tidak hairan, banyak kakitangan yang dibuang , DIC dan sejak akhir-akhir ini ramai penyelia berhenti kerja kerana tidak tahan lagi dengan karenah-karenah orang atasan Felda Plantations Sdn Bhd (FPSB). Apabila mereka datang sahaja untuk membuat pemeriksaan, semua orang bekerja tidak betul . Inilah bekerja di bawah bumbung Dato’ Bakke. Mengikut kajian dibuat , lebih 95% kakitangan FPSB menyokong pembangkang kerana tidak tahan karenah orang atasan FPSB yang tidak prihatin terhadap orang bawahannya. Bekerja di bawah Dato’ Bakke ibarat Sistem Tanaman Paksa seperti di amalkan Belanda di Indonesia. Orang-orang atasan yang kaki Bodek akan mengikut sahaja apa arahan yang diberikan walaupun menyalahi akta pekerjaan . Manakala itu CEO FPSB boleh dikatakan hanya boneka sahaja, tiada kuasa untuk membuat keputusan. Perkara-perkara dibangkitkan mengenai kebajikan kakitangan sehingga kini tidak dapat diselesaikan .Apakah Dato Sri Najib tidak prihatin terhadap masalah ini? Apakah beliau mahu melihat Felda Holding hancur baru timbul kesedaran . Justeru itu kita harapkan agar orang- orang besar Felda, bangun dan sedar secepat mungkin dan mengambil tindakan agar Felda masih lagi relevan dimata dunia. Kini Felda mencapai usia 51 Tahun dan lebih 120,000 peneroka dapat ditingkatkan taraf dan diakui oleh Dunia. Tanpa khidmat Dato’ Bakke dan kuncu-kuncunya. Selamatkanlah Felda Holding terutama FPSB yang mempunyai asset dan keuntungan yang besar dan dapat membantu peneroka dan kakitangan yang mempunyai asset 51 % di bawah Koperasi Permodalan Felda (KPF). Semoga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. Kerana ia sudah lama membelenggu pihak terbabit semenjak Dato' Bakke mengambil alih kepimpinan Felda Holdings Sdn Bhd . Semoga, pemimpin yang menjaga Felda iaitu Najib Razak dapat memahami masalah orang bawahan ini, terutamanya harapan mereka supaya Gaji dan Kebajikan petugas diberi perhatian serius. Baliklah kepada matlamat asal pembukaan Felda oleh Allahyarham Tun Abdul Razak dulu agar Felda lebih maju selepas 51 Tahun merdeka.[Mahu mengharapkan Najib Razak menyelamatkan Felda, jauh panggang dari api. Sebabnya, kerana Najiblah yang mengambil Dato' Bakke rakan sekuliah Rosmah Mansor untuk memimpin Felda Holdings Sdn Bhd itu. Jika dulu, ayahanda mewujudkan Felda dengan hasrat memberi peluang memiliki tanah dan rumah seluas 10 ekar kepada para peneroka. Namun kini, sejak Najib mengkopratkan badan itu. Semua itu sudah tiada lagi. Jangankan 10 ekar, sekangkang kera pun belum tentu lagi. Bagi Najib, rugi beri rakyat tanah 10 ekar seorang, lebih baik dibuat ladang dan mereka akan dapat untung sampai bila-bila dengan mengambil pekerja kontrak. Maka itulah kasihan benar melihat nasib orang Melayu yang merempat dibumi sendiri.Mereka ibarat "pendatang asing di bumi sendiri". Sama tarafnya seperti buruh-buruh Bangladesh yang diangkut bekerja disitu. Mereka diberi rumah dan bekerja secara kontrak, sejak 30 tahun lalu. Ini menyebabkan mereka tiada hak untuk memiliki tanah. Jika mereka memberontak, maka Felda Plantations akan memberi amaran akan memasukkan lebih ramai buruh asing dari Bangladesh dan Indonesia ke situ. Akhirnya terpaksalah mereka berdiam diri bagaikan "hidup segan mati tak mahu". Maka untuk merubah nasib mereka, hanya ubah kerajaan. Bila kerajaan sudah bertukar dan Najib tidak lagi memegang Felda maka itu barulah semua ini dapat dipulihkan semula. Melainkan Najib sudah insaf dan sokong Pakatan Rakyat (foto). Yakinlah, perubahan akan tiba jua akhirnya].
Posted at 02:47 pm by Cucu Mat Kilau
Copy dari Tranungkite

Tanah Runtuh
Koleksi gambar tanah runtuh & operasi menyelamat di Bukit AntarabangsaDilulus terbit pada Sunday, December 07 @ 07:55:28 MYT oleh TokPenghulu Oleh hermansamsudeen"
GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA (SIRI I)
ANGGOTA pasukan mencari dan menyelamat mengesan mangsa-mangsa kejadian tanah runtuh. - foto The Star oleh ABDUL RAHMAN SENIN
LAGI GAMBAR TANAH RUNTUH BUKIT ANTARABANGSA (SIRI II)

RAKAN BLOGGER