21.12.08

IJN


Copy dari nobisha

SIME DARBY : MENGAPA TANGGUH, TOLAK SAJALAH!
Tengah hari tadi saya solat Jumaat di Masjid Pangkalan Udara, Subang. Di sebelah kereta saya ada sebuah Mercedes hitam. Di cermin belakang ada pelekat "We Love Pak Lah."Secara kebetulan, Perdana Menteri Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi juga solat Jumaat di masjid yang sama. Turut mengiringi beliau ialah Dato' Seri Syed Hamid Albar. Kedua-duanya yang dalam perjalanan ke Pangkalan Udara Subang untuk menaiki pesawat ke Iran, singgah solat di situ.Pada sebelah paginya, Abdullah mempengerusikan mesyuarat kabinet. Berdasarkan beberapa sumber pada awal pagi, kabinet telah menangguhkan keputusan kepada cadangan Sime Darby untuk menguasai 51% saham Institut Jantung Negara (IJN).Keputusan itu disahkan oleh Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak pada sebelah petangnya. Malaysiakini melaporkan "Kabinet Tangguh Swastakan IJN". Klik di sini untuk membaca versi bahasa Inggeris laporan Malaysiakini itu. Kunci kata laporan berita itu ialah "tangguh".Isu ini mula ditimbulkan dalam blog Sime Darby Watch. Blogger Rocky's Bru kemudian memberikan publisiti kepada tulisan tersebut sehinggalah ia menjadi isu nasional. Dalam posting terbarunya, Rocky's Bru mengesahkan kabinet menangguhkan keputusan penswastaan IJN.Menyoroti kesemua ini, saya membuat beberapa pemerhatian:1. Kuasa Jaringan Sosial (social network)Laporan penswastaan IJN bermula dalam blog Sime Darby Watch dan disokong oleh Rocky's Bru. Selepas itu, puluhan blog lain menentang hasrat Sime Darby itu, termasuklah blog Che Det. Inilah yang saya maksudkan sebagai jaringan bloggers yang merupakan "social network" yang berkuasa. Sila baca tulisan saya terdahulu bertajuk "Maaf, Blog UMNO Tak Ada Ummph!"2. Perhubungan Awam Sime DarbyApabila isu ini mula timbul dalam blog, Sime Darby tidak memberikan sebarang respon. Mereka mungkin masih menganggap blog ini hanya ditulis dan dibaca oleh anak muda yang tidak ada kerja, ibu yang banyak masa lapang dan goblok.Hanya apabila isu ini disiarkan dalam akhbar, barulah Sime Darby membuat kenyataan bahawa mereka akan menentukan kos rawatan untuk pesakit miskin tidak akan dinaikkan. Sudah terlambat. Ini satu lagi contoh di mana organisasi korporat yang besar seperti Sime Darby tidak memahami dan memperkecilkan kuasa jaringan sosial.3. Keputusan Kabinet - "Apa? Tangguh?"Mengapa tangguh?Adakah "tangguh" kerana nak tunggu masa yang sesuai untuk setuju?Sampai bila nak tangguh?Adakah "tangguh" sehingga pilihanraya kecil Kuala Terengganu?Dalam sidang akhbar hari ini, Najib menafikan penangguhan itu adalah kerana pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu. Saya percaya Najib jujur dengan kenyataan itu. Bagaimanapun, mampukah Najib menyakinkan pengundi P36 Kuala Terengganu?Untuk meningkatkan harapan untuk menang, kerajaan hanya ada satu saja pilihan -- tolak cadangan Sime Darby itu. Andainya tidak, ia memberikan pembangkang satu lagi isu rakyat untuk dijadikan bahan ceramah.4. Cara Abdullah Membuat KeputusanBlogger Akhramsyah Muammar Ubaidan bin Tan Sri Sanusi memberikan kredit kepada Najib kerana membantah. Sekiranya laporan itu betul, saya juga ucapkan tahniah kepada Najib. Bagaimanapun saya berharap Abdullah dapat keluar dari cara lama beliau membuat keputusan. Berhenti "tangguh" keputusan. Buat keputusan!5. Krisis Kepercayaan RakyatPenolakan rakyat terhadap pengambilalihan IJN oleh Sime Darby ini jelas menunjukkan bahawa tahap kepercayaan rakyat kepada kerajaan adalah rendah. Ini isu besar yang harus ditangani dengan baik. Setakat ini, krisis kepercayaan ini masih belum diatasi. Andainya berterusan, rakyat akan menolak apa saja yang dibuat oleh kerajaan dan tidak mustahil ia memberikan impak kepada PRU13 nanti. Bagaimanapun, impak yang dirasai oleh Barisan Nasional terhad kerana Pakatan Rakyat dan Dato' Seri Anwar Ibrahim juga menghadapi krisis kepercayaan rakyat apabila gagal menunaikan janjinya pada 16 September lalu.6. Isu Pilihanraya P36 Kuala TerengganuSaya cukup yakin isu ini akan menjadi isu besar dalam pilihanraya kecil P36 Kuala Terengganu. Blog pro PAS, PKR dan DAP sekarang bertubi-tubi mengasak kerajaan dalam isu ini. Saya tak salahkan mereka. Orang politik sentiasa mencari isu untuk salahkan lawan. Kalau saya berada di sebelah Pakatan Rakyat, mungkin itu jugalah yang tulis. Oh, mungkin lebih panas lagi!* * * * *Ketika saya menulis blog ini, Abdullah sedang berada di awangan dalam pesawat khas ke Tehran. Saya tidak tahu apakah yang ada di fikiran beliau mengenai isu Sime Darby ini.Bagaimanapun, satu perkara yang pasti ialah isu ini menunjukkan kelompok elit korporat Malaysia dan pemimpin politik kerajaan semakin jauh dari rakyat -- sekiranya dibiarkan, ia akan menjadi malapetaka kepada Barisan Nasional dalam PRU 13 nanti!

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER