31.12.08

PAKATAN RAKYAT ( ? )

Copy dari http://nobisha.blogspot.com/

Wednesday, December 31, 2008

PAKATAN RAKYAT BENTUK KERAJAAN MELALUI DEMONSTRASI


People's Alliance for Democracy. Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi. Ringkasnya, Pakatan Rakyat. Boleh kita terjemahkan macam tu?

Agak menarik, Pakatan Rakyat telah menggunakan demonstrasi jalanan, menghalang lapangan terbang Bangkok dan parlimen Thailand. Mereka berbaju kuning. Ribuan turun di jalanan.

Mereka meraikan kemenangan apabila Abhisit Vejjajiva dilantik Perdana Menteri Thailand.

Adakah demonstrasi berakhir di situ? Tidak juga. Sekarang ribuan orang berbaju merah pula berdemonstrasi. Mereka dikatakan penyokong bekas Perdana Menteri, Thaksin Shinawatra.

Demonstrasi juga. Dulu rakyat demonstrasi pakai baju kuning. Sekarang rakyat demonstrasi pakai baju merah.

Semalam, Perdana Menteri Abhisit Vejjajiva tidak dapat menyampaikan ucapan dasarnya di Parlimen kerana dihalang oleh rakyat berbaju merah. Dia terpaksa menyampaikan ucapan sulungnya itu di Kementerian Luar Negeri.

Abhisit Vejjajiva ialah graduan Oxford. Rupa-rupanya rakyat Thailand yang berbaju merah juga tak suka graduan Oxford.


Bank Negara Thailand dilaporkan berkata, ekonomi negara itu perlahan pada November tahun ini disebabkan ketidakstabilan politik. Eksport utama turun sebanyak 17.7% dan negara itu mengalami defisit dagangan sebanyak US$896 pada bulan yang sama.

Dalam tempoh enam bulan, Thailand telah mempunyai empat orang Perdana Menteri. Apakah yang dapat dicapai oleh negara itu apabila Perdana Menteri sering bertukar seperti kita menukar lampin anak?

Sunai Phasuk dari Human Right Watch berkata, "Pakatan Rakyat Untuk Demokrasi memberikan nama yang buruk kepada demokrasi."

Itu cara Pakatan Rakyat bentuk kerajaan di Thailand. Melalui demonstrasi.

Thailand ya?

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER