26.12.08

KUASA FELDA

Copy dari gayapeneroka

Salam sejahtera
Dalam akbar sinar harian pada 27 Nov.2008 menjelaskan sebahagian daripada keadaan sebenar yang ada dalam Felda.
Masaalah yang tak pernah selesai… satu demi satu masaalah yang timbul yang tidak pernah diketahui oleh orang luar .Mungkin orang luar mengatakan Felda bagus ..bla….bla…dan sebagainya.Sebaliknya untuk menegaklan keadilan untuk semua peneroka tidak ada sama sekali….yang ada masuk kekantong Felda dulu baru peneroka memang ada dan itulah Felda punya kerja.
Dalam isu BTB .Pada mulanya para peneroka sangat setuju apabila Felda menyekat pembelian sawit dari pengusaha luar yang terdiri dari kalangan bukan bumiputra, harapan dengan sekatan ini,peneroka yang mempunyai kemampuan dapat mengambil alih pembelian dan secara langsung meningkatkan lagi pendapatan peneroka itu sendiri .
Koperasi dirancangan juga dapat meningkatkan lagi pendapatan sekiranya keadilan itu wujud pada Felda.
Apabila peneroka mendengar berita Felda menyekat pembelian dari syarikat luar ,semua peneroka gembira .tetapi kegembiraan itu terlalu singkat apabila selepas itu Felda menyekat pula pengusaha dari kalangan peneroka dan koperasi itu sendiri.Dimana silapnya …
Dikalangan peneroka yang taman sendiri kebingungan,gembira menjadi duka..sehinggalah pengurusan rancangan membuat perjumpaan pada pengusaha ladang sendiri yang isinya penuh dengan bunga-bunga harum kasturi diiringi dengan minuman dan makanan yang lazat-lazat .leka seketika…Maka semua peneroka tanam sendiri menghantar BTB melalui Felda dengan tahanan 20%.selepas sebulan tahanan menjadi 40% tampa notis,selepas sebulan lagi pembayaran pendapatan menjadi tak menentu dengan alasan yang berbagai-bagai dan yang terbaru peneroka taman sendiri tidak mendapat RM2000.00 seperti peneroka yang bersama Felda.alasannya bla…bla… yang tidak pernah dibincangkan dalam peringkat perbincangan dulu.Dalam masa itu aktiviti ekonomi dalam rancangan tidak rancak .dan yang paling ketara koperasi peneroka mengalami masaalah ekonomi.Haruskah peneroka merasa bangga dengan Felda yang mempunyai kuasa penentu sehingga MPOB tunduk pada Felda
Peneroka keliru…
Diantara LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA dengan FEDERAL LAND DEVELOPMENT AUTHORITY kedudukannya bagaimana diantara satu sama lain…Isu ini menjadi tajuk perbualan diwarong-warong kopi …
Ramai peneroka kembali menghantar BTB pada pehak luar yang bukan bumiputra dengan alasan ia tidak ada pemotongan dan ianya tunai.
Siapa rugi ….Tidak lain melainkan peneroka keseluruhan yang rugi .
Ini yang peneroka perjuangkan agar tidak ada pengaliran wang keluar.Felda tidak pernah rugi kerana Pembeli luar yang bukan bumiputra itu menghantar kembali BTB yang dibeli dari peneroka kekilang sawit Felda semula…
Dimana silapnya..

Selanjutnya http://gayapeneroka.blogspot.com/

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER