25.12.09

UCAPAN CHET DET


Saya ambil artikal darI blog Tun Mahadhir Mohamad.


Untuk kita fikir bersama...umno sama umno biar gadoh ....kita lihat dan fikir bersama...memang umno tak berguna...




antara yang menarik untuk kita fikir....


9. Lima tahun regim Tun Abdullah melihat keuntungan luar biasa oleh Petronas kerana tingginya harga minyak. Dalam 22 tahun Petronas yang dibayar kepada Kerajaan 126 bilion ringgit.Petronas dibayar kepada Pemerintah Tun Abdullah jumlah 270 bilion Ringgit dalam lima tahun.

10. Bagaimana menghabiskan jumlah besar ini? Hanya ada koridor kosong di mana-mana.

11. Masyarakat mempunyai hak untuk mengetahui bagaimana 270 bilion Ringgit dalam lima tahun telah dihabiskan. Apa projek telah dibiayai oleh itu. Mengapa kita harus meminjam wang dari China untuk membina Jambatan Pulau Pinang kedua?




nash


Salam Tun,


Tun,slow sedikit, jangan naik darah terlalu tinggi, nanti you sakit pula.Depa sukalah. Tun sue sahaja syaitan syaitan tu dan MalaysiaKini. Suruh Najib tubuh Royal Commission untuk mengetahui apa dah jadi dengan RM270billion semasa Rejim Pak Lah.


Kali ini BN betul betul sakit dengan pelebagai masaalah. Sekarang orang ramai tak puas hati dengan budget 2010, dikatakan pula Rosmah yang buat, kerana kebanyakan menyebelahi projek Rosmah.


DiJohor banyak markas PAS dah dibuka.Kubu BN akan hancur disana.Kita tunggu sahajalah TUN.


Teri kasih.



ParpuKari Author Profile Page


Salam Ayahanda Tun!


Actually that is quite surprising, how come 270B was spent and yet we see only empty corridor? Wahai DS NAJIB, Bersihkanlah namamu dengan menyiasat perkara ini.


Saya bukan nak bodek la ayahanda ya, tetapi saya nampak merata jasa ayahanda, tetapi when comes to Pak Lah saya nampak ini:


Terlalu banyak sebab mengapa KJ perlu dihalang daripada menganggotai kabinet Datuk Seri Najib Tun Razak.


Diantaranya ialah:


1) Kita jangan menjadi Melayu yang mudah lupa. Tun Dr. Mahathir pernah menulis sajak yang bertajuk “Melayu Mudah Lupa” untuk mengingatkan orang-orang Melayu betapa pentingnya menjadi sebuah bangsa yang “tidak mudah lupa” untuk terus maju kehadapan. Apakah kita terlupa bahawa Khairy Jamaluddin, sewaktu menjadi menantu kepada Perdana Menteri kelima Malaysia, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi adalah orang yang menghantar terus passport milik PENGKHIANAT BANGSA, Anwar Ibrahim kerumahnya sebelum beliau berubat ke negara Jerman. Persoalannya, apakah kena mengena Khairy Jamaluddin dengan Anwar Ibrahim sehingga layanan kelas pertama diberikan kepada pembelot UMNO itu?


2) Isu penghantaran passport adalah bukti Khairy Jamaluddin adalah “orang” kepada Anwar Ibrahim di dalam UMNO yang bertujuan untuk mensabotaj dan menggagalkan pemerintahan Datuk Seri Najib Razak sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam.


3) Siapakah yang membantu Anwar Ibrahim melalui Raja Petra Kamarudin, Editor Malaysia Today untuk terus memfitnah dan melibatkan Datuk Seri Najib Razak dan isternya Datin Seri Rosmah Mansor dalam kes kematian model Mongolia, Altantuya kalau bukan Khairy Jamaluddin?


4) Semasa menikmati kekuasaan sebagai menantu kepada PM Abdullah Badawi , isu Altantuya sememangnya digunakan oleh Khairy Jamaluddin untuk menjatuhkan Datuk Seri Najib Razak. Akan tetapi, oleh kerana tidak mendapat kerjasama daripada pasukan polis, usaha jahat beliau gagal.


5) Apakah kita mudah lupa bahawa Khairy Jamaluddin telah disabitkan dengan kesalahan “politik wang” semasa bertanding merebut jawatan Ketua Pemuda UMNO? Dia lepas dan dapat bertanding hanya kerana pada ketika itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi masih lagi Presiden UMNO dan Lembaga Disiplin UMNO menghormati Pak Lah dan membiarkan beiau bertanding.


6) Jika Khairy Jamaluddin masuk kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak, maka mudahlah beliau untuk “membocorkan” keputusan mesyuarat kabinet kepada “idola”nya Anwar Ibrahim, yang juga Ketua Pembangkang.


7) Apabila Perasuah seperti Khairy Jamaluddin dilantik bagi menganggotai kabinet, usaha Datuk Seri Najib Razak untuk membersihkan kerajaan akan menjadi sia-sia oleh kerana perasuah seperti KJ berada didalam kabinet.


8) Khairy yang gagal menjalankan tanggungjawabnya dengan baik sebagai Ketua Pemuda UMNO jika dilantik kedalam kabinet akan menyebabkan kementerian yang dijaga menjadi lemah. Dengan ini, kemnterian lemah dan Pemuda UMNO lemah. Jika Khairy tidak dilantik, hanya Pemuda UMNO yang lemah dan perkara ini boleh diselesaikan dengan menggantikan Ketua Pemuda UMNO atau melantik Datuk Razali menjadi Pemangku sebelum pemilihan yang akan datang.


9) Dengan Khairy sebagai Menteri atau Timbalan Menteri, “anjing-anjing TINGKAT EMPAT” yang telah dikeluarkan dari mengganggu pentadbiran negara akan kembali semula. Mula-mula masuk ke kementerian KJ, kemudia meresap ke kementerian lain.


10) Masuknya Khairy kedalam kabinet Datuk Seri Najib Razak akan menyebabkan UMNO berpecah lagi. Ramai ahli-ahli UMNO yang bagus akan meninggalkan parti Melayu ini oleh kerana tidak tahan dengan manusia yang bernama Khairy Jamaluddin.


Saya berbangga kerana kini telah mempunyai banyak blog yang bersatu dalam isu ini. Kita mesti terus mendesak agar Khairy Jamaluddin yang telah menyebabkan UMNO hampir hilang kuasa pada pilihanraya umum lalu tidak akan diterima untuk masuk kedalam kabinet.


Hanya desakan dan penyatuan yang boleh menyebabkan kita berjaya.


Jangan kita lupa bahawa insan yang bernama Khairy Jamaluddin ini sedang menghancurkan UMNO dari dalam. Jangan kita biarkan beliau bekerja dengan mudah. Kita harus bersatu untuk menyingkirnya!


http:parpukari.blogspot.com



20.12.09

Enjin F-5E TUDM


Enjin F-5E TUDM
Di Pekan sekarang ini dah 3 hari hujan ,sekejap-sekejap jer berhenti selebihnya hujan.
Nak noreh..?orang gila jer menoreh musim hujan ni.
Hari ini pagi lagi dah keluar nak pergi Kuantan tunggu taxi tepi jalan ...hujan juga...
Dalam taxi 3 orang masuk saya jadi 4.Tajuk sembang bab enjin jet hilang..Kata drebar dari Muazam lagi sembang isu ini sampai sini (pelak).Saya kata ."kita sambung lagi...."
Seorang penumpang mencelah.."saya pernah jadi jaga dipelabuhan kelang ...saya tak nampak cara nama nak bawa enjin sebesar itu untuk bawa keluar..."
Drebar jawab."mungkin bawa ikut kapal terbang kut.."
Seorang lagi jawab.."kapal terbang apa nak bawa dia besar...kalau boleh pun mesti ada surat atau dukumen ?...
Panjang lagi ceritanya....sampai batu 3 saya mencelah..."apa kata kalau lalu pelabuhan pakai protokol ?..maksud saya masuk pelabuhan mengunakan pengiring tentera..siapa nak tahan mereka ?..
Semua senyap..mungkin dalam hati mereka ada logiknya...ialah ini hanya pemikiran orang kampung...disebaliknya kita tidak tahu....
Hakikatnya PM kita dah kena tampar oleh sizaid ..

5.12.09

Tengok Najib, Teringat Altantuya!! Tengok Altantuya Teringat Muka Najib...

Aku copy dari sini
Ketika akhbar-akhbar luar negara yang menyiarkan artikel-artikelyang membangkitkan persoalan yang mengaitkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan pembunuhan Altantuya Shaariibuu dan komisen besar yang diberikan oleh syarikat Perancis, Armaris, kepada sebuah syarikat Malaysia, suami Datin Seri Rosmah Mansor itu mendiamkan diri.

Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa Najib membersihkan namanya. Sambil menjangkakan media asing akan terus memburukkan Najib, Dr Mahathir berkata, apa yang lebih penting ialah apa yang difikirkan oleh rakyat Malaysia.

"Dengan merekalah Najib perlumembersihkan namanya," kata beliau.

Walaupun taikonya sendiri yang menasihatkan beliau membersihkan namanya, Najib diam. Nampaknya berkesan strategi beliau.

Selain Dr Mahathir, Tengku Razaleigh Hamzah juga menggesa Najib membersihkan namanya.

Razaleigh mengambil contoh tindakannya menyaman beberapa media asing yang mengaitkan beliau dengan beliau dengan skandal Bumiputra Malaysia Finance (BMF).

Tindakan undang-undang tersebut dibuat di negara dimana akhbar-akhbar tersebut diterbitkan, kata Razaleigh.

Beliau menang kesemua kes samannya, akhbar-akhbar berkenaan menyiarkan permohonan maaf malah beliau mendapat ganti rugi.

Walaupun Tengku Razaleigh memberikan contoh yang boleh diteladani oleh Najib, suami Rosmah itu tetap buat bodoh ja. Dia tak layan sikit pun. Nampaknya berkesan strategi membatu itu.

Kini, sejak 16 November lalu, Malaysia Today menyiarkan temubual dengan penyiasat persendirian P Balasubramaniam (Bahagian 1, 2, 3, 4 dan 5).

Apa yang menarik, Balasubramaniam memberitahu bahawa akuan bersumpahnya yang mengaitkan Najib dan Altantuya pada 3 Julai 2008 adalah benar dan dibuat tanpa paksaan manakala akuan bersumpah yang konon dibuat olehnya untuk menafikan akuan bersumpah pada 3 Julai itu dibuat dengan paksaan kerana keselamatan keluarganya terancam.

Malah, penyiasat persendirian itu mendedahkan bahawa beliau tidak pun membaca akuan bersumpah keduanya yang menafikan akuan bersumpah yang pertama itu dan beliau dipaksa untuk menandatanganinya.

Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.

Beliau juga mendakwa bahawa Najib meminta Abdul Razak menjaga Altantuya agar wanita itu tidak mengacaunya.

Najib, Abdul Razak dan Altantuya, dakwanya lagi, pernah makan malam bersama di Paris.

Balasubramaniam juga mendakwa, Altantuya menuntut wang komisyen sebanyak US$500,000 daripadanya berhubung pembelian kapal selam Malaysia di Perancis.

Bagai biasa, Najib dan keluarganya terus mendiamkan diri dengan pendedahan terbaru Balasubramaniam. Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub kata, Najib kelihatan begitu overconfident dengan strategi beliau mendiamkan diri.

Saya tidak boleh tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantuya. Tetapi, yang menjadi persoalan ialah kelaku Najib yang begitu pelik dan mencurigakan dalam menghadapi isu Altantuya. Kelaku seperti itulah yang menyebabkan orang teringat Altantuya setiap kali melihat muka atau berita Najib atau Rosmah keluar dalam media.

Orang boleh menyiarkan berita Najib dan Rosmah mengenai perkara apa sekalipun, politik, ekonomi, Permata. Buatlah berita apa pun mengenai mereka berdua. Tetapi bila orang tengok muka Najib dan Rosmah, orang teringat Altantuya. Bila orang tengok muka Altantuya, orang teringat Najib dan Rosmah.

Persoalannya, adakah Najib akan membersihkan namanya? Adakah Najib dan Rosmah boleh membebaskan diri mereka dari hilai dan seringai hantu Altantuya?

Jalan mudah ialah dengan mencincang sepuas hati personaliti dan kredibiliti Balasubramaniam dan Raja Petra Kamarudin yang tak habis-habis mengungkit isu pembunuhan Altantuya. Selepas itu, hiburkan hati dengan keyakinan bahawa masalah dah selesai.

Masalahnya, betulkah masalah dah selesai dan rakyat melihat Najib dan Rosmah bersih dari percikan darah Altantuya? Betulkah Balasubramaniam dan Raja Petra yang jahat manakala Najib dan Rosmah adalah orang baik-baik yang teraniaya dengan isu pembunuhan kejam Altantuya?

Keterangan Balasubramaniam dalam temubual itu begitu grafik. Adakah Najib dan Rosmah boleh tampil dengan keterangan melampaui keraguan yang berasas bahawa mereka tidak terlibat dengan pembunuhan Altantuya?

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Mohd Bakri Mohd Zinin yang pernah ditendang telurnya oleh seorang pengedar Harakah di lokap Dang Wangi mungkin boleh membantu untuk membuktikan keterangan Balasubramaniam itu bohong dan dusta.

Tunggu apa lagi, bah? Ini peluang kau nak naik pangkat!

Berkaitan:
Penyiasat dedah nama adik Najib (Malaysiakini 20/11/09)

Menarik:
Sebab Ke-6 dia terlupa nyatakan (Al Husseyn 20/11/09)

RAKAN BLOGGER