28.4.09

SURAT DARI SAHABAT LAMA

SURAT TERBUKA BUAT JAMIL KHAIR BAHAROM.


Assalamualaikum wrh wbt.

Kepada sahabat lama Jamil Khair Baharom,

Semoga Allah memberkati mu, walau lama kita tak bersua. Semoga Allah melimpah belas kasihannya ke atasmu.

Terlebih dahulu Aku merakamkan ucapan takziah di atas bebanan yang sedang engkau pikul, kerana engkau tidak lebih baik dari Imam Ahmad yang menolak perlantikan sebagai Mufti, kerana itu bermakna ia meredai kezaliman khalifah. Tetapi engkau juga tidak sekejam Hajjah bin Yusuf alThaqafi yang bertindak membelakangkan hukum Allah bagi menunjukkan kekuasaan yang ada.

Tetapi jauh lebih membimbangkan aku terhadapmu ialah engkau akan ‘terpaksa’ menentang Jamaah Islam, engkau akan menentang Parti Islam. Kami tahu kami bukanlah yang terbaik, tetapi aku lebih bimbang bilamana kamu menganggap UMNO lebih baik. Engkau akan terpaksa meredai kemungkaran yang diizinkan pemerentah dan membenarkan kezaliman ISA dan lainnya. Aku tahu engkau tidak kuat menahan kemurkaan Allah di akhirat seandainya Ia murka. Aku memohon perlindungan dariNya untuk aku dan kamu.

Lantaran itu, kumpullah mereka yang takutkan Allah, satulah kekuatan bagi menentang kezaliman , tegaklah makruf dan tetanglah kemungkaran dari dalaman UMNO yang kamu mampu; tetapi akhirnya kamu akan kecewa. Kerana kamu dilengkungi oleh bukan ahlinya.

Sekian, ingatan sahabat sementara hidup, kerana tiada pesanan diakhrat.

Wassalam.

Sahabat Lama;

Tuan Ibrahim Tuan Man.


SPRM PANTAU MUKTAMAR ?

Copy dari harakah daily

"KETERBUKAAN Presiden PAS, Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dalam menghadapi Muktamar Tahunan PAS Pusat kali ke 55 yang dijadualkan berlangsung awal Jun depan di Shah Alam, amat dialu-alukan banyak pihak.

Ustaz Abdul Hadi secara terus terang membuka ruang seluas-luasnya kepada sebarang pertandingan dalam PAS. Beliau menawarkan diri untuk bertanding dan sedia dicabar."

Dergar cerita SPRM nak memantau Muktamar Tahunan Pas kali ini...................

Nak tergelak pun ada...nak termuntah  pun ada...mendengar berita SPRM nak memantau kut-kut ada rasuah dalam Muktamar kali ini..................

Dalam Umno tu banyak lagi yang tak selesai ..........

Beratus aduan dari orang Umno awak tak selesaikan lagi ...................

Tiba-tiba nak memantau muktamar...........

huak...pui..

CERAMAH CHINI 01


Petang tadi hujan maka esok pasti saya tak menoreh ......
Sebab itu malam tadi saya pergi kat Chini 01 mendengar ceramah 
Agama yang telah disampaikan oleh Ust.Nik Zawawi Salleh 
(ketua penerangan dewan ulamak pas pusat).
Tak rugi saya datang kali ini ...... banyak isu-isu disebut pada kali ini 
Bermula dengan sejarah kelahiran Nabi kita Muhamad S.A.W sehinggalah pada keadaan dalam negara kita..

Antaranya menyentuh kes rasuah yang melanda negara kita sekarang dalam kenyataanya negara kita tak akan selesai dengan kes rasuah selagi umno memerintah kerana umpama seekor ikan sekiranya kepala ikan itu burok maka keseluruhanyalah akan jadi busuk.

Rasuah akan hilang atau berkurangan sekiranya Pas dapat memerintah negara ini.
Pas tidak akan menyimpan orang yang kaki rasuah dan sememangya kita orang-orang pas sangat benci dengan orang yang kaki  rasuah ini......

Pelabur luar negara paling tidak suka pada negara yang mengamalkan rasuah kerana ia berpendapat negara yang berasuah kehakiman juga tidak akan telus..dan masa ini banyak pelabur yang ingin ke negara kita telah berpindah ke negara cina kerana disana  tidak ada rasuah masa kini.
Dalam kenyataanya lagi Malaysia adalah antara negara yang paling banyak ada rasuah di Asia ini dimasa sekarang .

Dari sudut pembangunan Malaysia adalah sebuah negara yang paling banyak sumber pendapatan di Asia ini ....

Malaysia ada minyak 
Malaysia ada Gas
Malaysia ada sawit 
Malaysia ada Getah
Malaysia ada sumper laut
Malaysia ada balak
Malaysia ada tanah yang subur 

Mengapa kita kalah dari segi kemajuan dengan singapore ? Singapore ada apa ??....
Katanya kita tak maju kerana kita banyak rasuah...
Dan akhir katanya beliau menekankan bahawa Malaysia tak akan mencapai wawasan 2020 selagi umno memerintah....


21.4.09

CERITA SAYA BAB HASAN ANAK RIMAU...HASAN ANAK LIMAU..

Sedikit pendedahan untuk maklumat semoga ia menjadi pedoman dan pengajaran pada pembaca blog semua.
Pertama sekali jangan tanya siapa saya.....

Hasan anak harimau dulunya seorang guru silat maka ramailah anak murid mereka dan antaranya ada di balok kuantan. Banyak keistemewaan beliau maklumlah beliau seorang guru silat.........
Apabila usia meningkat tergerak untuk mengabdi diri pada Allah dan beliau terus meningalkan alam persilatan...
Kerja harianya ialah menjual anak limau di pekan daerah beliau tinggal...Lama kelamaan orang kampong mengelar beliau "Hasan anak limau"...dalam masa itu anak murid beliau semangkin ramai.....Asas utama ajaranya ialah berzikir dan beruzlah mengingati Allah ...
Zikir yang beliau bawa dinamakan "zikir kuat"
Pengikut beliau masa itu seluruh negara ..perusuk negeri ada.....Lama kelamaan hilang nama 'Hasan Anak limau' dan digantikan dengan 'Hasan anak Harimau'.........
Banyak keistimewaan beliau antaranya
  • Dia boleh mengetahui isi hati tetamu datang
  • Sekiranya dia ingin makan burung sebut saja tak lama kemudian burung itu akan datang...
  • Dan banyak lagi.....

Pengikut setia beliau ialah anak sulung beliau dan ayah pin.......Ayah pin ini ada anak perempuan yang bernama mok su....tak lama kemudian hasan ini kawin dengan mok su...dengan ini ayah pin ada lah pok mertua hasan anak harimau.

Apabila meninggalnya hasan anak rimau ini ajaran ini berpecah menjadi 3 kumpulan.

  • Kumpulan anak beliau
  • Kumpulan ayah pin
  • Dan kumpulan mok su.

Kumpulan yang di bawa oleh anak beliau ada dikelantan ,kumpulanya tidak meninggalkan sembahyang 5 waktu ,masih mengamalkan zikir dan beruzlah .

Kumpulan ayah pin ...tak nak ulas ...kerana semua orang tau.....

Kumpulan Mok su baik sikit dari ayah pin ...pengikut mok su tak ada yang sembahyang dan pernah seorang pengikutnya yang sembahyang ditegur dengan kataya "selagi kita sembahyang selagi itu kita tak kenal Allah".Mok su ini pada pengikut mereka dia umpama Aishah isteri Rasulullah..dia tak boleh kawin ...sebab itu sehingga sekarang dia tak kawin lagi...kehidupanya mewah..dan dengar cerita sekarang dia tinggal diMuazamShah.

Okey ini saja saya cerita

Ada lagi cerita tapi saya tak nak cerita...............

Akan datang saya nak cerita bab "Pakida"

18.4.09

YANG SEBENARNYA.............

Copy dari Peguam kita

Sebenarnya Zambry telah memohon sepuluh (10) perintah Mahkamah dan dari sepuluh perintah tersebut Mahkamah hanya membenarkan dua (2) perintah sahaja.

Dua perintah yang dibenarkan oleh Mahkamah adalah seperti berikut:

Pertama, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang Zambry hadir di Dun Perak selama 18 bulan.

Kedua, perintah membatalkan keputusan V. Sivakumar yang menggantung dan melarang enam exco Zambry untuk hadir di Dun Perak selama 12 bulan adalah terbatal dan tak sah.

lapan permohonan Zambry tidak dilulus Mahkamah

Meskipun peguam Umno berhempas pulas dan bermati-matian berhujah, Mahkamah Persekutuan TIDAK MEMBENARKAN perintah-perintah berikut:

1. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar (defendan pertama di dalam kes tersebut) menggantung dan melarang Plaintif Pertama (Zambry) menghadiri pada sidang Dun selama 18 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

2. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry menghadiri sidang DUN selama 18 bulan adalah menyalahi undang-undang.

3. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Plaintif ke-2 hingga Plaintif ke-7 (enam Exco) menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah ultra vires (bertentangan) dengan Undang-Undang Tubuh Negeri Perak, Perintah-Perintah Tetap Dewan Perhimpunan Undang Negeri Perak (standing orders) dan Enakmen Dewan Perhimpunan Undangan (Keistimewaan) 1959 dan/atau undang-undang yang berkaitan dan oleh itu adalah terbatal dan tak sah.

4. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa perbuatan Sivakumar menggantung dan melarang enam Exco menghadiri sidang Dun selama 12 bulan adalah menyalahi undang-undang.

5. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Zambry dan enam Exconya adalah berhak menghadiri dan mengambil bahagian dalam semua sidang Dun dan menjalankan segala fungsi dan kewajipan mereka di dalamnya.

6. Perintah untuk Mahkamah mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan keputusan Sivakumar menggantung dan melarang Zambry dan enam Exconya menghadiri sidang Dun Perak.

7. Perintah untuk mengisytiharkan bahawa Dun Perak adalah tidak terikat dengan apa-apa arahan, perintah dan/atau petunjuk Sivakumar yang berbangkit daripada atau berhubung dengan keputusan Sivakumar yang bertarikh 18.2.2009.

8. Perintah-perintah, perisytiharan dan/atau relif lain yang difikir suaimanfaat oleh Mahkamah.

Sekali lagi saya ingin tegaskan di sini bahawa lapan perintah di atas yang Zambry dan enam exconya pohon TIDAK DIBENARKAN oleh Mahkamah Persekutuan.

SELAMAT PULANG KE PEKAN


Hari ini PM kita balik ke Pekan dan sampai kePekan lebih kurang jam 10 pg ini.
Persediaan menyambut PM kita ini sunguh hebat...
Dengar cerita kampung saya 2 buah bas disediakan secara percuma.
Dalam Felda setiap rancangan disediakan 2 buah bas juga ...hai.... hebat-bebat.........
......PM kita katakan.........

Koi nak pergi juga ...bawa kamera....nak sup...sup....sikit ...

14.4.09

PENANTIAN SATU PEYIKSAAN




Antara perkara yang saya tak gemar ialah.....menanti dan terus menanti...
Bila agaknya Umno atau BN ni akan terkubur ...Rasanya tak lama dah ....
dan tanda-tanda kiamat dalam umno dah ada dah.....


dengan banyaknya pilihan raya kecil dalam era sekarang....pergolakan dalaman umno....bukti yang nyata..... ini bukan main-main atau bukan cobaan dah....ini betul-betul......




Cuba kita pandang di Terenganu......
Cuba kita pandang di Perak.......
Cuba kita pandang kes MCA.....
dan banyak lagi.......................
Dan saya Ulas istilah RAHMAN ...........N ... ANGKA AKHIR DAH....................

Heeeeeeeeeee ..........tak sabornya...............

9.4.09




Copy dari





tuan perdana menteri, tuan tidak miliki anak kecil yang sedang membesar maka tuan tidak berasa otak anak kecil tuan `diliwat', tetapi tuan miliki cucu kecil yang akan membesar, akan remaja-dewasa maka hati-hatilah kerana cucu kecil tuan itu akan `diliwat' oleh sejarah.

ahli politik yang kalah, telah selamat kerana kalah tetapi ahli politik yang menang, tidak akan selamat sepanjang tahun. berhati-hatilah,ular berada di mana-mana menyusup melingkar dengan mata menyala!

ekoran fru menyerang dan menembak tear gas untuk menyurai ribuan peserta perarakan keranda 152, ada akhbar online berbahasa melayu, yang saham-sahamnya milik melayu, yang selama ini mendakwa mereka pejuang bangsa dan bahasa melayu, hari ini dengan bangsat dan celakanya menghina pembantah ppsmi apabila dengan tidak ada rasa kemaluan memanipulasi berita dan mendakwa: `kesemua penyokong bertempiaran lari menyelamatkan diri.....'celaka!nota: peserta tidak larikan diri tetapi mengelak amokan tear gas fru.tanya: di mana akhbar melayu ini sewaktu tear gas amok masjid negara?

sama ada dimansuhkan atau diteruskan pengajaran pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris (ppsmi), dua-duanya TIDAK BERGUNA kepada saya kerana, dua anak saya SUDAH dan AKAN menjadi mangsa - dan saya rakyat bebal dan menerima sahaja apa yang diwahyukan pemerintah! anak pertama saya: sejak tahun pertama hingga tahun enam dididik di sekolah kebangsaan. dia sudah hafal dan faham dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains yang `dibahasamalaysiakan’. tetapi semasa dia menduduki tingkatan satu, dia keliru apabila formula, istilah dan simbol-simbol dua mata pelajaran ini `dibahasainggeriskan’ semula. hasilnya, keputusan pmr yang diperolehnya baru-baru ini tidak menyenangkan dia, walaupun dia sudah mula menguasai segala benda alah tersebut dalam bahasa inggeris. sebentar tadi (catatan ini ditulis selepas keputusan pmr 2008) dia berkata, jika ditukar semula segala formula, segala istilah, segala simbol-simbol tersebut ke bahasa malaysia, dia akan terpaksa mengulang semula apa yang telah mengelirukannya. anak kedua saya: sejak tahun pertama sekolah rendah dia mendapat didikan matematik dan sains dalam bahasa inggeris sepenuhnya dan dia cemerlang dalam dua mata pelajaran ini. sekarang dia di sekolah menengah, dia yang hafal dengan formula, istilah dan simbol-simbol matematik dan sains dalam bahasa inggeris itu mengadu: kalau dikembalikan semula dua mata pelajaran ini ke dalam bahasa malaysia maka dia terpaksa belajar apa yang tidak pernah dipelajarinya.* sungguh bangsat dilihat orang apabila pejuang bahasa sibuk bikin repot polis, sibuk ugut saman kerajaan selepas tujuh tahun tembolok disumbat kenyang apa kejadahnya, selepas tempurung kepala anak-anak orang asli,anak-anak orang miskin papa kedana kat ceruk kampung diujikaji, tiba-tiba mereka melondehkan seluar menunjukkan telur!

jika selepas ini pembelajaran sains dan matematik kembali diajar dalam bahasa melayu, maka pukimak dia oranglah yang melaksanakan dasar pembelajaran sains dan matematik dalam bahasa inggeris sebelum ini.pukimak sepukimak puki makdia!*1. gua puasa 2. apa lagi perkataan yang tidak senonoh lainyang paling afdal untuk gua bahasakan orang politik/pembuat dasar yang tidak `habeh-habeh' menyusahkan rakyat?

RAKAN BLOGGER