28.4.09

CERAMAH CHINI 01


Petang tadi hujan maka esok pasti saya tak menoreh ......
Sebab itu malam tadi saya pergi kat Chini 01 mendengar ceramah 
Agama yang telah disampaikan oleh Ust.Nik Zawawi Salleh 
(ketua penerangan dewan ulamak pas pusat).
Tak rugi saya datang kali ini ...... banyak isu-isu disebut pada kali ini 
Bermula dengan sejarah kelahiran Nabi kita Muhamad S.A.W sehinggalah pada keadaan dalam negara kita..

Antaranya menyentuh kes rasuah yang melanda negara kita sekarang dalam kenyataanya negara kita tak akan selesai dengan kes rasuah selagi umno memerintah kerana umpama seekor ikan sekiranya kepala ikan itu burok maka keseluruhanyalah akan jadi busuk.

Rasuah akan hilang atau berkurangan sekiranya Pas dapat memerintah negara ini.
Pas tidak akan menyimpan orang yang kaki rasuah dan sememangya kita orang-orang pas sangat benci dengan orang yang kaki  rasuah ini......

Pelabur luar negara paling tidak suka pada negara yang mengamalkan rasuah kerana ia berpendapat negara yang berasuah kehakiman juga tidak akan telus..dan masa ini banyak pelabur yang ingin ke negara kita telah berpindah ke negara cina kerana disana  tidak ada rasuah masa kini.
Dalam kenyataanya lagi Malaysia adalah antara negara yang paling banyak ada rasuah di Asia ini dimasa sekarang .

Dari sudut pembangunan Malaysia adalah sebuah negara yang paling banyak sumber pendapatan di Asia ini ....

Malaysia ada minyak 
Malaysia ada Gas
Malaysia ada sawit 
Malaysia ada Getah
Malaysia ada sumper laut
Malaysia ada balak
Malaysia ada tanah yang subur 

Mengapa kita kalah dari segi kemajuan dengan singapore ? Singapore ada apa ??....
Katanya kita tak maju kerana kita banyak rasuah...
Dan akhir katanya beliau menekankan bahawa Malaysia tak akan mencapai wawasan 2020 selagi umno memerintah....


Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER