21.8.09

ANTARA FATWA DAN INGATAN

Tok Guru sedia bersemuka dengan Majlis Fatwa

umno lanunMursyidul Am Pas, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata beliau sedia bersemuka dengan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan berhubung kenyataannya bahawa ajaran Islam yang diamalkan UMNO tidak boleh membawa penyokong parti itu ke syurga.

“Saya sedia berjumpa dengan pihak berkenaan untuk menjelaskan perkara sebenar di sebalik kenyataan saya itu bagi mengelakkan kekeliruan yang timbul,” katanya ketika mengulas keputusan Jawatankuasa Muzakarah Fatwa Kebangsaan bahawa kenyataannya sebagai salah dan menyeleweng daripada ajaran Islam sebenar.

Menteri Besar Kelantan itu berkata, ulasan-ulasan negatif yang dikeluarkan pihak tertentu terhadap kenyataannya berdasarkan petikan dalam akhbar adalah tidak adil.

“Mereka perlu tanya saya di mana salahnya, saya sedia menjelaskan secara berdepan,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Kota Darul Naim di sini hari ini.

Persoalanya beranikah Majlis Fatwa Kebangsaan memanggil dan bersemuka dengan Tuan Guru Nik Aziz?

detikdaily


ulasan

Saya berpendapat tak perlu tanya tuan guru dalam perkara ini....Padan bertanya dengan ketua cawangan jer....perkara yang mudah macam ini pun umno bodoh lagi......"MENTADBIR IKUT QURAN DAN HADIS ITU JALAN YANG SEBENAR"........

Awak tak nak mentadbir ikut cara Islam lepas tu.....nak minta keredaaNya......

Apa barang..................

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER