2.6.09

PERLUKAH PAS DAN UMNO PERSATU

Copy dari sini
  • Pada 30 Januari 2008 di Yayasan Kepimpinan Perdana, Putrajaya, bekas Presiden UMNO, Tun Dr. Mahathir membuat pengakuan dihadapan lebih 30 orang pengamal media dengan mengaku telah dipaksa oleh pemimpin-pemimpin UMNO supaya menyekat sebarang bentuk bantuan oleh Kerajaan Pusat kepada Negeri Kelantan. Tun berkata, “… bukan sahaja Mustapha (Mohamed) tetapi pemimpin-pemimpin UMNO lain pun mintak sekat”. Pengakuan ini dibuat ketika mengulas pengakuan Dato’ Mustapha Mohamed yang ketika itu Menteri Pelajaran Tinggi dan ahli Dewan Undangan Negeri Ayer Lanas di dalam Dewan Negeri Kelantan.
  • Pada 24 November 2007, Dato’ Mustapha Mohamed ketika membahaskan usul ucapan terima kasih terhadap titah ucapan Tuanku Al Sultan Kelantan telah mengaku menekan Tun Dr. Mahathir supaya menyekat Negeri Kelantan dari menerima peruntukan dari Kerajaan Pusat.
  • Bukankah ini jelas satu pengainayaan kepada parti PAS selaku Kerajaan di Kelantan, ahli-ahli PAS selaku mereka yang berusaha keras memenangkan PAS, Pengundi PAS yang menunaikan tanggungjawab mereka di dalam PRU dan seluruh rakyat Kelantan yang setengahnya tidak ada kaitan langsung dengan proses menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional di Kelantan

Tidak cukup dengan penyalahgunaan kuasa dan keganasan terhadap Parti lawan, UMNO juga seringkali sanggup membelakangkan undang-undang dan perlembagaan negara untuk mencapai hasrat mereka dalam merampas apa yang diberi Rakyat kepada PAS.

  • Sejarah mencatatkan seramai 14 orang terbunuh dan mereka terdiri dari lelaki dan perempuan yang bersama Ustaz Ibrahim menunaikan sholat subuh.
    • Al Shahid Ibrahim adalah ‘orang’ PAS begitu juga mangsa yang lainnya.
    • UMNO menerusi medianya menyalahkan Presiden PAS sekarang dengan berulang kali mengaitkan kejadian tersebut dengan Amanat Haji Hadi.
    • UMNO menuduh mereka yang terkorban mempertahankan hak mereka yang diperuntukkan oleh perlembagaan persekutuan sebagai telah termakan hasutan Tuan Guru Haji Hadi.
    • UMNO melepaskan tanggungjawab mereka terhadap kejadian itu dan sehingga hari ini menyalahkan PAS.
    Turn About About Turn adalah satu kejadian dimana 4 wakil rakyat PAS termasuk speaker Dewan Negeri Kelantan telah diculik, dikurung dan dipaksa membuat kenyataan media mengaku mereka menyertai UMNO.

    Peristiwa yang berlaku pada 1968 ini sepatutnya berakhir dengan speaker yang diculik memanggil sidang Dewan Negeri bagi meluluskan usul Undi Tidak Percaya kepada Menteri Besar PAS. 3 orang ahli Dewan Undangan Negeri yang diculik pula akan hadir ke sidang Dewan dan menerusi undi mereka, Kerajaan Negeri pimpinan PAS Kelantan akan tumbang.

    Berikut adalah rentetan apa yang berlaku,

      • Pada 25 Julai 1968, YB Umar Muhammad (ADUN PAS) yang ketika itu di dalam perjalanan balik dari Kota Bharu ke Tanah Merah telah ditahan oleh polis dalam satu sekatan jalan raya. YB Mustapha Ahmad, Ahli Parlimen PAS Tanah Merah yang mengekori YB Umar melaporkan bahawa YB Umar dibawa menaiki kereta Ketua Polis Tanah Merah ke Balai Polis Kota Bharu.
      • YB Umar kemudian tidak dapat dikesan selepas dibawa masuk ke Balai untuk soal siasat.
      • Pada 2 Ogos 1968, Suratkhabar (mungkin Utusan Melayu terbabit sama) melaporkan 4 ahli Dewan Undangan Negeri PAS Kelantan telah masuk UMNO. Mereka ialah YB Abdullah Haji Yusof, YB Umar Muhammad, YB Abdul Rahman Muhammad Soleh dan YB Yusof Abdul Latif, Speaker Dewan Negeri.
      • UMNO terus menggunakan media dan pada 3 Ogos 1968 dan 4 Ogos 1968 menabur fitnah dengan menyebut nama ahli-ahli Dewan Undangan Negeri PAS yang lain turut juga menyertai UMNO dan menyebabkan Kerajaan Kelantan Pimpinan PAS telah tumbang.
      • UMNO Besut dan Tanah Merah secara besar-besaran menyebarkan dakyah dengan pelbagai cara untuk menghancurkan hati dan perasaan ahli dan penyokong PAS dengan menyebarkan lakaran kubur PAS serta masuk ke kampung-kampung dengan kenderaan yang dipasang speaker melaungkan “PAS dah Mampus. PAS dah Mampus dan Perikatan memerintah Kelantan.”
      • Pada 18 Ogos 1968, 4 ahli YB PAS Kelantan telah dipaksa keluar dalam televisyen mengisytiharkan sokongan kepada UMNO.
      • Selepas pengisytiharan di Televisyen, keempat-empat YB itu dibenar pulang ke Kelantan dengan kenderaan yang dikawal rapi oleh polis.
      • Pada 20 Ogos 1968, Speaker Dewan Negeri yang telah isytihar menyokong UMNO mengendalikan persidangan khas Dewan Negeri.
      • 2 Ahli Dewan Negeri PAS yang turut isytihar menyertai UMNO telah memberitahu Dewan Negeri bahawa mereka tetap ahli PAS dan melafaz taat setia kepada Parti Islam SeMalaysia itu.
      • Usul yang ditaja UMNO tumpas dan PAS terus memerintah Kelantan sehingga Pemimpin PAS membawa PAS menyertai Barisan Nasional.
      • Akibatnya dalam pilihanraya umum 1974, PAS tidak lagi berdepan dengan UMNO dan ini memudahkan UMNO untuk merangka episod seterusnya membunuh PAS.
      • Selepas itu, BN bertegas melantik Menteri Besar yang tidak mendapat sokongan padu dari PAS.
      • Akibatnya PAS berpecah dan akhirnya kehilangan Kelantan.
    • Di atas tadi adalah antara dosa besar UMNO. Dan jika diambil kira juga tindakan-tindakan zalim UMNO kepada orang-orang perseorangan di dalam PAS dengan pelbagai cara termasuklah menghumbankan mereka ke dalam penjara sebagai tahanan politik, tentu sekali tidak tercatat banyaknya.

      Begitu juga penghinaan dan diskriminasi kepada penduduk-penduduk kampung yang mengundi PAS.

1 ulasan:

sapien berkata...

Perlukah UMNO menutup semua pusat maksiat yang ada di Malaysia ini. Kalau itu berlaku wajarlah UMNO Dan PAS Bersatu sekiranya tidak Tunggulah aku mati dahulu. Lepas tu nak bergabung ka apa ka tak kisahlah. Tak perlu fikirkan apa yang akan terjadi kepada Parti PAS lagi. Itulah yang dikhuatirkan oleh TGNA. PAS akan mati sekiranya bergabung dengan UMNO selagi tuntutan Al-Quran tidak terlaksana.

RAKAN BLOGGER