1.6.09

BALACI ADE..



CATATAN DARI PENANTI

Larangan seperti tak boleh sentuh isu dan sebut nama Altantuya
Larangan menyentuh isu konflik negeri Perak
Di larang menayangkan video
Pembesar suara tidak boleh melepasi kawasan ceramah
Semua kawasan ceramah mesti dalam keadaan terang
SB boleh sesuka hati pacak/pasang video (stand/tripod) dan mengambil gambar di depan pentas ceramah

Dan macam-macam peraturan yang menyusahkan yang dibuat untuk menghalang ceramah Pakatan Rakyat.

Semuanya itu atas alasan ceramah Pakatan Rakyat ditakuti mengandungi unsur hasutan dan menganggu ketenteraman negara. Hasilnya apabila beberapa pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat di panggil ke balai polis untuk memberi keterangan barkaitan isu ceramah mereka.

Sedangkan parti yang tidak bertanding boleh pula membuat ceramah dan siap menghasut pengundi dari kalangan ahli parti rasuah ni supaya tidak keluar mengundi…. Tidak ada pulak tindakan dan munkee yang mengeluarkan kenyataan tu tak pula di panggil ke balai…. Ooppppsss…. Aku terlupa pula…. lembu mana boleh panggil tuan munkee yang memberi arahan padanya…. sori… pak polis…

SPR – Hampeh nombor dua.

Ni lagi sekor lembu, yang sampai last minute pun cuba menimbulkan masalah… siapa lagi kalau bukan SPR, pondok panas standard size yang telah di dirikan bersaiz 20 kaki x 20 kaki, tiba-tiba pada malam terakhir dan esoknya hari mengundi SPR keluarkan arahan terbaru yang menetapkan pondok panas yang hendak didirikan mestilah bersaiz 8 kaki x 8 kaki.

Larangan petugas Parti memakai baju dan lambang Parti.
Larangan kereta pengangkut pengundi ada sticker parti

Dan banyaklah pantang larang tok nenek dalam SPR tu yang wajib di patuhi…. yang bestnya arahan tersebut di terbangkan terus dari Putrajaya. Pengkerusi dulu dan pengkerusi sekarang takda bezanya.... sama jer... pengkerusi @ bangku.

UBN – Hampeh segala hampeh (Tuan kepada kedua-dua hampeh di atas tu)

Yang ni korang semua dah tahukan…, dan aku pun malas nak taip pasal puak ni… buat habis dakwat keyboard aku jer… yang pasti apa aku nak katakan setiap apa yang terjadi sepanjang PRK Penanti tu semuanya kerja “Haramjadah” puak ni… noktah.

Satu jer contoh aku nak bagi klik
kat sini.

Ironinya…, walaupun banyak pantang larang dari Polis dan SPR kerana menurut perintah dan taat setia kepada Tuan UBN. Yang pastinya PRK kali ini berjalan dengan lancar tanpa sebarang kekecohan kerana penyokong parti pencetus huru-hara dan kekecohan setiap kali Pilihanraya tidak ada.

Siapakah Parti yang selalu menimbulkan HURU-HARA selama ini…..? Tepuk dada tanya akal masing-masing…. Contoh dan Buktinya ialah hari ini…. 31hb Mei 2009.

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER