21.4.09

CERITA SAYA BAB HASAN ANAK RIMAU...HASAN ANAK LIMAU..

Sedikit pendedahan untuk maklumat semoga ia menjadi pedoman dan pengajaran pada pembaca blog semua.
Pertama sekali jangan tanya siapa saya.....

Hasan anak harimau dulunya seorang guru silat maka ramailah anak murid mereka dan antaranya ada di balok kuantan. Banyak keistemewaan beliau maklumlah beliau seorang guru silat.........
Apabila usia meningkat tergerak untuk mengabdi diri pada Allah dan beliau terus meningalkan alam persilatan...
Kerja harianya ialah menjual anak limau di pekan daerah beliau tinggal...Lama kelamaan orang kampong mengelar beliau "Hasan anak limau"...dalam masa itu anak murid beliau semangkin ramai.....Asas utama ajaranya ialah berzikir dan beruzlah mengingati Allah ...
Zikir yang beliau bawa dinamakan "zikir kuat"
Pengikut beliau masa itu seluruh negara ..perusuk negeri ada.....Lama kelamaan hilang nama 'Hasan Anak limau' dan digantikan dengan 'Hasan anak Harimau'.........
Banyak keistimewaan beliau antaranya
  • Dia boleh mengetahui isi hati tetamu datang
  • Sekiranya dia ingin makan burung sebut saja tak lama kemudian burung itu akan datang...
  • Dan banyak lagi.....

Pengikut setia beliau ialah anak sulung beliau dan ayah pin.......Ayah pin ini ada anak perempuan yang bernama mok su....tak lama kemudian hasan ini kawin dengan mok su...dengan ini ayah pin ada lah pok mertua hasan anak harimau.

Apabila meninggalnya hasan anak rimau ini ajaran ini berpecah menjadi 3 kumpulan.

  • Kumpulan anak beliau
  • Kumpulan ayah pin
  • Dan kumpulan mok su.

Kumpulan yang di bawa oleh anak beliau ada dikelantan ,kumpulanya tidak meninggalkan sembahyang 5 waktu ,masih mengamalkan zikir dan beruzlah .

Kumpulan ayah pin ...tak nak ulas ...kerana semua orang tau.....

Kumpulan Mok su baik sikit dari ayah pin ...pengikut mok su tak ada yang sembahyang dan pernah seorang pengikutnya yang sembahyang ditegur dengan kataya "selagi kita sembahyang selagi itu kita tak kenal Allah".Mok su ini pada pengikut mereka dia umpama Aishah isteri Rasulullah..dia tak boleh kawin ...sebab itu sehingga sekarang dia tak kawin lagi...kehidupanya mewah..dan dengar cerita sekarang dia tinggal diMuazamShah.

Okey ini saja saya cerita

Ada lagi cerita tapi saya tak nak cerita...............

Akan datang saya nak cerita bab "Pakida"

3 ulasan:

LKTP1436 berkata...

Aku juga blogger cap ayam je.....
cap ayam...cap ayam lah....janji tulis....

jaam berkata...

SALAM BRO,
AKU BLOGGER CAP GHIMAU!

SEORANG PENOREH GETAH berkata...

Terima kasih lktp 1328 dan jaam ...kita serupa...

RAKAN BLOGGER