2.1.09

MUSLIM GAZA - MUSLIM MALAYSIA ( bagai Langit dan Bumi )

Copy dari http://nuraflah.blogspot.com/search/label/Islam
http://www.youtube.com/watch?v=0J3d2cusg2U

SELAMAT BERDEMONTRASI DI HADAPAN KEDUTAAN AMERIKA
Sejak Israel berjaya menduduki bumi Palestin, mereka tidak pernah berasa puas selagimana mereka tidak berjaya mengusir penduduk Islam Palestin keluar dari bumi Anbiya' itu.Sambutan Tahun Baru Hijri yang ke 1430 menyaksikan muslim Gaza dibunuh dengan kejamnya oleh rejim Israel. Bukan sahaja polis dan tentera Hamas yang menjadi sasaran mereka, tetapi wanita dan kanak-kanak juga turut menjadi korban kezaliman Zionis, pengganas no 1 dunia.Lebih menyedihkan, beberapa agensi berita asing melaporkan, ada negara Islam yang didapati telah berkomplot dengan rejim Israel dalam siri keganasan Israel kali ini. Azzam Tamimi, Pengarah Institute of Islamic Political Thought berkata:"Jika anda masih ingat ucapan Tzipi Livni selepas bertemu dengan Presiden Hosni Mubarak. Dia telah memberikan amaran yang jelas, mereka ingin melakukan perubahan di Gaza. "Saya syaki operasi Israel kali ini adalah untuk menghancurkan pentadbiran Hamas. Israel tidak akan berani menyerang jika tidak mendapat lampu hijau dari sekutunya."Apalah daya muslim di Palestin untuk melawan tentera Israel. Hanya serpihan batu dari bangunan yang telah dibom Israel yang dapat digunakan oleh mereka untuk menentang kekejaman Israel. Mereka kini kelaparan, tiada bekalan elektrik serta ubat-ubatan. Sedangkan kita di sini, masih mampu melayari internet, tidur dalam bilik berhawa dingin dan menyediakan juadah yang lebih banyak ke tong sampah dari masuk ke dalam perut kita. Malah, perlaksanaan hudud yang hanya sebahagian dari sistem syariah Islam pun masihmahu ditelagahkan sesama muslim di Malaysia. Ayuh! Bersatulah wahai kaum Muslimin dan Mukminat di seluruh dunia. Sampai bilakah lagi kita mahu menyaksikan saudara seagama kita ditindas, dibunuh dan diseksa dengan kejam oleh manusia-manusia yang berhati iblis dan syaitan?Tidak terdetik atau terkesankah hati dan jiwa kita bila menyaksikan saudara seagama kita dizalimi begitu sahaja? Lemahkanlah kekuatan Israel dengan memboikot semua barangan, perkhidmatan dan perniagaan mereka. Manfaatkanlah teknologi dan kemudahan yang ada untuk menyampaikan kebenaran dan mengajak kepada kebaikan.Jika Muhajirin dan Ansar sanggup bersatu dan berkorban untuk menjayakan Islam dengan kudrat dan harta yang mereka miliki, mengapakah kita semua tidak boleh melakukannya? Al-Fatihah buat semua Muslim Palestin yang telah terkorban. Semoga Muharram kali ini memberikan tekad baru kepada kita semua untuk membangun dan menjayakan agenda Islam di bumi Allah ini.
http://www.youtube.com/watch?v=QcB0ADh2lWk

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER