30.4.13

SABAH YANG KAYA RAYA


Herman Samsudeen
Sejak menyertai Malaysia tahun 1963, Sabah tidak menikmati banyak pembangunan walaupun negeri berkenaan adalah antara yg terkaya dengan hasil bumi dan antara negeri yang terbesar di Malaysia. Di mana silapnya. Kemasukkan Umno ke Sabah hanya menambah luka dan menjadikan Sabah menerima lebih banyak kerugian dimana Yayasan Sabah yang selama ini menjadi penyumbang besar kepada kebajikan rakyat termasuk bantuan penuh di Sekolah2 dikawal oleh Kerajaan Negeri yg dimonopoli Umno. Dana besar milik Yayasan Sabah dipergunakan utk membantu dana Umno-BN di Semenanjung......

Ingat lagi, masa sekolah rendah dulu....anak2 Sabah hanya perlu daftar dan hadir ke sekolah, kerana Yayasan Sabah telah mbekalkan pakaian, kasut, buku2 termasuk alat tulis, minuman dan lain2. Tapi bila Umno masuk Sabah, ke semua bantuan ini dihadkan...dan akhirnya dikurangkan.

Kini Sabah perlukan kepimpinan Politik Baru.....supaya hasil Minyak, Balak, dan lain2 dpt dipertingkatkan dan diberikan semula kepada rakyat.

p/s
Syed Abdullah Syed Hashim Memang  akui. Keadaan Sekolah Kebangsaan Kalabakan, Tawau pada masa ini sama keadaannya dengan tahun 1989. Pertama kali aku ke sana 1989 dan kali kedua pada tahun 2006 dan aku termangu melihat keadaan sekolah yang tidak berubah. Apakan daya aku bukan wira hanya seorang hamba

28.4.13

Terkini : UMNO Selangor Bergolak!



Maklumat terbaru yang 80% sahih, Umno Selangor terus menghadapi masalah dan jalan untuk merampas Selangor jadi semakin sukar sekiranya berita ini benar. Katanya terdapat 60 cawangan di seluruh Selangor bersiap sedia untuk dibubarkan dan ahlinya akan menyertai Pakatan Rakyat.

Tindakan itu dibuat kerana cawangan Umno berkenaan tidak suka dengan Mohd Zain Abdullah, calon UBN Sepang. Tidak dijelaskan kenapa Mohd Zain menjadi punca kemarahan?

Perkara ini diceritakan oleh seorang wartawan akhbar arus perdana 'khulub' kepada perisik PR semasa ditemui di lokasi ceramah Merampas Putrajaya di Presint 19 malam tadi.

Menurut wartawan itu ada orang tertentu menghubunginya untuk membuat pendedahan perkara itu di media arus perdana kelmarin tetapi ia tidak dapat dilakukan kerana ada sedikit masalah. "Media arus perdana tidak mungkin akan menyiarkannya," ujarnya.

Beliau tidak menyebut siapakah yang menjadi dalang di sebalik protes besar-besaran itu. Apakah kesediaan 60 buah cawanagn itu ekoran penyertaan Muhammad Mohd Taib ke dalam PAS Muhammad antara pemimpin Umno Selangor yang berpengaruh.

Tambah wartawan itu sekiranya media arus perdana enggan menyiarkan kemungkinan berita pembuburan 60 cawangan itu Umno itu akan dibuat menerusi blog atau Facebook. Ini Kalilah.. Ubah..!

Gambar di bawah merupakan proses mengundi bagi rakyat Malaysia yang berada di luar negara pada hari ini 28.04.2013. Lokasi adalah di Melbourne Australia. Pihak PR berharap proses pengundian adalah telus dan tiada penipuan serta manipulasi dengan apa-apa cara sekalipun.

23.4.13

1MDB pindah RM7 bilion wang rakyat ke akaun sulit




KEADILAN memandang serius maklumat bahawa 1MDB, badan pelaburan milik rakyat yang dikawal sepenuhnya oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak telah memindahkan sejumlah RM7 bilion dana ke akaun sulit di Cayman Island.

Maklumat ini terkandung di dalam Laporan Tahunan 1MDB dan diulas di dalam keluaran terbaru akhbar perniagaan mingguan The Edge, yang turut sama mempersoalkan kewajaran sebuah badan pelaburan milik negara memindahkan RM7 bilion ke dalam akaun rahsia di pusat kewangan pesisir pantai seperti Cayman Island.

Akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai hanya digunakan bagi urusniaga yang dirahsiakan kerana pusat kewangan pesisir pantai mempunyai undang-undang yang melindungi urusniaga sebegini walaupun berunsur jenayah atau rasuah.

Sebelum ini pun, laporan antarabangsa telah mempersoalkan tokoh-tokoh yang rapat dengan Barisan Nasional seperti Mirzan Mahathir, Raja Nong Chik dan Michael Chia yang mempunyai akaun sulit di pusat kewangan pesisir pantai kerana ia disyaki bersabit dengan urusniaga yang tidak betul.

1MDB mendapat modal melalui terbitan bon sebanyak RM5 bilion yang dijamin oleh kerajaan. Dari modal ini, ia melabur di dalam beberapa pelaburan di luar negara terutamanya di dalam PetroSaudi International (PSI) yang diragui kewujudan dan aktivitinya.

Dari urusniaga dengan PSI yang penuh kerahsiaan inilah, sejumlah RM7 bilion dilaporkan dipindahkan ke akaun rahsia di Cayman Island, sebuah pusat kewangan pesisir pantai. Pemindahan wang RM7 bilion oleh 1MDB ini perlu dijawab segera oleh Dato’ Seri Najib Tun Razak kerana beliau berkuasa penuh ke atas 1MDB.

Pemindahan wang ke sebuah akaun rahsia pesisir pantai seperti Cayman Island bertentangan prinsip ketelusan dan tata kelola baik yang sepatutnya diamalkan oleh sebuah badan pelaburan kerajaan seperti 1MDB.

Saya khuatir sekiranya Barisan Nasional kalah dalam PRU13, wang RM7 bilion ini tidak dapat dijejaki dan hilang begitu sahaja, bermakna kerajaan menanggung kerugian besar ke atas hutang RM5 bilion yang diambil sebagai modal 1MDB.

Saya memberi amaran keras kepada Dato’ Seri Najib Tun Razak bahawa beliau akan bertanggungjawab ke atas setiap satu sen kerugian yang ditanggung 1MDB. Pemindahan wang RM7 bilion ke akaun rahsia di Cayman Island adalah satu tindakan yang berunsurkan jenayah yang perlu disiasat segera.

Oleh yang demikian, untuk membolehkan satu siasatan dimulakan serta merta sebaik sahaja Pakatan Rakyat mengambil alih kuasa dalam 2 minggu akan datang, saya akan membuat laporan kepada Bank Negara Malaysia, Polis DiRaja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia pada hari Rabu dan Khamis minggu ini supaya wang RM7 bilion ini dibawa balik ke Malaysia secepat mungkin dan mereka yang bertanggungjawab memindahkan wang ke akaun rahsia di Cayman Island dihadapkan ke muka pengadilan.

RAFIZI RAMLI
Pengarah Strategi KEADILAN

RAKAN BLOGGER