30.4.13
SABAH YANG KAYA RAYA
Herman Samsudeen
Sejak menyertai Malaysia tahun 1963, Sabah tidak menikmati banyak pembangunan walaupun negeri berkenaan adalah antara yg terkaya dengan hasil bumi dan antara negeri yang terbesar di Malaysia. Di mana silapnya. Kemasukkan Umno ke Sabah hanya menambah luka dan menjadikan Sabah menerima lebih banyak kerugian dimana Yayasan Sabah yang selama ini menjadi penyumbang besar kepada kebajikan rakyat termasuk bantuan penuh di Sekolah2 dikawal oleh Kerajaan Negeri yg dimonopoli Umno. Dana besar milik Yayasan Sabah dipergunakan utk membantu dana Umno-BN di Semenanjung......
Ingat lagi, masa sekolah rendah dulu....anak2 Sabah hanya perlu daftar dan hadir ke sekolah, kerana Yayasan Sabah telah mbekalkan pakaian, kasut, buku2 termasuk alat tulis, minuman dan lain2. Tapi bila Umno masuk Sabah, ke semua bantuan ini dihadkan...dan akhirnya dikurangkan.
Kini Sabah perlukan kepimpinan Politik Baru.....supaya hasil Minyak, Balak, dan lain2 dpt dipertingkatkan dan diberikan semula kepada rakyat.
p/s
Syed Abdullah Syed Hashim Memang akui. Keadaan Sekolah Kebangsaan Kalabakan, Tawau pada masa ini sama keadaannya dengan tahun 1989. Pertama kali aku ke sana 1989 dan kali kedua pada tahun 2006 dan aku termangu melihat keadaan sekolah yang tidak berubah. Apakan daya aku bukan wira hanya seorang hamba
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan