11.2.13
Najib takut bertanding dengan Mahasiswa di Parlimen Pekan.
Itulah yang aku fikirkan. Bila aku tonton berita tv3 sebentar tadi. Dan aku ucapkan SYABAS kepada MAHASISWA yang bakal melawan Najib di parlimen PEKAN dalam PRU - 13.
Pastikan pencalonan korang tidak dibatalkan atas sebab2 teknikal. Kita akan bersatu untuk berkempen bagi pihak mahasiswa tersebut kaw2. Suara rakyat diwakili oleh mahasiswa. Dan mahasiswa yang bakal jadi calon itu harus dimenangkan by hook or by crook. Orang kata kita cuba sehabis daya untuk memastikan kemenangan dia di parlimen pekan. Insya-Allah.
Sebentar tadi di berita buletin utama ada la mahasiswa apatah nama dia.. mahasiswa pekan kot.. menayangkan diri di depan tv. Mereka cakap mahasiswa yang nak bertanding dengan najib itu harus menghentikan niat mereka.
Dan tindakan mahasiswa itu tidak mewakili keseluruhan mahasiswa. Yang neh aku setuju. Memang tindakan mahasiswa tersebut tak mewakili kesemua mahasiswa yang wujud di malaysia. Tetapi aku berani jamin lebih dari 50% mahasiswa yang wujud di malaysia ini menyokong keberanian mahasiswa yang bakal menandingi najib.
Bahkan, kalau mereka diberikan peluang untuk mengundi pun, confirm mereka akan mengundi di pekan. Sanggup sebab nak mengalahkan Najib. Ini seriyus aku cakapkan neh weh.
Yang aku heran. Belum lagi letak nama calon. Najib dah terasa gusar. Sebab tue la ada sekumpulan mahasiswa pfttt.. aku pun tak pasti boleh ke aku gelarkan dorang mahasiswa berdasarkan cara dorang berfikir.. beria2 kempen sokong najib.
Tindakan mahasiswa itu sebenarnya telah mendedahkan pendapat najib. Secara tidak langsung. Dapat kita baca dan menilai bahawa owhh.. rupanya najib rasa tergugat juga dengan keputusan mahasiswa yang mahu bertanding melawan najib ek. Sudah la mahasiswa = suara orang muda. Sudah la orang muda = majoriti menolak bn.
Jadi sebelum apa2 baik najib persiapkan dengan kempen bahawa mahasiswa harus diseru menolak keputusan mahasiswa rakyat yang mahu bertanding melawan dia. Elok la diselitkan dengan agenda buruk2kan mahasiswa seperti ini. Tapi silap besar la ko najib. Silap. Dan ia silap besar pula tue.
Mahasiswa, lagi ko cakap jangan. Lagi dia akan buat.
Lagi ko kutuk dan hina, lagi dia melawan.
Lagi ko menekan, lagi dia agresif.
Mereka neh bergerak underground. Berkawan dan bergaul. Dengan bn, pr dan non partisan. Seseorang itu mungkin sokong bn dan tegar, tetapi bila seseorang berkawan dengan mahasiswa2 pro rakyat, pro perjuangan, lama kelamaan mereka akan terikut. Kempen seperti itu tak perlukan modal banyak. Hanya perlu kenal dan bergaul. Benda yang ko tak boleh buat sampai bila2. Sebab ko tak pernah ada keinginan nak buat. Bersedia la untuk kalah Najib.
Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2013/02/najib-takut-bertanding-dengan-mahasiswa.html#ixzz2KWDgBTQJ
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan