18.1.13

Informasi Tentang Corak Radar Band untuk perangkap had laju



Terdapat banyak jenis kamera perangkap laju yang digunakan oleh anggota penguatkuasa. Dibawah ini disenaraikan beberapa jenis yang biasa mereka gunakan di Malaysia.
 
  1. Laser : Band yang paling dipercayai dan tepat bagi kamera perangkap laju. Jenis ini dapat mengukur kelajuan dengan tepat, tetapi hanya dapat mengesan 1 kenderaan untuk sekali tembakan.
  2. X band : Jenis ini digunakan oleh penembak bagi model lama dimana ianya digunakan oleh penguatkuasa di pekan-pekan kecil. Banyak amaran palsu yang diterima dari band jenis ini kerana ianya turut digunakan pada pagar automatik dan sesetengah kelengkapan bangunan moden.
  3. K band : Ianya lazim digunakan pada kebanyakan penembak kelajuan kini. Isyarat amaran palsu adalah minima.
  4. Ka band : Kebanyakan digunakan oleh pegawai penguatkuasa dari jenis kamera penembak. Mampu mengesan kelajuan bagi 5 kenderaan serentak. Polis diRaja Malaysia menggunakan Ka band secara meluas.
  5. Ka Wideband : Ianya adalah versi penambah-baikkan bagi Ka band. Menggunakan saluran berlainan dari biasa yang digunakan oleh Ka band dimana ianya digunakan secara meluas oleh penembak kelajuan generasi baru.
  6. Pulse : Jenis ini digunakan pada alat penembak kelajuan mudah-alih dimana ianya ditembak dari dalam kenderaan peronda penguatkuasa untuk mengukur kelajuan kenderaan sasaran.
  7. POP band : Digunakan pada penembak kelajuan dari generasi terbaru yang biasa digunakan dibandar-bandar besar di Malaysia. POP band ini tidak dapat dikesan oleh anti radar model-model lama.
  8. Ku band : Band atau jalur ini hanya digunakan dinegara-negara Eropah. Ianya tidak digunakan di Malaysia kerana banyak peranti biasa menggunakan band jenis ini, sebagai contohnya piring Astro menggunakan Ku band untuk hubungan satelit.


Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER