27.2.12

BETUL KE CERITA NI..


Betul ke bilik hotel boleh berkunci dari luar? Kes Ustaz BadrolAmin dan percutian sebulan.
Monday, February 27, 2012


Ketua Penerangan Negeri Selangor, Dr Badrulamin Bahrom dinasihatkan supaya mengambil cuti selama sebulan sehingga beliau dibersihkan dari tuduhan yang dikatakan berkhalwat pada Sabtu lalu.

Kerajaan Negeri telah menerima penjelasan Dr Badrulamin berhubung kejadian itu dan mendesak pihak Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) melakukan siasatan secara telus, adil dan professional demi menjaga maruah beliau sebagai muslim sebagaimana yang dituntut dalam ajaran Islam.

Kerajaan Negeri berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.

Sepanjang tempoh bercuti ini, tugas-tugas beliau sebagai Ketua Penerangan Kerajaan Negeri Selangor akan diambil alih sementara waktu oleh Sekretariat akhbar Pejabat Dato’ Menteri Besar yang diketuai oleh Setiausaha Akhbar Dato' Menteri Besar.

Akhir sekali Kerajaan Negeri Selangor menyeru semua pihak supaya tidak membuat andaian-andaian negatif dan menyerahkan hal ini kepada pihak berwajib melakukan penyiasatan.


DIkeluarkan oleh
SEKRETARIAT AKHBAR
PEJABAT DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR

Di suruh bercuti.

Dalam kes neh memang terbukti ada keraguan yang munasabah sebab tue lah ustaz disuruh bercuti. Ini tanggapan dan persepsi orang. Kalau dia jelas tidak bersalah, tiada keraguan, of course kerajaan negeri selangor takan suruh dia bercuti.

Aku ada terbaca komen daripada shukur di blog aku semalam. Dia saksi kejadian. Apa yang dia cakap TIDAK MEWAKILI pendirian aku. Aku suka berpegang kepada sesiapa pun berhak menyatakan apa yang dia tahu dan samada ia benar atau tidak, itu analisis masing2. Aku tak suruh sesiapa percaya dan aku juga tidak berminat nak menyekat mana2 pihak dari menyatakan apa2 disini. Itu sahaja.

Dia cakap macam neh kat ruangan komen ;

saya pekerja hotel tersebut malah saya tahu cerita tersebut dari hari pertama sehingga hari ketiga (hari penangkapan tu)...tapi saya xnak bising2 kat sini...sehingga jika ada yang cuba memfitnah orang lain dengan mengatakan ini konspirasi...kami tahu juga dan lihat dengan mata kepala sendiri bagaimana hari ke dua suami wanita tersebut merayu isterinya supaya pulang ke rumah...apa2 pun kita tunggu lah...yang pasti 20 orang yg di dakwa tu TIADA..yang ada hanya suami isteri tersebut..dan saya nampak dengan mata kepala saya sendiri Badrul Amin di tampar oleh suami perempuan itu...20 orang yg di dakwa adalah fitnah Badrul Amin.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/terkini-penjelasan-penuh-ustaz.html#ixzz1nVXY4ncA

Ini pandangan ikhlas aku dalam isu neh. Aku bagi pandangan selaku rakyat. Aku tidak mahu berpihak dan memihak kepada sesiapa pun dalam isu neh.

1. Ustaz dikatakan di tangkap khalwat. Ustaz dah nafikan. Namun JAIP menyatakan hal yang sebaliknya. Kenyataan JAIP tidak sama dengan kenyataan ustaz. Ada konflik kat sini. So kat sini aku dah taktahu sapa bercakap betul dan siapa bercakap tidak betul.

2. Macam2 andaian muncul apabila isteri orang lain datang untuk berjumpa ustaz. Ada macam2 persepsi. Antaranya ada yang mengatakan perlu ke ustaz masuk bilik sekali? Kalau nak uruskan hal sewa bilik hotel ke apa susah sangat ke nak gunakan isteri ustaz yang turut sekali dalam rapat rakyat di kuantan semalam? Bagaimana dengan telefon? Takan bilik ustaz berkunci dari luar sedangkan bilik hotel berkunci dari dalam. Bilik hotel apa yang boleh berkunci dari luar. Ini pandangan orang. Aku tak nampak pandangan seperti neh boleh diketepikan.

3. Namun dalam masa yang sama tokok tambah citer, fitnah, bertuala lah, apa lah benda2 yang sebenarnya takde kaitan dengan kes tidak perlu di ada2kan. Nak cakap ka apa ka biarlah menulis berdasarkan hal yang benar or sekurang2nya dalam pengetahuan ko.

Janganlah buat2 citer macam yoyo oh jek ustaz tue bertuala dan etc2. Neh dah mendatangkan kes seolah2 korang memang menuduh ustaz telah berzina or sekurang2 dalam proses melakukan perzinaan. JAIP pun cuma cakap tangkap khalwat. Takde pun JAIP buat citer bertuala dan etc2 tue seme takde langsung dalam statement JAIP. So janganlah tokok tambah citer beb.

4. Ustaz harus diberikan ruang untuk bersuara. Selain dari ustaz, JAIP, pasangan suami isteri yang terlibat, saksi kejadian dan segala2 yang terlibat dalam kes neh harus diberikan ruang dan hak yang sama rata untuk bersuara. Jangan menuduh sehingga terbukti ustaz bersalah dan jangan pula menganggap neh konspirasi umno sehingga ia terbukti benar.

Simple. Dalam kes neh kedua2 pihak harus sama2 berlapang dada. Baik dari side ustaz baik dari side anti ustaz. Kedua2 pihak jangan saling tuduh menuduh dan salah menyalahkan apatah lagi fitnah menfitnah. Biarkan sahaja kes neh berjalan dan disiasat. Kalau benar ustaz bersalah, aku percaya ustaz tahu laluan dia dan kalau sebaliknya kita sama2 harus menerima hakikat tersebut. Simple.

Nota : Kalau boleh elakkan main isu peribadi orang ye.

Ameno : Jangan mendekati sesuatu yang boleh menimbulkan syak beb.

Read more: http://amenoworld.blogspot.com/2012/02/betul-ke-bilik-hotel-boleh-berkunci.html#ixzz1nVxK5JjN

23.2.12

BBQ DIPADANG MPK KUANTAN 26HB. ?


KUANTAN, 23 Feb -
Mungkin akibat ketakutan dengan gelombang kebangkitan suara rakyat dalam membantah isu Lynas, maka Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak "kurang cerdik", apabila mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengadakan program "Pesta BBQ Rakyat 1Malaysia" di Padang MPK1 iaitu lokasi Himpunan Hijau 2.0 bakal diadakan Ahad ini. Ini terbukti, apabila orang ramai yang melalui sekitar kawasan terbabit terkejut dan tertanya-tanya dengan beberapa "longgokan pancang kayu api" di sekeliling padang itu sejak malam tadi. Malah, difahamkan kemungkinan besar kayu-kayu tersebut mahu digunakan untuk jamuan bagi menyambut kehadiran ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang bersama dalam himpunan terbabit. Malah ada yang mendakwa kemungkinan besar akan ada satu program "BBQ Rakyat 1Malaysia" di padang itu Ahad ini. Jika bukan jamuan rakyat, apakah motif longgokan tersebut kata seorang pemandu teksi yang ditemui. "Saya terkejut bila datang ke sini pagi tadi. Apakah tujuan MPK itu agaknya?. Kenapa buat tindakan bodoh yang jelas memalukan ini?. Kenapa jamuan BBQ mahu diadakan di atas padang itu, sedangkan banyak lagi kawasan lain boleh digunakan.", katanya. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) gagal dihubungi untuk mengesahkannya. Namun, jika benar program itu mahu diadakan, kenapa ia tidak dimaklumkan kepada rakyat terlebih dahulu?.

http://www.pahangdaily.blogspot.com/2012/02/panas-kerajaan-anjur-bbq-rakyat.html

22.2.12

Pengakuan Ketua Pemuda Umno -Kapal dagang israel


Ketika para blogger Umno bermati-matian berkata tiada kapal Israel masuk ke Malaysia, Ketua Pemuda Umno pula mengesahkan Malaysia mempunyai hubungan dagang dengan Israel.

(Salah sebuah kapal Israel yang mendarat di Perlabuhan Klang)

Khairy berkata, kerajaan mempunyai polisi dan pendirian yang jelas bahawa Malaysia tidak mempunyai hubungan politik dan diplomatik dengan Israel.

"Sebagai seorang Ahli Parlimen, saya sedar bahawa ada hubungan perdagangan antara Malaysia dan Israel tetapi ia adalah hubungan antara syarikat.

"Saya harap perkara ini dapat diketahui umum bahawa kita berdagang bukan kerana kita sokong Israel tetapi ini keperluan dari segi globalisasi," katanya.

Selain menolak kenyataan bloger Umno, kenyataan Khairy juga menolak kenyataan pihak pengurusan Perlabuhan Klang baru-baru ini.

Westport, Port Klang melalui Ketua Korporatnya, Mejar (B) Manisegaran seperti yang dilaporkan oleh Sinar Harian mengakui kehadiran Kapal Israel, ZIM Integrated Shipping Services Ltd yang berlayar dari Israel [Sinar].

Namun beliau mendakwa tiada sebarang urusniaga berlangsung kerana kapal tersebut hanya singgah sahaja.

Sebelum ini, pelbagai pihak dalam Umno membuat pelbagai tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutannya kenyataannya dalam The Wall Street Journal.

Namun bagi para blogger Pakatan, tindakan ini hanya umpama, "Depan rakyat maki Israel, belakang rakyat cium bontot Israel" sahaja.

Sembrong: Seorang dilastik, lelaki tua dibaling kayu...

PKR menafikan ceramahnya di Jalan Mersing, Sembrong pada malam Ahad lalu di mana kereta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim diserang dengan lontaran batu, kayu dan mercun sehingga kemek dan cerminnya pecah itu diadakan tanpa permit.

“Majlis yang mendapat permit dari pihak polis itu diganggu dari awal hingga akhir oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

“Tujuan mereka ialah untuk menimbulkan kekecohan dan huru-hara,” kata Ketua Penerangan PKR, Johor Syed Hamid Ali (kiri) dalam satu kenyataan memperincikan apa yang sebenarnya berlaku pada malam berkenaan.

Menurut beliau, pada kejadian itu, lebih 100 orang yang dipercayai kakitangan dan anak-anak muda yang diupah oleh Umno tempatan telah melakukan segala macam provokasi untuk mengganggu dan mencederakan orang ramai dan pemimpin yang hadir di situ.

“Mereka membuat bising dan menjerit-pekik; buat rioh-rendah dengan membunyikan enjin motorsikal, air horn dan siren.

“Kemudian, berpuluh-puluh anak muda yang bermotosikal terus mengganggu lalu lintas; batu, telor, botol plastik dan mercun bola berterbangan ke arah penceramah dan orang ramai,” katanya.
Syed Hamid juga berkata pada malam itu, tidak kurang 4,000 orang membanjiri ruang di hadapan pejabat Cabang Semberong di Batu 4 Jalan Mersing, Kluang untuk mendengar ucapan daripada pemimpin-pemimpin parti peringkat negeri dan pusat.

Antara mereka termasuk ketua umum PKR itu sendiri, dirinya, ahli parlimen Kapar S Manikavasagam dan ADUN Mengkibul Ng Lam Wah.

“Ketika rombongan Anwar sampai di tempat ceramah kira-kira jam 11.30 (malam), suasana menjadi semakin ribut.

“Beliau dan rombongannya diserbu dan dikepung. Pergelutan kecil berlaku sebelum Anwar berjaya diselamatkan.

“Kami diberitahu, seorang mengalami cedera ringan di dahi dipercayai akibat dilastik; seorang lelaki tua cedera dibaling kayu; bendera PKR dibakar; cermin kereta Anwar pecah dan pintunya kemek,” katanya.

Sehubungan dengan kejadian itu, katanya PKR menuntut supaya pihak polis bertanggungjawab untuk melakukan penyiasatan secara profesional.

Syed Hamid juga berkata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammudin Hussein selaku Ketua Bahagian Umno Semberong dan ahli parlimen kawasan itu juga perlu bertanggungjawab atas peristiwa buruk dan memalukan itu.

Kejadian itu antara beberapa siri gangguan yang disaksikan sejak beberapa minggu kebelakangan ini apabila pemimpin Pakatan cuba menggempur kubu-kubu BN, khususnya Umno menjelang pilihan raya umum akan datang.

Pada 13 Februari lalu, kunjungan Anwar ke Felda Tun Ghafar Baba, di Machap, Alor Gajah juga dicemari oleh penyokong Umno yang mengganggu ceramah beliau.

Manakala pada Jumaat lalu pula sekatan jalan raya didirikan daripda menghalang pemimpin dan penyokong Pakatan daripada menghadri ceramah yang dijadualkan di kubu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak di Pekan.

Malah, Anwar terpaksa membonceng motosikal untuk menuju ke lokasi cermahnya.

http://www.malaysiakini.com/news/189874

11.2.12

APA NAK JADI DENGAN FELDA NI...

Lagi cerita bab Felda di Saya Warga Felda

Kepada RGM dan pengurus felda,
masihkah ingat penyangak fgvh memberi amaran pd 19 okt lalu di dewan perdana?
Selepas peristiwa ini ramai yg balik tanpa menjamah mknan ptg kerana terguris dgn kata dua oleh si Sabri.
Sayangnya ada kalangan pengurus lupa sehingga sanggup menggadai maruah felda dan peneroka. Rupanya ada rgm dan pengurus lupa diri dgn memalsukan tandatangan perwakilan kpf utk mengadakan mesy perwakilan khas pd 22 feb ini sehingga ada laporan dibuat oleh individu berkenaan.
Tahu kah apa kesan dan akibatnya jika perkara ini dilaporkan kpd Pihak Berkuasa?

BERANI BUAT BERANI TANGGONG!

Terlalu pelik, fgvh dimiliki sepenuhnya oleh felda, kemudian memajakkan tanah kpd fgvh selama 99 tahun dgn syarat dan terma perjanjian yg berat sebelah yg tidak memihak kpd felda.
Mulai tahun ini felda membayarkan segala cukai bagi pihak fgvh. Mengikut jadual kerajaan negeri dijangka menaikkan kadar cukai selepas pru.
Sudah tentu bebanan kpd felda. Mulai tahun ini, bajet felda defesit rm800 juta tidak termasuk bajet tamb dan belanje luar biasa si polan....
felda dijangka dpt bayaran sekitar rm8-10 bil drpd listing fgvh. Penyangak fgvh awal2 telah mencadangkan duit yg diterima felda ini disimpan oleh kerajaan!
Apa maknenya semua ini?
Semua bajet dikawal dan felda menjadi peminta sedekah!

9.2.12

LAGI CERITA FELDA DI FACEBOOK

Aku ambik dari facebook "SAYA WARGA FELDA'
Tun Teja
Amalan koronisme, rasuah dan diktator serta budaya politik telah meresapi dlm felda. Waris terdekat si polan...dilantik CEO yayasan felda dgn gaji rm27 ribu sebulan. Gaji CEO sebelum ini sekitar rm6 ribu sebln. Pegawai khas tkt 11 balai mendapat habuan drpd kontrak bekal uniform sekolah, anak si polan mendapat kontrak bekal vitamin! Sabri ahmad penyangak golden hope menyingkirkan ahli lembaga yg dilihat menyebelahi peneroka dan kpf. Dato ismail, rafik, habibul dan termasuk juga dato hafarizam, peguam yg mempertahankan si polan..juga dato raja. Esok lusa akan diketahui ceo baru syarikat di bwh fgvh. Yg tinggal bersama Sabri ialah bigdog yg lelap kekenyangan dan bloger/penulis fb yg penuh kelahap! Pengkhianat besar felda ialah Sabri, mengatur strategi licik yg tidak bermaruah! Semoga doa yg teraniaya dimakbulkan Allah.

1.2.12

Israel: Penjelasan Anwar

Saya diwawancara oleh Wall Street Journal pada hari Khamis, 26hb Januari 2011. Antara soalan yang ditanya kepada saya adalah berkaitan dasar luar negara dan isu Palestin.

Saya tuntas menegaskan bahawa kemahuan dan hak rakyat Palestin mesti dibela dan itu merangkumi hak untuk mendirikan negara sendiri serta tidak terus dizalimi.

Saya juga mengungkapkan bahawa jika syarat ini dipenuhi maka wajarlah hak rakyat Israel juga dihormati. Berikut adalah jawapan yang saya berikan:

“I support all efforts to protect the security of the state of Israel,” said Mr. Anwar, although he stopped short of saying he would open diplomatic ties with the Jewish state, a step which he said remains contingent on Israel respecting the aspirations of Palestinians.”

( Saya menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel, "kata Encik Anwar, walaupun dia berhenti pendek berkata beliau akan membuka hubungan diplomatik dengan negara Yahudi itu, satu langkah yang katanya kekal luar jangka ke atas Israel menghormati aspirasi rakyat Palestin. ")



Pendirian saya ini ternyata sejajar dengan prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat yang menjunjung tinggi prinsip Keadilan Sejagat dan tegas membela hak mereka yang dizalimi.

Selain itu, pandangan saya ini ternyata selari dengan Resolusi 1397 Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan Inisiatif Keamanan Arab (Arab Peace Initiative) yang berteraskan Penyelesaian Dua Negara atau lebih dikenali sebagai Two-State Solution.

Malahan dasar luar negara juga menekankan prinsip Penyelesaian Dua Negara sebagaimana yang diungkapkan YB Menteri Luar ketika Perbahasan Perhimpunan Agung PBB Sesi ke-66 pada 27hb September 2011 di New York (GENERAL DEBATE OF THE 66TH SESSION OF THE UNITED NATIONS GENERAL ASSEMBLY).

Beliau menyebut:

“..Malaysia fully supports the legitimate rights of the Palestinian people for an independent State of Palestine, based on the two-state solution, taking into account the security concerns of both parties (Israel and Palestine).”

"... Malaysia menyokong sepenuhnya hak-hak sah rakyat Palestin bagi Negeri bebas Palestin, berdasarkan penyelesaian dua negara, dengan mengambil kira kebimbangan keselamatan kedua-dua pihak (Israel dan Palestin)."

Ternyata dari kenyataan Menteri Luar Negara, dasar Malaysia adalah bersedia menghormati hak rakyat Palestin dan Israel untuk menikmati keamanan dan kedamaian.

Akan tetapi kesediaan kita pastinya bergantung kepada syarat selagi mana hak rakyat Palestin tidak dicerobohi.

Justeru saya memberi amaran keras kepada mana-mana pihak yang cuba memutar belit kenyataan saya semata-mata mahu menyebar fitnah kononnya saya mengkhianati aspirasi rakyat Palestin.

Pendirian Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) adalah tuntas membela hak sesiapa sahaja yang dirampas dan dizalimi. Iltizam untuk memastikan keadilan buat semua tidak pernah surut malah pastinya digilap dan diperkukuh.

RAKAN BLOGGER