23.2.12

BBQ DIPADANG MPK KUANTAN 26HB. ?


KUANTAN, 23 Feb -
Mungkin akibat ketakutan dengan gelombang kebangkitan suara rakyat dalam membantah isu Lynas, maka Kerajaan Negeri Pahang telah bertindak "kurang cerdik", apabila mengarahkan Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) mengadakan program "Pesta BBQ Rakyat 1Malaysia" di Padang MPK1 iaitu lokasi Himpunan Hijau 2.0 bakal diadakan Ahad ini. Ini terbukti, apabila orang ramai yang melalui sekitar kawasan terbabit terkejut dan tertanya-tanya dengan beberapa "longgokan pancang kayu api" di sekeliling padang itu sejak malam tadi. Malah, difahamkan kemungkinan besar kayu-kayu tersebut mahu digunakan untuk jamuan bagi menyambut kehadiran ramai pemimpin Pakatan Rakyat yang bersama dalam himpunan terbabit. Malah ada yang mendakwa kemungkinan besar akan ada satu program "BBQ Rakyat 1Malaysia" di padang itu Ahad ini. Jika bukan jamuan rakyat, apakah motif longgokan tersebut kata seorang pemandu teksi yang ditemui. "Saya terkejut bila datang ke sini pagi tadi. Apakah tujuan MPK itu agaknya?. Kenapa buat tindakan bodoh yang jelas memalukan ini?. Kenapa jamuan BBQ mahu diadakan di atas padang itu, sedangkan banyak lagi kawasan lain boleh digunakan.", katanya. Pihak Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) gagal dihubungi untuk mengesahkannya. Namun, jika benar program itu mahu diadakan, kenapa ia tidak dimaklumkan kepada rakyat terlebih dahulu?.

http://www.pahangdaily.blogspot.com/2012/02/panas-kerajaan-anjur-bbq-rakyat.html

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER