Monday, July 30, 2012
Panas: Memalukan, 'Pemuda UMNO' Ganggu PKR Kuantan Buat 'Kerja Amal' Edar Bubur Lambuk !!
KUANTAN, 30 Julai - Program edaran bubur lambuk anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Parlimen Kuantan hari ini terganggu dengan sikap "ala samseng" beberapa orang kuat Pemuda UMNO bahagian itu. Dilaporkan insiden yang tidak diingini itu berlaku di persimpangan lampu isyarat hadapan Pasaraya Pantai Selamat, Jalan Teluk Sisek petang tadi. Bukan setakat menghalang, mereka juga tidak membenarkan pihak terbabit memacakkan bendera PKR di sepanjang persimpangan lampu isyarat di situ. Difahamkan aktiviti edaran bubur lambuk yang dijalankan oleh PKR Kuantan itu dipercayai sudah masuk hari ke lapan Ramadhan dan tidak ada sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku di lokasi lain sebelum ini iaitu di persimpangan lampu isyarat dihadapan pejabat PKR Kuantan Jalan Beserah, persimpangan Megamall Jalan Tun Ismail dan juga lokasi lain. Cuma, edaran yang dilakukan ketika lampu isyarat merah di persimpangan Pantai Selamat tiba-tiba gangguan berlaku. Mantan Ketua Angkatan Muda Keadilan Kuantan (AMK), Kamarul Hatta Mohamed Ali (foto) yang bertindak selaku penyelaras program itu berkata sebelum kejadian, sambutan yang diberikan oleh orang ramai yang lalu lalang disitu amat menggalakkan. "Kereta bunyikan hon, budak-budak motor juga bunyikan hon.. tiba-tiba tiga orang yang tidak dikenali yang diketuai oleh salah seorang dari mereka yang memperkenalkan diri sebagai Naib Ketua Pemuda UMNO Kuantan... meminta kami memberhentikan agihan bubur lambuk DEMI RAKYAT itu.. Dia bagi alasan supaya kami menghormati kawasan terbabit kerana dekat dengan kediaman Ketua UMNO Bahagian Kuantan dan ADUN Tanjung Lumpur iaitu Dato' Wan Adnan Wan Mamat. Saya cuba menjawab ... bahawa negara kita negara demokrasi ... kat mana-mana pun boleh buat kerja amal, seperti dalam Parlimen Kuantan. Kami kemudian cuba agihkan baki bubur lambuk terbabit dengan dipantau oleh mereka", kata Hatta lagi.
400 bekas bubur lambuk sedang disiapkan untuk edaran setiap hari
Kamarul Hatta Ali, Mr.Sim Chon Siang dan lain-lain petugas terbabit
Beliau yang juga merupakan Ketua Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) pimpinan Chegubard itu turut menegaskan pihak terbabit disyaki berbuat demikian atas arahan Dato' Wan Adnan sendiri kerana sebelum itu beliau dipercayai turut menyaksikan aktiviti kami di situ. "Dek kerana masih tidak berpuas hati akhirnya ketiga-tiga individu terbabit pergi pula menghampiri Mr.Sim Chon Siang (Pegawai Khas Ahli Parlimen Kuantan, YB Fuziah Salleh) dengan berkata... orang Cina jangan masuk campur dalam urusan Melayu. Malah mereka kemudian mengarahkan Sim delete beberapa rakaman foto yang diambil ketika mereka menghampiri saya sebelum itu", kata Hatta lagi. Menurut Hatta, agihan bubur lambuk itu melibatkan enam orang pimpinan PKR Kuantan serta dibantu oleh Sukarelawan Asal Bukan UMNO (ABU).
http://pahangdaily.blogspot.com/2012/07/panas-memalukan-pemuda-umno-ganggu-pkr.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FLWFdy+%28Pahang+Daily+Online%29
Tiada ulasan:
Catat Ulasan