5.7.12
Hari2 Gelap Peneroka FELDA
Hari ini, sudah ramai peneroka sedar mereka telah di tipu. Kita harap kian ramai akan sedar. Kita tidak boleh lagi percaya kepada kerajaan UMNO-BN. bercakap berdegar pasal tender terbuka, projek LRT Ampang di beri kepada syarikat rakan golf nya, Tan Kay Hock dari George Kent. Orang yang serupa jadi broker dapatkan projek larian rel berkembar Johor Bharu ke Gemas. Ini orang yang bercakap mengenai model ekonomi baru. Ianya model memantaskan rompakan dan samun keatas sumber2 kekayaan negara ini.
Tidak ada sumber kekayaan yang selamat dalam tangan gerombolan UMNO. Listing FGV misalnya, adalah suatu lagi projek penipuan dan penyonglapan kerajaan UMNO/BN. peneroka jadi kuda tunggang. Peneroka jadi lembu. Di kuda dan dilembukan. Hiduplah peneroka Melayu!
Kenapa mereka hanya dapat RM 600 sahaja sedangkan mereka yang tidak ada kena mengena dengan Felda mendapat ratusan ribu hingga jutaan Ringgit? ( 810 x 75 sen= RM607.50). Yang beli saham 1,000,000 dapat RM750 ribu? Orang lain tu mebiayai pembelian dengan pinjaman bank juga. Jika mereka boleh, mengapa peneroka tidak di beri pinjaman yang lebih besar untuk membeli sekurang kurang nya 50,000 saham seorang? Dengan 50 ribu init saham, setiap peneroka boleh nikmati RM 35 ribu seorang. Baru 3.9 billion. Sekurang kurang ini hampir 30% dari hasil pendapatan penjualan saham FGV. Barulah menepati quota 30% DEB, ketuanan Melayu dan Melayu dahulu, rakyat di utamakan.
Felda tetap juga dapat hasil penjualan yang serupa tidak kira siapa yang membeli nya. Jadi, kenapa peneroka tidak di beri pinjaman lebih? Bank tetap dapat semula pinjaman mereka setelah FGV di apungkan.
Nyatalah kerajaan membohongi warga Felda bila mereka berlakun mengutamakan orang Felda. Yang mereka utamakan masih tetap sang putera dalam bumiPUTERA. Putera2 inilah yang melompat kegembiraan bila loceng penjualan saham berbunyi. Peneroka melompat gembira menerima RM 15 ribu, orang lain melompat kesukaan kerana mendapat 750 ribu setiap 1 juta saham yang mereka beli.
Tipah tertipu lagi, peneroka lagi tertipu!
Tapi bukan itu baik? Dapat duit banyak untuk Felda?
Penjualan 2.188 billion saham membolehkan Felda mengaut RM 11.6 billion. ( 2.188 x 5.30). bagaimanakah wang ini akan di gunakan? Bagaimana pengagihan nya? Apa jadi kepada penjaga kepentingan peneroka iaitu Koperasi mereka? Dan adakah RM5.30 ini suatu harga yang membayangkan keyakinan pelabur kepada FGV? Mengapa tidak ada penjualan bebas atau freefloat? Kenapa wang dari EPF, Tabung Haji dan beberapa kerajaan negeri di suruh membeli saham FGV? Ini menandakan pembelian paksaan yang jika tiada akan menonjolkan nilai sebenar saham FGV. Dan jika harga stok atau saham FGV jatuh bawah paras harga tawaran asal RM 4.55 apa akan jadi? Sesiapa meminjam dari bank akan berhutang.
Tapi cuba fikirkan perkara ini- adakah orang lain dapat untung jika tidak ada felda? Kerana Felda lah, ada orang dapat untung dan ada orang dapat makan steak di kedai kak Ijat Lembu dan ada pula yang menjamu selera dengan satay Kajang. Sedangkan keberangkalian orang lain dapat durian runtuh yang lebih, hanya ujud kerana orang Felda dan Felda ujud.
Bukankah hukum akal menyatakan bahawa jika benar warga Felda dan orang Melayu diutamakan, maka bahagian besar durian runtuh hasil dari listing FGV mesti di kembalikan kepada warga Felda.
Jangan lupa Felda masih memegang 40% saham FGV yang di besarkan. Tapi 40% ini oleh kerana ianya tidak dijual, mala ia hanya mempunyai nilai potensi. Nilai actual hanya di nikmati jika Felda menjual nya. Atau mencagarkan saham tersebut dengan bank. Nilai harta Felda ketika ini ialah jumlah 40% itu dikali dengan harga stok FGV pada satu2 masa. Nilai harta nya akan turut susut jika harga stok menurun. Untung rugi, masa depan terang atau gelap mulai sekarang bergantung kepada kemampuan dan keupayaan pengurusan FGV.
Jika nilai harta Felda dan stok FGV menurun di masa2 hadapan- maka sah dan nyata Felda dan peneroka dan perkerja Felda sudah di jadikan kuda tunggangan, lembu pembajak dan Felda sudah di liwat.
Dimanakah keadilan untuk peneroka?
Akibat dari gelombang kesedaran di kalangan peneroka Felda, ini bererti 50 lebih kerusi parlimen dalam Felda tidak boleh di jamin BN dan UMNO yang punya. 50% warga Felda sudah sangsi janji2 UMNO dan BN. hasil RM 11 billion, tidak di ketahui kemana gerangan. Kedalam poket Felda kah? Atau kedalam dana pilihanraya UMNO?
Apa yang terjadi kepada Felda, seperti yang telah terjadi kepada kebanyakan projek2 tajaan kerajaan UMNO/BN membuat orang ramai bertanya bolehkah mereka percaya kepada UMNO-BN?
Cara UMNO mentadbir negeri2 tidak meyakinkan kita FGV dan Felda mempunyai masa depan yang cerah. Ambil contoh hutang kerajaan negeri dengan kerajaan pusat. Orang Felda boleh banding sendiri prestasi kerajaan Pakatan Rakyat lebih baik dari pencapaian kerajaan2 UMNO. Kerajaan negeri yang berhutang paling banyak dengan kerajaan pusat ialah Pahang dan Melaka . Oleh kerana Pahang negeri terbesar dalam Semenanjung, maka hutang nya pun mesti besar agak nya. RM 2.5 billion. Melaka, Pak Ali Rustam hutang RM 800 juta.
Tapi sebetulnya, ini membayangkan longgar nya disiplin pengurusan kewangan kerajaan UMNO-BN dan bertentangan sekali dengan konsep wasatiyah yang di laungkan oleh Najib dan UMNO-BN. ia membayangkan UMNO berbelanja tanpa ada rasa kebertanggungjawaban. ini juga membuktikan , benar sangat bila Daim Zainudin memberi Najib markah A++- dari sudut melaungkan dan menjeritkan omongan kosong. Rebut nya kencang, hujan nya tiada.
Inilah kerajaan yang melanggani wasatiyaah Ustaz Najib dalam bersederhana. Bolehkan UMNO dengan kerakusan, pembohongan dan penindasan yang dilakukan menjadi contoh untuk di persaksikan sebagai ummatan wasatho? Ummat UMNO menjadi contoh tauladan? Kemudian, jadi ummat yang akan di hakimkan oleh Rasul Allah?
Apa akan jadi kepada Felda nanti? Bisnes nya akan di jalankan oleh FGV. Untung Felda akan bergantung kepada kecekapan dan kepandaian FGV. FGV mempunyai track rekod yang muram dalam mengurus perniagaan. Ia rugi dalam kebanyakan bisnes yang ia ceburi di luar negara. Banyak lagi isiu2 mengenai mutu pengurusan yang tidak sedikit pun membangkitkan keyakinan bahawa masa depan Felda dan peneroka akan bertambah baik.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan