PETALING JAYA : Salinan dokumen rasmi kerajaan berhubung penganugerahan kontrak mengenai projek kerja-kerja sambungan LRT Ampang yang bernilai lebih RM1 bilion didedahkan hari ini oleh Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli.
Pendedahan itu menjelaskan Perdana Menteri selaku Menteri Kewangan, Datuk Seri Najib Razak melanggar etika pentadbiran telus dan melakukan penyelewengan kuasa.
Rafizi berkata salinan dokumen itu menunjukkan keputusan mesyuarat Jawatankuasa Perolehan Menteri Kewangan (JPMK) dengan rujukan T/1/M/1/2012 dengan jelas menolak cadangan Prasarana Negara untuk melantik PDA Consortium sebagai kontraktor projek itu.
Sebaliknya, JPMK mengarahkan supaya kontrak itu dianugerahkan kepada Konsortium Balfour Beatty-Invensys pada harga RM1,012,910,000.
Keputusan itu ditandatangani sendiri oleh Najib, Menteri Kewangan 2, Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Wan Abdul Aziz Wan Abdullah.
Tambah Rafizi, keputusan itu disampaikan secara bertulis oleh Kementerian Kewangan kepada Pengarah Urusan Kumpulan Prasarana, Datuk Shahril Mokhtar melalui satu surat bertarikh 26 Januari tahun ini.
Sebelum ini, Najib pada minggu lalu melahirkan hasratnya untuk menganugerahkan kontrak terbabit kepada Konsortium George Kent, seperti yang dilaporkan oleh Business Times pada 22 Jun lalu.
Hal itu bertentangan dengan keputusan JPMK yang bersidang pada Januari lalu.
Justeru, daripada rentetan itu Najib seharusnya menjelaskan beberapa persoalan yang timbul, antaranya,
“Kenapakah Konsortium George Kent begitu yakin memengangi kontrak itu walaupun keputusan anugerah kontrak dibuat seawal 25 Januari lalu.
“Selain itu, Najib perlu menafikan beliau menandatangani kertas keputusan JMPK jika dokumen ini palsu dan Najib perlu menyakinkan rakyat Malaysia bahawa campur tangannya dalan anugerah kontrak itu langsung tidak ada unsur rasuah atau penyelewengan,” katanya.
Oleh itu, PKR akan membuat satu laporan polis dan SPRM terhadap Najib pada Jumaat ini. -Selangorku
Tiada ulasan:
Catat Ulasan