11.4.12
Penduduk rumah pangsa kesal diherdik MB Pahang
TEMERLOH: Seorang penghuni rumah pangsa kos rendah kesal dan kecewa dengan sikap tidak profesional Menteri Besar Pahang yang memarahinya hanya kerana beliau bertanyakan sijil kelayakan menduduki (CF) perumahan berkenaan.
Ramasamy A/L Letchmanan, 54, dari Rumah Pangsa Kos Rendah Taman Seri Kemuning di sini, berkata peristiwa tersebut berlaku minggu lalu ketika perjumpaan kira-kira 200 orang penduduk dengan Malaysia Building Society Bhd (MBSB) yang turut dihadiri Datuk Seri Adnan Yaakob.
Katanya, pertemuan di dewan Pejabat RELA cawangan itu adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah perumahan khususnya berhubung bayaran kepada MBSB dan harga rumah yang diduduki sejak 22 tahun itu.
Tambahnya lagi, Adnan dalam ucapannya berkali-kali meminta penduduk membayar rumah masing-masing tanpa menyatakan harganya sehingga menimbulkan kehairanan kepada penduduk.
“Selepas ucapan MB ada sesi dialog dan soal jawab lalu saya mengemukakan soalan sama ada CF sudah diperolehi kerana selama 22 tahun isu CF belum selesai dan bagaimana mahu bayar jika CF tidak ada.
“MB jawab bayar dulu duit rumah dan kemudian bincang tentang CF. Saya tanya lagi sebenarnya CF lulus atau tidak dan MB menjawab isu CF tidak timbul kerana yang lebih penting ialah bayaran perlu dibuat.
“Saya tak puas hati dengan jawapan MB kerana lebih 20 tahun CF perumahan kami tak dapat tetapi saya terus diam dan ambil keputusan untuk balik sahaja,” ceritanya ketika menemui SelamatkanPahang.
Tambah Ramasamy, sewaktu beliau berjalan keluar dari dewan, MB memanggil: "Ramasamy, mari sini" dengan menggunakan pembesar suara menyebabkan beliau masuk semula ke dalam dewan.
Katanya, beliau menghampiri MB sambil bertanya kenapa memanggilnya.
“Dengan kasar dan bersuara kuat menggunakan pembesar suara MB bertempik: Awak orang PKR, pergilah minta (rumah) dengan Anwar Ibrahaim. Saya jawab kenapa cakap macam itu sebab Pahang di bawah perintah BN bukannya PKR, bukannya tanggungjawab Anwar tetapi MB dan kalau Anwar mesti tolong orang susah.
“Jawapan saya itu menyebabkan MB jadi marah lalu dia rapatkan pembesar suara kepada saya sambil beranya dengan suara kasar kenapa saya masuk PKR, saya jawab 21 tahun saya sokong BN tetapi saya tak dapat apa-apa.
“Saya beritahu, BN tak tolong orang susah dan masyarakat India makin tertindas sebab itu saya masuk PKR... kerana saya sayangkan negeri saya. Saya anak jati Pahang tetapi satu inci tanah pun saya tak ada,” ceritanya.
Ramasamy yang merupakan seorang AJK Cabang PKR Temerloh berkata, mendengar jawapan saya MB terdiam dan terus berlalu pergi. Sehinggalah Ketua Bahagian Umno Temerloh Datuk Sharkar Shamsudin datang kepada saya dan pujuk saya untuk keluar PKR dengan janji untuk tolong saya dan bawa saya jumpa MB.
Tambah Ramasamy, dia tanya saya ikut Pakatan boleh dapat apa? Tapi jika keluar PKR ikut BN janji akan selesaikan banyak masalahnya. Beliau jawab, tak mahu keluar dan tak akan keluar PKR kerana selama 20 tahun sokong BN tetapi nasib
masyarakat India masih tak terbela.
Dalam pada itu beliau sangat kesal dengan sikap dan perangai MB yang tidak beradab dan tidak profesional ketika menghadapi seorang rakyat yang menghadapi masalah rumah sepertinya.
“Sepatutnya MB selesaikan masalah rakyat bukannya
marah-marah dan cakap merapu. Saya juga kesal dengan perangai MB yang merapu dan langsung tidak profesional seperti itu,” jelasnya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan