14.11.11

INI APA KES NFC..?

Rafizi mengemukakan bukti bahawa keseluruhan RM250 juta telah disalurkan kepada akaun NFC menjelang menjelang 31 Mac 2009. Pada 6 Mei 2009, NFC memindahkan wang pinjaman ini, RM116 juta, ke dalam akaun deposit tetap milik NFC di Public Bank Berhad.

Penyata kewangan NFC yang difailkan di Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan badan-badan lain menunjukkan NFC mendapat keuntungan faedah dari simpanan deposit tetap berjumlah RM666,952.96 bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009.

"Keuntungan faedah RM666,952.66 bersamaan 23% daripada perolehan hasil penjualan lembu, seolah-olah NFC sebuah syarikat pelaburan kewangan dan bukannya operator ladang ternakan lembu," kata Rafizi.

Tidak terhenti setakat itu, beliau turut mendedahkan:

* Analisis rekod kewangan NFC bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan operasi ternakan lembu rugi besar dan tidak mungkin berupaya membayar kembali pinjaman RM250 juta.

* Bagi tahun 2009, kos purata mengimport, menternak dan menyembelih seekor lembu di NFC berjumlah RM4,481 seekor.
* NFC memberi diskaun RM2,964,555 kepada Real Food Company Sdn Bhd (RFC) yang mengendalikan restoran mewah Meatworks milik keluarga Shahrizat, atas alasan mengurangkan harga jualan memandangkan kos terlalu tinggi.

* Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2008 dan 31 Disember 2009, NFC rugi RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009).

* Kos operasi tinggi bermakna besar kemungkinan NFC akan terus rugi bagi tahun-tahun mendatang, apatah lagi sasaran ternakan dan sembelihan tersasar jauh.

* Kerajaan Pusat tiada pilihan kecuali melupuskan pinjaman RM250 juta seperti mana amalan sebelum ini yang membabitkan Perwaja.

* Rekod kewangan NFC bagi tahun berakhir 31 Disember 2009 menunjukkan RM827,579 digunakan untuk pelbagai lawatan luar negara dan keraian oleh pengarah NFC yang terdiri dari suami dan anak-anak Shahrizat.

* Kalau pun NFC perlu membuat lawatan ke luar negara untuk meninjau lembu dan mengikat perjanjian komersil, jumlah itu terlalu tinggi dan bersamaan RM511 setiap seekor lembu yang disembelih pada 2009 oleh NFC.

* Hanya 1,618 lembu disembelih pada 2009. Daripada kos purata penternakan dan penyembelihan sebanyak RM4,481 seekor, 11% (RM511) adalah kos lawatan ke luar negara dan keraian yang dibelanjakan keluarga Shahrizat.

* Kos operasi di NFC 22 kali ganda lebih mahal berbanding anggaran kos Jabatan Perkhidmatan Veterinar semasa kertas konsep projek fidlot dibuat.

Sebelum ini, Rafizi mendedahkan walaupun sasaran permintaan yang ditetapkan adalah 40 peratus tetapi NFC hanya mencapai 0.6%. Jumlah lembu yang perlu disembelih untuk mencapai sasaran adalah 1,500 ekar sehari tetapi realitinya kini sekadar 20 ekor.

Beliau juga mempersoalkan: "Berapakah hasil dari kayu kayan yang ditebang untuk membuka ladang sedia ada di atas tanah seluas beribu ekar dan siapakah yang mendapat keuntungan dari urusniaga kayu kayan tersebut?"

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER