18.1.09

Takbirrr..................

Copy dari http://pahangdaily.blogspot.com/
Saturday, January 17, 2009

Pilihanraya Kecil: Terkini Dari Kuala Trengganu
PAS Menang Pilihanraya Kecil Kuala Trengganu[10.00 pm] Sungguh puas berada di Kuala Trengganu. Akhirnya calon PAS Abdul Wahid Endut menang pilihanraya kecil ini dengan majoriti undi 2,631. Berita itu disambut dengan laungan takbir oleh para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang berada di sepanjang jalan di hadapan Stadium Negeri dekat sini. Bagai sudah dijangka oleh banyak pihak, melihat sokongan padu daripada rakyat disini menjadi petanda kehancuran UMNO dan BN. Sungguh memalukan, dengan jutaan wang ringgit yang ditaburkan akhirnya mereka tewas dengan majoriti yang lebih besar daripada kemenangan yang diperolehi pada pilihanraya umum ke-12 lalu. Inilah tanda-tanda jelas bahawa UMNO dan BN sebenarnya sudah ditolak rakyat. Sejak awal-awal lagi kami melihat dimana-mana termasuk jalan-jalan sekitar Kuala Trengganu dibanjiri dengan penyokong Pakatan Rakyat. Mereka yang datang dari seluruh negara gembira dan bersyukur dengan kemenangan ini. Satu hadiah yang paling lumayan buat seluruh rakyat yang cintakan keadilan sebenarnya. Kami sempat mengikuti sambutan kemenangan dimana ribuan rakyat Trengganu berarak di tengah-tengah bandaraya itu. Kelihatan juga para remaja yang menunggang motorsikal sambil membawa bersama bendera PAS mengelilingi bandaraya ini dan mewujudkan satu suasana yang begitu gamat sekali.Di Taman Awam Batu Buruk, kelihatan juga masih ramai para penyokong Pakatan Rakyat yang berada di situ. Mereka semua teruja atas kemenangan yang tidak diduga dan senantiasa berbangga dengan apa yang berlaku. Sejarah tercipta bahawa Pakatan Rakyat semakin diterima. Rentetan kemenangan di Permatang Pauh dan Kuala Trengganu ini bakal memberikan suntikan semangat untuk melihat kejayaan di tempat lain pula. UMNO dan BN kini sudah tidak boleh mendabik dada bahawa mereka masih gagah dan kuat. Takdir penentu segala, bahawa mereka kini semakin diambang kehancuran dan bakal tenggelam ditelan dek zaman. Maka itu kami amatlah berharap kepada rakan-rakan yang masih berada dalam UMNO dan BN supaya mulalah melakukan penghijrahan demi masa depan generasi akan datang. Ingatlah, bahawa kebenaran itu bakal tertegak juga akhirnya. Semoga kita akan bertemu lagi dalam pilihanraya yang akan datang. Akhirkata, kami mengucapkan syabas dan tahniah kepada seluruh petugas pilihanraya yang telah berjuang bermati-matian di Kuala Trengganu. Salam perjuangan dari Pahang Daily Onlin. Tunggu laporan bergambar disini mulai esok. Sekian Terima kasih.PAS Mendahului Dengan 2,000 Undi Setakat Ini[8.00 pm] Kedudukan terkini pengiraan undi sekarang ini, PAS mendahului dengan kelebihan lebih 2,000 undi setakat ini. Walau bagaimana pun kami difahamkan bagi kerusi DUN Ladang, kini didahului oleh BN. Untuk makluman, DUN tersebut sebelum ini dimenangi oleh PAS dengan majoriti undi yang kecil hanya sekitar 61 undi sahaja. Adalah difahamkan Timbalan Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Razak dipercayai telah meninggalkan bandar ini sekitar jam 4.30 petang tadi. Apakah ini petanda bahawa BN akan menerima kekalahan. Perkara yang sama berlaku di Permatauh Pauh sebelum ini, apabila Najib juga dikatakan telah meninggalkan kawasan itu seawal jam 4.00 petang bila mendapati BN akan kalah. Walau bagaimana pun keputusan rasmi masih belum diketahui dan bakal diumumkan seawal jam 10.30 malam ini.Proses Pengiraan Undi Berjalan Lancar [6.00PM] Proses pengiraan undi, pilihanraya kecil Kuala Trengganu masih berjalan sekarang ini. Satu berita panas diterima mengatakan terdapat sekumpulan individu yang cuba untuk masuk ke pusat pengundian di Gong Kapas kira-kira jam 5.20 petang tadi untuk mengundi. Menurut maklumat, mereka berkemungkinan pengundi hantu yang baru sampai untuk membuang undi di sana. Kekecohan berlaku apabila penyokong pembangkang cuba menghalang dan pihak polis termasuk FRU telah mengawal keadaan disitu. Maklumat terkini diterima keputtusan di pusat pengundian yang melibatkan calon BN iaitu Datuk Wan Farid, iaitu peti undi Sekolah Kebangsaan Pusat Bukit Besar, DUN Ladang dimana calon PAS Abdul Wahid Endut telah menang dengan majoriti 61 undi. Keputusan penuh PAS mendapat 777 undi dan BN 716 undi.

Tiada ulasan:

RAKAN BLOGGER