23.12.11

TANGAN GHAIB DALAM FELDA

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (part 1)

Perjuangan warga Felda menentang perubahan yang dilakukan Isa Samad berpunca dari beberapa perkara asas:

1) Rampasan kuasa Pengerusi Koperasi Permodalan Felda oleh Isa Samad yang melanggar undang-undang KPF serta undang-undang koperasi Negara. Penggunaan kuasa Menteri Koperasi dan kuasa SKM dilihat campur tangan politik jijik yang tidak pernah berlaku dalam sejarah koperasi negara

2) Pajakan 99 tahun tanah perladangan milik Felda seluas 360,000 hektar dan tanah-tanah sedia ada tambahan. Peneroka dimomokkan dengan tanah-tanah ladang mereka dan rumah mereka tidak diusik tetapi tanah-tanah poket di dalam rancangan yang diusahakan bersama untuk dijadikan perumahan generasi kedua, pertanian, kedai dan aktiviti sosial turut menjadi mangsa pajakan selama 99 tahun

3) Penghinaan terbuka Isa Samad kepada Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan jawatankuasa pemimpin peneroka di Kuala Pilah

4) Penyingkiran kakitangan kerajaan seperti Pengarah Besar Felda yang dicutikan selama 8 bulan serta penyingkiran Timbalan Pengarah Besar Felda yang dihantar ke JPA untuk memasuki ‘pool’. Terdapat juga beberapa pengarah dan pegawai Felda lagi dikenakan tindakan atas alasan menjadi dalang menghalang penyenaraian dan membocorkan maklumat. Tidak sedikit pun media menyentuh bahawa Ketua Peneroka Felda Kebangsaan iaitu Pak Sam adalah juga Ahli Lembaga Pengarah Felda yang mempersoalkan keputusan yang dibuat dan akhirnya hilang sabar dan mendedahkan perkara dalam mesyuarat lembaga pengarah Felda kepada peneroka-peneroka dan di dalam sidang media.

Segala usaha demonstrasi, blog dan akhbar menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda mengkhianati Perdana Menteri dan menyembunyikan hakikat bahawa pemimpin peneroka 11 wilayah bersatu hati turut menentang agenda tersembunyi dalam penyenaraian ini. Pengedaran VCD sidang akhbar pemimpin peneroka pada masa ini tersebar luas di meja penjual ceramah agama dan politik seluruh Negara. VCD ini menunjukkan bukan sahaja Pak Sam, iaitu Ketua Peneroka Felda Kebangsaan yang bersuara, malah beberapa pemimpin peneroka yang lain termasuk penerokawati turut menyuarakan pandangan. Turut terlibat adalah pemimpin peneroka di kawasan peti undi PM dan Menteri Koperasi sendiri.Lagi kuat Isa Samad dan media memainkan isu Felda Global sehingga naik muak rakyat Malaysia mendengarnya, semakin ramai rakyat yang mencari berita alternatif kepada berita yang disiarkan.Perkara ini sudah menjadi tradisi rakyat Malaysia sejak zaman reformasi sehingga munculnya Smart Phone dan Ipad menggantikan akhbar sedia ada.

Majoriti rakyat diajak mempercayai bahawa Isa Samad adalah Isa Al-Masih, penyelamat Felda dan Koperasi Permodalan Felda daripada penyelewengan pengurusan dan lembaga pengarah KPF.Ahli-ahli KPF perlu diselamatkan dari dividen 15% yang dinikmati selama ini.Yang menyatakannya adalah Ketua Penerangan Perkasa, Ruslan Kasim, bekas calon Keadilan yang bertanding di Teluk Kemang, Port Dickson sebelum kembali menyertai UMNO Teluk Kemang di mana Isa adalah ketua bahagian.Malah kehadiran gerombolan Perkasa menyerang ibu pejabat Felda dan memaki pengurusan Felda sangat mudah dibaca kepentingannya kerana selain Ruslan Kasim, Zahid Mat Arip yang mencari makan dengan Isa Samad sebagai pegawai khas juga adalah Ahli Majlis Tertinggi Perkasa. Yang menariknya, peneroka yang tertipu untuk hadir program demonstrasi tersebut kini bercerita di kawasan masing-masing betapa mereka merasa menyesal dan kini bersemangat menentang Isa Samad. Malah, di dalam blog dan website Perkasa sendiri, ahli-ahli Perkasa yang tidak tahu pangkal sebenar dan hadir dalam gerombolan tersebut kini mempersoalkan kenapa Perkasa digunakan dalam isu Felda yang jelas menjaga kepentingan Melayu sebelum ini. Ternyata tindakan demonstrasi tersebut telah ‘backfire’ kembali kepada pemimpin Perkasa kroni Isa Samad apabila pemimpin bawahan tidak bersetuju dengan tindakan tersebut. Perlu diingat bahawa keanggotaan Perkasa adalah secara sukarela dan ahli di bawah tidak mendapat sebarang gaji dan kepentingan melarang mereka bersuara di dalam Perkasa.

Persoalan bermain di dalam minda warga Felda adalah kenapa Najib mendiamkan diri? Jika tahun ini sahaja, undi Felda telah memenangkan BN di beberapa pilihanraya kecil serta mereka telah bersengkang mata, bermandi darah memajukan sehingga Felda berkembang pesat ke tahap hari ini, kenapa kali ini mereka dipanggil pengkhianat dan sebagainya semata-mata mahukan penjelasan penuh berkenaan penyenaraian dan menolak campur tangan dalam koperasi permodalan felda yang dianggap tidak patut dilakukan.

Blog-blog Pro PR cuma boleh menyimpulkan bahawa tindakan Najib mendiamkan diri adalah kerana telurnya dipegang Isa Samad yang mengetahui dan menyelamatkan Najib dari skandal khalwat di Port Dickson.Benarkah semudah itu? Hmm..kita minum Milo Suam dulu.

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (PART II)

Sebelum kita pergi kepada tangan-tangan ghaib di dalam penyenaraian Felda Global ini, adalah elok kita melihat soalan-soalan yang mengiringi kontroversi paling hebat melanda Felda:

1. Benarkah Isa Samad begitu berkuasa sehingga segala tindak-tanduknya pada masa ini seolah-olah direstui oleh Najib? Benarkah Isa Samad dan Sabri Ahmad yang menjadi dalang utama percaturan penyenaraian Felda Global?

2. Kenapa Khairy Jamaludin dan lain-lain musuh politik Isa Samad tidak mengambil kesempatan membelasah Isa Samad yang menghancurkan keharmonian Felda dan bakal menjejaskan peti undi Felda?

3. Benarkah pengurusan Felda yang pada masa ini dikenakan tindakan penyingkiran secara terang-terangan kerana mengkhianati Najib?

4. Kenapa cubaan wakil-wakil pemimpin peneroka Felda berjumpa dengan Najib sekian lama masih bertemu kegagalan dan suratkepada PM meminta berjumpa akhirnya jatuh kembali ke tangan Isa Samad? Malah, sesi penerangan pemimpin peneroka kepada peneroka-peneroka Pahang pada awal kontroversi ini telah dihalang oleh anggota Cawangan Khas sehingga kemuncaknya apabila Isa Samad menghina Ketua Peneroka Felda Kebangsaan, barulah kesabaran pemimpin-pemimpin peneroka hilang dan bertindak mengadakan sidang akhbar. Harapan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah mereka akan dipanggil oleh Najib setelah tercetusnya kontroversi sidang akhbar tetapi kenapa mereka tidak dipanggil? Sedangkan apabila Nicol David baru sahaja menjejakkan kaki ke Malaysia, beberapa hari selepas itu Nicol David berpeluang bertemu Najib di pejabatnya tanpa perlu melalui proses menyiksakan seperti dialami oleh pemimpin-pemimpin peneroka ini. Mengapa diskriminasi? Siapa yang mengaturkan jadual pertemuan Najib dan menggagalkan pertemuan mereka?

5. Di dalam sidang akhbar oleh pemimpin peneroka secara bersendirian, antara wartawan yang hadir adalah dari Utusan Malaysia, Bernama selain kehadiran wartawan berita maya, blogger dan Harakah. Isu yang dibawa besar serta yang bersuara adalah himpunan pemimpin peneroka Felda dari seluruh negara. Kenapa hanya Harakah dan Malaysia Insider yang menyiarkannya? Seterusnya pada hari sidang media pengumuman penggabungan pemimpin peneroka diketuai oleh Pak Sam selaku Ketua Peneroka Kebangsaan dan NGO GWGF diketuai oleh Tan Sri Rozali Ismail untuk membentuk GEMPAK, hampir 40 media menghadirkan diri tetapi hanya 1 media utama yang memilih menyiarkan berkenaan sidang media berkenaan. Kenapa media berterusan memboikot pandangan pemimpin peneroka ini? Sedangkan pemimpin-pemimpin peneroka ini adalah sah dipilih di peringkat rancangan Felda lagi sehingga berjaya dipilih di peringkat nasional dan kesemua mereka adalah ahli aktif dan berjawatan tinggi di bahagian UMNO masing-masing. Siapa yang begitu berkuasa menghalang penyiaran pandangan pemimpin peneroka yang nyata bercanggah dengan kenyataan Isa Samad bahawa pemimpin peneroka faham dan menyambut baik penyenaraian ini? Pandangan ketua peneroka felda kebangsaan dan pemimpin peneroka dipinggirkan dan media berterusan menyiarkan kenyataan pemimpin katak seperti ruslan kasim, ezam md nor, zahid mat arip dan zahrain hashim yang memburukkan pengurusan Felda yang didakwa pengkhianat dan menyeleweng. Siapa yang menyusun kenyataan pemimpin katak di dalam akhbar dan memberikan mereka ruang menyiarkan pandangan mereka yang pro Isa?

Apakah jawapan kepada soalan-soalan di atas? Kita minum Milo Suam dulu..

TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (PART III)

Antara mereka yang paling awal mengetahui tentang tangan-tangan ghaib sebenar di sebalik penyenaraian Felda Global adalah DSAI. Oleh kerana ANAK melalui Mazlan Aliman telah lama memperjuangkan isu Felda maka beberapa bulan ini, ANAK dibiarkan mencorakkan perjuangannya berdasarkan apa sahaja maklumat asas yang diterima ANAK dari dalam. Pada awalnya dilihat tidak ramai wakil rakyat PR yang memahami isu terbaru Felda ini dan mereka menganggap isu ini sekadar perbalahan majikan dan kakitangan. Sehinggalah kemunculan Pak Sam, Ahli Lembaga Pengarah Felda yang juga Ketua Peneroka Felda Kebangsaan dan rakan-rakan pemimpin peneroka Felda mewakili 11 wilayah Felda mengadakan sidang akhbar menuntut perletakan jawatan Isa, barulah wakil-wakil rakyat PR sedar bahawa kubu BN di Felda telah ditembusi. Kini berbekalkan maklumat diperolehi dari ANAK, PKR dan Pas giat menambah ahli dan membuka ranting dan cawangan baru di Felda-Felda seluruh negara.Kejayaan ini memberangsangkan walaupun tanpa campur tangan pimpinan tertinggi PAS dan PKR yang masih menyimpan peluru isu Felda ini untuk digunakan semasa pilihanraya.

Di ruang pertempuran maya, blogger anjing besar dikenalpasti adalah pemain utama untuk menampal maklumat penyenaraian Felda Global di dalam blognya.Di dalam lingkungan rakan-rakannya adalah Rocky Bru, ABIW dan beberapa lagi.Tidak ramai yang berminat untuk menyambut ajakan anjing besar untuk menyerang kakitangan kerajaan di dalam Felda serta masing-masing mengetahui ‘Sebut Harga’ yang anjing besar telah kenakan kepada pengupahnya.“Lu makan sorang, Lu kerja sorang” adalah moto blogger bebas dalam UMNO. Di atas kritikan dan desakan pengupah anjing besar yang terkenal sanggup menggigit tangan yang mengupahnya jika tidak dapat apa dihajati, anjing besar mula mencetus kontroversi dengan menyenaraikan pengurusan Felda sebagai pengkhianat. Isu ini dipuji oleh tuan barunya dan disambut meriah oleh pimpinan katak bekas PKR diketuai oleh Zahid Mad Arip, pegawai khas Isa.Kemunculan Pak Sam dan para pemimpin peneroka yang menentang penyenaraian, penyatuan pemimpin peneroka dan GWGF (TS Rozali Ismail), serta kejayaan ANAK mendapat sambutan hangat di Felda-Felda akhirnya telah memaksa Jabatan Perdana Menteri memanggil semua blogger bernaung di bawahnya untuk sama-sama menjawab isu Felda. Dalam kekaburan maklumat penyenaraian Felda Global, sukar untuk blogger-blogger UMNO menjelaskan kepada pembaca masing-masing kebaikan penyenaraian Felda Global kecuali memainkan isu durian runtuh, pembangkang tidak tahu apa-apa dan hanya tahu menentang dan ada juga turut bernyanyi lagu anjing besar iaitu pengurusan Felda pengkhianat. Tidak ada blogger UMNO termasuk anjing besar sendiri pun berani menyiarkan gambar sekumpulan pemimpin peneroka felda setiap wilayah felda yang diiktiraf secara rasmi oleh felda dan kerajaan dimana bilangan tahun mereka menyertai UMNO sahaja lebih tua daripada kebanyakan umur blogger UMNOdan mereka ini jelas menolak kepimpinan Isa Samad dan menolak agenda tersembunyi penyenaraian Felda Global.

Seterusnya di siri akhir adalah pendedahan eksklusif, watak utama di belakang penyenaraian Felda Global dan sementara itu kita order Milo Suam dulu.

EKSKLUSIF!! TANGAN-TANGAN GHAIB DI DALAM PENYENARAIAN FELDA GLOBAL (AKHIR 1)

Berdasarkan soalan yang diberikan di dalam Part III, antara soalan yang sangat menarik perhatian adalah benarkah Isa Samad begitu berkuasa ke atas Najib dan kenapa musuh politik Isa Samad seperti KJ tidak mengambil peluang membelasah Isa Samad di atas huru-hara dalam Felda? Jawapannya adalah DALANG UTAMA penyenaraian Felda Global adalah Ethos Consulting, juga dalang yang menyebabkan kerugian beratus juta ringgit wang Felda di dalam pelaburan Felda luar negara.DSAI pernah menyebut soal bayaran Felda Global untuk perkhidmatan Ethos sedangkan pelaburan Felda luar Negara kerugian.Siapakah peneraju Ethos Consulting? Ingat nama ini baik-baik, Omar Mustapha Ong dan Rohana Mahmood.

Siapa Omar Mustapha Ong (OMO)? Nama ini muncul dimana-mana juga GLC Kerajaan yang mempunyai potensi disedut wang keluar.Ethos terlibat dalam keruntuhan PROTON, krisis MAS dan pertukaran saham dengan Air Asia, krisis Malaysia Airport Berhad, pinjaman keluar wang EPF bernilai berbilion ringgit untuk hedge fund dan yang paling melonjakkan nama OMO adalah kejayaan OMO menyingkirkan keluar Tan Sri Hassan Merican daripada Petronas. Mereka yang mengikuti rapat skrip pergolakan di Petronas, akan mengakui bahawa apa dilalui pengurusan dan kakitangan Felda adalah sama dengan apa dilalui oleh Petronas tidak lama dahulu. Jangan terkejut bahawa blogger sama yang menentang perlantikan OMO oleh Najib di dalam Petronas adalah blogger sama yang menyokong usaha OMO hari ini. Kenapakah apabila gerombolan anjing besar, rocky bru dan ABIW menentang perlantikan OMO dalam Petronas tidak lama dahulu, mereka tidak menganggap diri mereka sebagai pengkhianat kepada Perdana Menteri. Mungkin Jawapannya mereka ini sanggup menjilat kembali ludah mereka demi sejumlah wang yang amat besar dan pink form Felda Global.

Menariknya, antara artikel paling baik menyatakan keburukan pengaruh Ethos ini adalah dari blogger ABIW. (Lihat http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/nausea-of-reading-edge-on-ethoss-rohana.html, http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/if-pak-lah-is-leaving-why-is-level-four.html , sertahubung kait OMO dan KJ di http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2008/10/if-pak-lah-is-leaving-why-is-level-four.html) . Di sini terjawabnya persoalan kenapa KJ tidak mengambil peluang membelasah Isa Samad dalam isu penyenaraian Felda Global. Semua tahu bahawa KJ dan Pak Lah yang merestui tindakan terhadap penggantungan Isa Samad dalam UMNO dan apabila Isa membuat comeback di sisi Najib, KJ berasa terancam. KJ juga berdendam dengan blogger gerombolan Isa iaitu bigdog, rockybru dan ABIW yang telah membelasah budak-budaknya di dalam BOD J-Corp. Apabila OMO dan Rohana Mahmood diketahui di belakang Felda Global, KJ bukan sahaja mendiamkan diri, malah mengarahkan budaknya, Anuar Manap, Ketua Pemuda UMNO Sekijang yang juga Presiden Majlis Belia Felda Malaysia (MBFM) untuk memberikan sokongan penuh kepada usaha penyenaraian Felda Global.

Persoalan yang bermain di dalam kepala ramai orang adalah kenapa Isa Samad dilantik sebagai Pengerusi Felda?Perlantikan Isa Samad bukan sahaja dikecam Pakatan malah dikecam oleh CEO Maybank Investment, Tengku Zafrul dan pakar ekonomi negara, Allahyarham Datuk Zainal Aznam.Kenapa Tengku Zafrul meminta maaf kepada Isa Samad kemudiannya, tetapi tidak Allahyarham Datuk Zainal Azam yang lebih keras kritikannya?Jawapannya mudah, Tengku Zafrul terlewat menyedari bahawa Isa Samad dipilih dan dicadangkan oleh Ethos Consulting membabitkan OMO yang juga melibatkan kawan baik KJ.Dalam kemeriahan gerombolan anjing besar membelasah Zafrul, ABIW telah menerbitkan satu artikel menghentam Zafrul yang sangat baik.Lihat betul-betul artikel ABIW ini http://anotherbrickinwall.blogspot.com/2011/02/tengku-zafrul-maybanks-wrong-signal-to.html. Cuba perhatikan ayat Haji ABIW yang dalam menghentam Zafrul, telah menuduh Zafrul semasa di Avenue Asset telah bersekongkol dengan Dato Seri Jamaluddin Jarjis yang pada masa itu adalah Menteri Kewangan Kedua dan ibu Zafrul, Raja Zaharaton pada masa itu KP EPU untuk menyenaraikan Felda Holdings Berhad. Haji ABIW juga mendesak MACC menyiasat balik perkara ini.Seterusnya Haji ABIW mendakwa Zafrul berniat jahat sebelum ini kerana berniat mengecilkan pegangan saham Koperasi Permodalan Felda dalam Felda Holding untuk dibahagikan kepada tikus dan binatang. Haji ABIW juga mengatakan KJ juga terlibat dalam proses ini. Seterusnya, Haji ABIW terus memburukkan usaha penyenaraian sebelum ini dengan mendakwa terdapat pakatan jahat supaya Felda Holding membeli aset luar negara yang mahal sebagai justifikasi mendapatkan modal dari penyenaraian.Haji ABIW juga menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda Holding berasa pelik dengan perkara ini dan mereka berpendapat Felda kaya dengan tunai dan tidak perlu wang tambahan. Artikel ini diterbitkan oleh Haji ABIW di bawah tajuk “Tengku Zafrul, Maybank’s Wrong Signal To The Market” pada 13 Februari 2011. Haji ABIW pada masa itu tidak mengetahui langsung bahawa segala kutukan di dalam artikel tersebut adalah PERANCANGAN UTAMA Ethos Consulting yang membawa masuk Isa Samad yang dinilai mempunyai kualiti kesetiaan, bermuka tebal, berciri kekampungan bagi menarik perhatian peneroka di kampung Felda dan punya ramai pengikut ekstrimis melayu. Isa Samad juga didapati cepat menyesuaikan diri dan boleh berkeras apabila perlu untuk melaksanakan sesuatu misi.Isa Samad dan pengikutnya hanyalah BONEKA Ethos Consulting di hadapan segala usaha penyenaraian Felda Global.

Kembali kepada artikel Haji ABIW di atas. Jelas, jika artikel Haji ABIW dikeluarkan pada saat ini, pasti Haji ABIW akan berkerat arang dengan gerombolan anjing besar dan Rocky Bru yang menyokong kuat Isa Samad dan usaha Ethos Consulting ini. Gerombolan Anjing Besar telah mendapat upah sangat lumayan dari Ethos Consulting melalui Isa Samad untuk menerajui promosi penyenaraian Felda Global yang kini telah berubah menjadi kempen menyerang peribadi kakitangan kerajaan dan ketua peneroka Felda. Jom kita lihat penerangan dari anjing besar yang mendapat akses penuh kepada maklumat penyenaraian Felda Global daripada Ethos Consulting dan Felda Global Venture. Kita lihat artikel anjing besar bertarikh 25 November 2011 bertajuk “FGVH Listing On Track, Investment Abroad Geared For Winnings”. Pada Para 7, anjing besar menyatakan untuk penyenaraian Felda Global, PM Najib mengarahkan Koperasi Permodalan Felda memiliki 35% daripada saham FGVH, hasil daripada “share swap”, “business razionalization” dan “unlocking assets”. Ini patut disyukuri kerana sebagai pemegang saham 51% dalam FHB, Koperasi Permodalan Felda cuma layak memiliki sekitar 22.5% - 25% sahaja dalam saham FGVH selepas penyenaraian. Ayat yang bertujuan mengelirukan dan memperbodohkan Felda ini diberikan oleh Ethos Consulting dan APCO (jangan lupa, OMO dan Ethos yang memperkenalkan APCO untuk digunakan Kerajaan Malaysia).Anjing Besar hanya bertugas menampal ayat-ayat ini di blognya sahaja. Tanpa membaca ayat dan terma Public Relation Caca Marba tersebut, kita mengetahui bahawa KPF akan menukarkan pegangan 51% dalam FHB kepada maksimum 35% dalam FGVH dan diminta bersyukur kerananya. Inilah yang akan berlaku SELEPAS PENYENARAIAN. Terdapat satu lagi struktur PRA-PENYENARAIAN di mana menampakkan KPF memegang 61% daripada saham FGVH tetapi sewajarnya peneroka berpegang kepada struktur selepas penyenaraian iaitu KPF cuma memegang sebanyak 35% sahaja. Disini dicabar Haji ABIW yang baru sahaja selesai menunaikan Haji menyatakan pendirian beliau apabila melihat kepentingan Koperasi Permodalan Felda dikurangkan daripada 51% di dalam Felda Holdings Berhad kepada 35% di dalam Felda Global Venture (sebuah syarikat pasti rugi jika tidak memiliki 49% dalam Felda Holding sekarang) yang bakal menelan 100% Felda Holdings Berhad selepas penyenaraian. Siapa bakal menguasai baki 65% di dalam Felda Global Ventures yang telah menelan 100% Felda Holdings yang sangat menguntungkan itu?Bak kata Haji ABIW, tikus dan binatang barangkali. Pengurangan pemilikan saham KPF daripada 51% di dalam Felda Holdings kepada 35% ini boleh didapati lagi buktinya di dalam beberapa posting anjing besar pada awal postingnya yang penuh berwarna warni dengan tampalan slaid diberikan oleh Ethos dan Felda Global di mana slaid yang sama digunakan oleh Sabri Ahmad untuk memberikan penerangan di sana sini. Sabri Ahmad sendiri adalah bukti bahawa pentadbiran selepas penyenaraian juga terdedah kepada ketidaktelusan dan kerugian lebih besar sepertimana kontroversi Sabri Ahmad mengakibatkan kerugian Golden Hope Plantation, sebuah syarikat perladangan yang telah disenaraikan sebanyak RM120 juta.

Haji ABIW juga sebelum ini menuduh Zafrul terlibat mereka keperluan Felda Holdings Berhad membeli aset luar negara yang mahal demi justifikasi untuk penyenaraian. Ya Haji ABIW, saksikan sendiri kejahatan Ethos Consulting melalui Isa Samad dan Sabri Ahmad yang melakukan perkara yang dituduh ente terhadap Zafrul . Lihat pengumuman tawaran pembelian aset luar negara disini:

http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0629&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_02.htm .

Malah, Ethos dan APCO juga telah membocorkan cerita rekaan kepada media baru-baru ini bahawa Felda berminat membeli KFC dan QSR Brands dari J-Corp demi mendapatkan lebih justifikasi bahawa pengumpulan modal daripada penyenaraian Felda Global sangat diperlukan.

Akhir sekali, Haji ABIW menyatakan bahawa pengurusan dan kakitangan Felda Holding berasa pelik dengan usaha penyenaraian kerana mereka berpendapat Felda kaya tunai dan tidak perlu tambahan.Apa sudah jadi Haji ABIW? Tiba-tiba Felda miskin tunaikah atau tiba-tiba pengurusan dan kakitangan Felda Holding kini berkehendak penyenaraian atau apa sekarang yang membuatkan Haji ABIW beria-ia menyokong gerombolan anjing besar yang mendapat upah lumayan daripada Ethos melalui Isa Samad bagi mendokong usaha penyenaraian ini. Sebagai seorang blogger yang kritis dan dihormati, pendirian jujur ABIW berkenaan perkara ini yang bertentangan dengan apa yang ditulis dahulu amat dinantikan para peminat ABIW. Semoga hanya Allah sahaja tempat Haji ABIW bergantung harap dan bukannya kepada para makhluknya.

Pendedahan lebih ramai lagi tangan ghaib di belakang penyenaraian Felda Global selepas ini.Dijamin kecut perut kepada mereka yang berhajat menentang usaha Ethos ini. Diseru sementara itu, rakyat Felda yang kental untuk hadir ke program seniman rakyat di Felda Sungai Tengi pada 23 Disember 2011. Perwakilan KPF juga diseru menggunakan sebaiknya undi pada 5 Januari 2011 ini untuk melingkupkan usaha jahat Ethos Consulting daripada berjaya melingkupkan Felda sepertimana mereka telah berjaya melingkupkan Proton, MAS, Air Asia, Malaysia Airport Berhad, NCER, Petronas dan banyak lagi. Milo Suam satu!


22.12.11

PENYENARAIAN GV FELDA

Ada seorang sahabat hantar text kepada saya. Dia menyatakan dia tidak faham mengapa saya menentang penyenaraian felda fgv. Adakah saya tidak suka peneroka felda dapat durian runtuh?
Saya memilih untuk tidak menjawab beliau.
Sebab utama, saya memikirkan ini suatu silap mata beberapa orang untuk mendapat wang runtuh. Berapa ramai peneroka felda boleh beli blok blok saham itu nanti? Kenapa jika ada jalan yang direct untuk buat duit, kita memandai mandai nak buat duit cara indirect? Cara direct yang saya maksudkan ialah peneroka tanam sawit dan jual sawit kepada Felda Holdings pada harga yang baik. Dan mereka akan lebih untung jika buat macam Air Asia mahukan- harga input semua murah. Jika AA mahukan cukai airport di turunkan supaya kos input rendah- peneroka yang rata rata nya Melayu mahukan kos input seperti baja, perkakas, jentera, barangan dan perkhidmatan semua murah. Bukan kah cara yang demikian menguntungkan para peneroka directly? Tidak perlu trick sana dan trick sini.
Kita dah bosan dengan IPO ni. Yang mendapat laba ialah mereka yang mengetahui terlebih dahulu, Felda mahu di senaraikan. Taruh dan bubuh lah apa sahaja syarat- moratorium kah, atau apa apa- tipu muslihat oleh pegawai tinggi felda akan tetap berlaku. Jadi, apa makna nya penyenaraian tersebut? Ianya suatu alasan untuk suatu kumpulan orang membuat wang yang banyak. Itu objection kita yang pertama.
Apa akan jadi apabila penyenaraian berlaku? Yang terjadi ialah konsentrasi kuasa pada satu orang iaitu Isa Samad. Ini kita kena tentang. Isa Samad pengerusi Felda. Dia pengerusi Felda Holdings. Dia jadi pulak pengerusi KPFB. Dan tentu dia nak jadi pengerusi FGV. Berapa banyak daa….
Yang di kehendaki ialah agihan kuasa supaya sesuatu unit perniagaan boleh berfungsi secara merdeka dan bebas dari keputusan satu orang. Konsentrasi kuasa atau monopoli is bad economics.
Apabila kuasa di konsentrasi pada satu orang sahaja, ia mendedahkan Felda kepada salah guna kuasa dan pertimbangan yang kurang bijak. Dan isa samad tidak ada rekod pengurusan perniagaan yang baik. Tanah di negeri Sembilan yang leasehold di agihkan kepada peniaga bukan melayu bertukar menjadi tanah freehold. Bolehkah kita menganggap Isa SAmad pembela kepentingan orang Melayu? Jerit dan memekik sambil menghayun tangan macam kartun, itu Isa Samad boleh buat. Dan kita tahu attitude Isa Samad- den MB, dia punya hal lah sekarang akan bertukar, den pengerusi felda, ikut suka den lah.
Boleh jadi saya telah lihat banyak sangat kebejatan yang di lakukan oleh puak2 UMNO, maka saya ada in built cynicism bila kerajaan comes up with a business plan. What to do- I am an incorrigible cynic. That is my more endearing personality trait.
Mungkin pada peringkat IPO dapat 300 juta kemudian syer felda melekat pada tahap RM1.20 untuk 10 tahun yang akan datang. Lebih bala, jika syer tersebut turun rendah dari RM1. Apa kita nak jawab kepada 220,000 peneroka felda?
Ketika itu, apa nak jawab? Sebab keadaan dunia meleset dan sebab kita menerokai bidang baru? Dalam brochure dan tulisan FGV yang di salurkan melalui penulis upahan, bukan main glossy nya cerita FGV. Semua orang boleh tulis baik2. Kita boleh buat janji yang muluk2. We have this, we have that, we have what it takes to scale FGV to new heights and orgasms. Beri upah kepada garaduan Finance, mereka akan tulis mengenai syurga loka. Apa mereka peduli asal duit masuk bukan?
Jika Felda Holdings membuat RM 700 juta tahun lalu, tidakkah lebih lojik jika Felda Holdings yang di senaraikan? Kenapa pemilik minority dalam FH yang beria ria mahu menyenaraikan FGV seolah olah untuk menyelamatkan diri nya sendiri kerana telah mencatat kerugian lebih 500 juta? It does not make sense. Kenapa tidak berikan peluang kepada KPFB yang ambil alih 100% Felda Holdings? Biarkan FGV yang di miliki 100% oleh Felda menjalankan perniagaan yang mereka buat sekarang. It is better for Felda to float FGV alone and sells its share in Felda Holdings to KPFB. Sekurang kurang nya, KFFB di miliki sepenuhnya oleh peneroka!

21.12.11

Hasan tolak negara berkebajikan

KUALA LUMPUR 20 Dis. – Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam Selangor, Datuk Dr. Hasan Ali menolak konsep negara berkebajikan yang diperkenalkan oleh Pas, sebaliknya beliau mahu parti itu kembali kepada perjuangan asal iaitu menubuhkan sebuah negara Islam.

PAS BERUBAH KONONNYA KERANA PUNCA DAP DAN PKR..


HABIS TU...SHEIKH HASAN SEKARANG NI...TIBA2 BERUBAH...KERANA APA ??


BUKAN KAH KERANA...KUASA DAN HARTA !!

BUKANKAH KERANA TAKUT HILANG JAWATAN...TAKUT HILANG PENDAPATAN


TAK PAYAH LA NAK BERKOKOK NAK TUBUH NEGARA ISLAM

TAK NAMPAK KA DIDEPAN MATA MU SEKARANG...BUKAN KAH PEMIMPIN2 AMNO MENJAJA KE SELURUH DUNIA...MEMBERITAHU NEGARA INI 'NEGARA ISLAM'????

TAK TAHU KA YANG MALAYSIA NI...IALAH NEGARA ISLAM...DALAMNYA PENUH DENGAN JUDI, PELACUR, ARAK, MENIPU, REMBAT

PEMIMPIN2 ISLAM AMNO PULAK...SEMUANYA KAYA-RAYA...SEBAB ISLAM 'SURUH' MEREKA MENIPU DAN REMBAT?


WAHAI SHEIKH HASAN PALABANA,

KAMU TENGOK LA GAMBAR BAWAH NI...

NAMANYA 'LAILA'...SEORANG ARTIS...BERAGAMA ISLAM


TAPI APA MAKNA ISLAMNYA TU ?

KENAPA DIA BOLEH PAKAI MACAM TU..?

KERANA PEMERINTAHNYA TAK KISAH

CONTOH PEMERINTAH YANG TAK KISAH DALAM DUNIA NI...IALAH 'KERAJAAN AMNO' YANG MEMERINTAH MALAYSIA


MENGAKU ISLAM...MENGAKU MELAYU

TAPI 54 TAHUN MEMERINTAH...APA JADI PADA ISLAM...APA JADI PADA MELAYU?


YANG PENTING SEKARANG NI...BUKAN NEGARA ISLAM, BUKAN PAS, BUKAN PKR, BUKAN DAP, BUKAN NIK AZIZ, BUKAN ANWAR, BUKAN NAJIB

YANG PENTING SEKARANG IALAH ' ABU '...ASALKAN BUKAN UMNO...kah kah kah ! ..khaaaaaak...khaaaaaaa....puiiiiiii...puiiiiii......tuiiiiii.........

http://www.facebook.com/profile.php?id=100001971615614

18.12.11

RUANG UMNO BELASAH PAS


MASA UNTUK JATUHKAN UMNO-BN, BUKAN BERTELAGAH

"Ingatan tanda sayang kepada sahabat..."
21 Muharram 1433 H | 17 December 2011
TASEK GELUGOR, 17 Dis: Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyifatkan teguran Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terhadap Datuk Dr Hasan Ali dan Ustaz Nasharudin Mat Isa umpama pemimpin yang sayangkan sahabatnya.

Beliau ketika ditemui di majlis Tawaran PAS Negara Berkebajikan di Dewan Orang Ramai Pajak Song, Kepala Batas pagi tadi menambah, apa yang diperkatakan oleh Mustafa itu bukan untuk memanjangkan isu sebaliknya untuk memberitahu kedua-dua tokoh tersebut bahawa mereka telah terjerat dengan agenda Umno.

"Apa yang ditegurkan oleh Datuk Mustafa Ali umpama teguran seorag pemimpin yang sayangkan sahabatnya yang dilihat sudah memasuki zon musuh.

“Jika tidak ditegur mungkin mereka terperangkap terus dalam kancah untuk merosakan PAS dari dalam, tambahan lagi ketika berhadapan dengan pilihan raya umum akan datang," jelasnya dalam program anjuran Lajnah Penerangan PAS Negeri Pulau Pinang.

Sambungnya, fenomena itu tidak sepatutnya berlaku jika semua pihak lebih berhati-hati dan tidak mengeluarkan kenyataan mendahului kepimpinan.

Sekarang ini, katanya masa lebih memerlukan kepada kerja untuk menjatuhkan Umno dan Barisan Nasional (BN), bukan pertelagahan sesama sendiri dalam isu yang kecil.

“Masa ini kita patut memperkasakan kedudukan menjadi lebih mantap bersama Pakatan Rakyat agar rakyat lebih percaya Pakatan Rakyat yang dibarisi parti seperti PAS, PKR dan DAP daripada Umno dan BN yang jelas meruntuhkan negara dalam jangka masa panjang.

"Marilah kita bersatu hati merancang menjatuhkan Umno dan BN dengan memperkemaskan semua jentera parti dalam Pakatan Rakyat, mudah-mudahan PR dapat mengulang kejayaan nanti," kata Tuan Ibrahim lagi. - harakahdaily

15.12.11

Dr Hasan Ali keluar PAS ?

PAS tidak pernah menghalang mana-mana pemimpinnya daripada meninggalkan parti dan menyertai Umno, termasuklah exco kerajaan Selangor Datuk Dr Hasan Ali.

"Terpulangkan kepada dia," kata Naib Presiden Datuk Mahfuz Omar (kanan) ketika diminta mengulas desas desus bahawa Dr Hasan akan keluar parti.

Sejak beberapa tahun lalu, Hasan yang juga bekas pesuruhjaya PAS
negeri sering dikaitkan dengan kumpulan yang menyokong idea kerajaan perpaduan kedua-dua parti Melayu terbesar itu.

Dr Hasan bahkan pada Isnin lalu secara terbuka mengumumkan kesediaan menerima jemputan daripada perdana menteri untuk membincangkan usaha menyatupadukan Melayu-Islam, termasuk PAS dan Umno.

Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, Mahfuz berkata, PAS tidak pernah membantah mana-mana anggotanya meninggalkan parti kerana ia merupakan hak dalam negara demokrasi.

Beliau bagaimapun berkata tidak pasti bahawa khabar angin itu benar ataupun tidak.

Anggota parlimen Pokok Sena itu menegaskan, PAS mampu menangani perkara itu jika berlaku kerana pernah melalui pengalaman seumpamanya sebelum ini.

"Isu keluar parti ini PAS sudah lama lalui dah. Presiden parti pun pernah keluar.

"Tetapi PAS masih terus berjalan seperti biasa," katanya merujuk kepada keluarnya presiden keempat parti Islam itu Datuk Asri Muda pada tahun 1982 akibat krisis kepimpinan.

Mahfuz juga menegaskan, PAS sentiasa bergerak sebagai sebuah organisasi dan tidak pernah bergantung kepada mana-mana individu untuk tujuan itu.

Nik Aziz: Rujuk dengan S'gor, bukan saya

Sementara itu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (bawah) berkata, isu tersebut hentaklah dirujuk kepada pesuruhjaya PAS Selangor sendiri.

"Saya ditanya sebentar tadi oleh wartawan berkenaan dengan kedudukan Dato Dr Hassan Ali, exco Selangor dalam PAS.

Saya katakan, setiap negeri ada pesuruhjaya masing-masing, isu Selangor perlu dirujuk kpd pesuruhjaya PAS Selangor, bukan pesuruhjaya PAS Kelantan," kata Nik Aziz.

Selain menteri besar, Nik Aziz juga mengetuai PAS Kelantan.

Menulis dalam laman Facebook beliau, Nik Aziz berkata, selalu mursyidul am, beliau hanya akan mengulas isu melibatkan dasar parti dan bukan "isu teknikal".

"Namun, saya yakin, prbezaan yg berlaku dalam PAS tidak akan membawa kepada budaya fitnah dan mengaibkan sebagaimana par........................

14.12.11

UMMI HAFIDA DAN PRU 13

"Jika ada yang mencalunkan.. ummi hafida tidak menolak..."
Aku setuju sangat umni hafida bertanding dalam PRU 13 nanti
Sunguh aku sangat-sangat setuju..
Kalau boleh bertanding di DUN Chini...
Berlawan dengan PR yang diwakili oleh Keadilan.
Kalau ummi bertanding Dun Chini saya akan beri suntikan semangat
Saya akan sambut dengan perdaini biru..
Mungkin saya antara orang yang pertama sokong ummi..

Kalau ummi tak mahu DUN ....
Ummi ambil Perlimen gantikan najib..
Suruh najib bertanding di lembah pantai...
Biar dia berlawan dengan Izzah....
Najib mesti setuju ...
ummi kan ada jasa pada najib....dalam kes anwar...
ummi cubalah buat rayuan pada najib...
beritahu dia lembah pantai pengundi berbilang kaum sesuai dengan slogan 1Malaysia.

Ok... ummi ...bye...

13.12.11

KAYU BURUK BANGANG

Umno ni benar-benar dah tak ada orang di temuramah dah...kayu buruk pun diambilnya ditemuramah...
Kayu tu buruk dah ...sepatutnya tak boleh buat apa-apa dah...buat masak nasi pun dah tak boleh
Anai-anai pun dah tak nak....
Pelik...pelik... umno boleh lagi terima dia...

Paling kelakar apabila dia buat ulasan Negara Kebajikan Pas kat TV3 suku ..
Dia kata PAS tak pernah menterjemahkan negara berkebajikan pada rakyat Malaysia dan katanya yang selalu menterjemahkan ialah BN..
Itu yang aku kata dia ni bangang tahap babil.....
Budak-budak kecik pun tahu nak jawab....
Pas tak memerintah macamana nak menterjemahkanya bangang...
Beri la PAS perintah barulah boleh cerita menterjemah ke tak menterjemah...


VIDEO HIMPUNAN PENEROKA FELDA ( JENGKA )

11.12.11

DATO'DZUL AMBIL KURSUS MIDDLE MANAGEMENT ?

Saudara2, Isa Samad telah mencadangkan Pengarah Besar Felda, Dato Dzul bercuti belajar untuk mengambil kursus middle management selama 6 bulan, mulai November 2011 dan PM baru luluskan. Bukan nak personal hak dan kuasa PM, tapi sekadar mengingatkan bahawa PRU 13 hampir tiba,“just round the corner” justeru janganlah kita berdepan dgn banyak isu. Samada PM sedar ataupun tidak, campur tangan Isa Samad yg berlebih2an dalam pentadbiran Felda telah menyebabkan Warga Felda BOSAN, BENCI & MELUAT kepada kerajaan. Tidak pernah dalam sejarah Felda, Pengarah Besar disuruh bercuti panjang tanpa sebab khusus.

Apakah Isa peka terhadap sentiment peneroka, kakitangan dan seluruh pengundi Felda menjelang PRU13?.

Apakah PM telah mendapat maklumat tepat isu2 dalaman Felda?

Apa PM telah memberi Ruang dan Peluang pengurusan Felda untuk menjelaskan segala2nya dalam isu penyenraian FGVH?

Apakah ada bukti yg pengurusan Felda berkonspirasi dgn pihak Pembangkang?
Jika ada, silalah minta Bukit Aman dedahkan bukti2 tersebut. Sebaliknya Isa Samad telah merosakkan perpaduan Warga Peneroka dan melukakan hati pengundi setia BN ditanah rancangan Felda. Pengurus, Pegawai dan Pertugas Felda bersama peneroka sama2 membanting tulang dan berganding bahu ibarat macam keluarga. Mengapa ikatan lidi secekak ini hendak dileraikan oleh Isa Samad? Soal “Listing” FGVH bukan lah isunya tapi campur tangan dan tindakan Isa melanggar peraturan Felda dan kerajaan adalah pekara pokok. Lihatlah nanti semasa ketiadaan Pengarah Besar.
Sudah pasti banyak kertas2 dari langit akan dibentangkan dalam lembaga.
Sudah tentu banyak arahan dan kelulusan baru akan dikeluarkan selepas ini.
Sudah pasti Ketua2 peneroka lelaki dan GPW akan digantikan dgn org2 baru yg merupakan Gunting dalam Lipatan selama ini.

Sudah tentu kepimpinan peneroka seluruh negara akan berubah.
Percayalah tuan2 dan puan2, Pakcik2 dan Macik2, Abg2 dan Kakak2 serta Adik2 sekelian. Tindakan ISA yg Tamak, Rakus, Haloba dan Membabi Buta ini mengundang perpecahan di kalangan warga peneroka. Tiada siapa yg untung. Jika PM berpandangan terbuka dan mahu undi peneroka Felda kekal kepada BN maka wajarlah PM kaji semula:-

Tindakan menghantar Pengarah Besar Felda cuti belajar yg panjang,

Tindakan membenarkan Isa menjadi ahli KPF, Pengerusi KPF dan Pengerusi Yayasan dan akhir sekali

MengHADkan kuasa Isa dalam Felda.

Kakitangan Felda sanggup bekerja siang dan malam pastikan kemenangan berpihak kpd Pemerintah, jika tidak ia akan mengundang risiko yg amat BESAR. Jangan biarkan Ombak Tsunami melanda ditanah rancangan Felda dalam PRU 13 yg akan datang sedikit hari lagi, sementara kami masih ada hati lagi sayangkan PM dan kerajaan BN, buatlah sesuatu wahai PM, jangan biarkan jiwa kami bergelora lalu memberontak, itu bukan budaya kami sebagai Warga Felda … Wasallam

http://www.facebook.com/groups/104889596196/10150510985771197/

Datuk Zul sambung belajar ( FELDA )

Hazayani Zakaria
KUALA LUMPUR, 10 Dis: Kemelut dalaman pengurusan tertinggi Felda dilihat semakin krtikal selepas pelantikan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda yang didakwa melalui 'pintu belakang'.
Terbaru, Pengarah Besar Felda, Datuk Zulkifli Wahab dikhabarkan menerima surat arahan bercuti oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak selama sembilan bulan.

Presiden Anak, Mazlan Aliman memberitahu, menurut sumber daripada Felda sendiri, Zulkifli menerima surat arahan bercuti itu daripada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri semalam.

Arahan itu dikeluarkan selepas Najib menerima surat daripada Isa, 21 November lalu, meminta beliau mengeluarkan arahan tersebut dengan alasan memberi peluang kepada Zulkifli menyambung pengajian.

Arahan itu berkuatkuasa 25 November lalu sehingga Ogos tahun hadapan.

"Datuk Zulkifli sekarang tidak dibenarkan memasuki pejabat," kata Mazlan ketika dihubungi Harakahdaily hari ini.

Menurut Mazlan, beliau yakin arahan itu atas pengaruh Isa yang tidak senang dengan Zulkifli kerana mempunyai pandangan berbeza mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Malaysia.

"Datuk Zul mempunyai pandangan terbuka terhadap cadangan penyenaraian yang meliibatkan aset warga Felda kerana beliau sangat faham kerana mula berkhidmat dari bawah.

"Datuk Zul mungkin tak boleh beri sokongan kepada Isa untuk usaha penyenaraian ini dan mungkin Isa menganggap Datuk Zul sebagai penghalang kepada cita-cita peribadi beliau," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tambah beliau lagi, arahan menyambung pengajian itu dilihat secara tiba-tiba dan tidak ada keperluan yang mendesak.

"Kalau dikatakan beri peluang Datuk Zul sambung belajar, belajar apa? Nak sambung belajar di mana?" soalnya.

Kesal dengan tindakan yang disifatkan sebagai usaha penyiingkiran secara halus itu, Anak kata Mazlan, akan menyerahkan memorandum sokongan terhadap Zulkifli di Ibu Pejabat Felda, Jalan Gurney, dekat sini pada 13 Disember ini, jam 2.30 petang.

"Anak menentang keras usaha-usaha yang tidak demokratik dan tidak menghormati kakitangan Felda dan warga Felda yang mempunyai hubungan yang baik dengan Datuk Zul.

"Oleh itu, kita akan serahkan memorandum sokongan sebagai tanda Anak sentiasa di belakang Datuk Zul.

"Anak juga minta semua pihak termasuk keluarga Datuk Zul bertenang dan bersabar dengan keadaan ini," katanya.

Ujar beliau juga, tindakan susulan akan diambil dari semasa ke semasa selepas penyerahan memorandum tersebut sehingga Najib menarik balik arahan tersebut.

"Tindakan ini sangat malang bagi seorang pengarah yang berkhidmat dengan cemerlang.

"Ada tindakan susulan sehingga Perdana Menteri menarik balik arahan tersebut dan Datuk Zul boleh masuk pejabat seperti biasa," katanya sambil menyeru semua warga Felda tanpa mengira fahaman politik bersatu menyatakan sokongan kepada Zulkifli.

9.12.11

SAMAN RM150 JUTA TERHADAP KETUA POLIS NEGARA

Tengku Muhammad Fakhry Petra Tengku Ismail memfailkan saman RM150 juta terhadap Ketua Polis Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar dan tiga yang lain kerana mendakwa telah ditahan secara salah.

Tengku Fakhry menamakan Ismail, ASP Norazman Ismail, bekas Ketua Polis Kelantan, Datuk Abdul Rahim Hanafi dan Polis Diraja Malaysia sebagai defendan.

Beliau memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini melalui firma undang-undang AS Dhaliwal and Co.

Bercakap kepada pemberita kemudian, Tengku Fakhry berkata beliau mengambil tindakan itu bukan bermotifkan wang tetapi demi keadilan.

"Saya rasa ini adalah kali pertama seorang anggota keluarga diraja telah menamakan ketua polis negerinya sendiri sebagai defendan," katanya.

Peguam AS Dhaliwal dan Harpal Singh turut hadir semasa saman difailkan.

Pada 4 Mei tahun lalu, Sultan Kelantan ketika itu, Tuanku Ismail Petra, raja perempuan serta Tengku Fakhry telah dihalang oleh Unit Tindakan Khas, kira-kira 50 meter dari pintu pagar istana semasa dalam perjalanan ke lapangan terbang Kota Baru pada jam 7.30 malam.

Mereka mahu menghantar Tuanku Ismail kembali ke Hospital Mount Elizabeth di Singapura untuk rawatan susulan tetapi telah dibawa ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di Kubang Kerian.

Tengku Fakhry juga ditahan selama kira-kira empat jam manakala Tengku Anis mendakwa terpaksa tidur di atas lantai di HUSM untuk mengelak ditangkap polis. -GB

BUAT FITNAH RIBU-RIBU MASUK ?

Tak kisah telanjang ke ,halal ke haram ke...janji duit masuk..satu kali buat artikal fitnah ribu-ribu masuk.
Ada keja ada duit...haaaa
Apa kerja ..?.
Ikutla..cuci tong taik pun tak aper..
____________________________________________________


Ini apa hal gambar bawah ni....
Siap dengan sorok muka lagi.........

GAMBAR HIMPUNAN PENEROKA DI BANDAR PUSAT JENGKA































7.12.11

JOM SELAMATKAN FELDA


KUALA LUMPUR, 6 Dis: Orang ramai khususnya warga Felda sekali lagi diajak ke program pelancaran ‘Gerakan Selamatkan Felda’ peringkat kebangsaan pada 8 Disember ini, di perkarangan Masjid Lama Bandar Jengka, Pahang.

Menurut Presiden Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak), Mazlan Aliman, program itu bertujuan memberi penerangan kepada warga Felda mengenai penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke dalam Bursa Saham Malaysia (BSKL).

Penyenaraian itu akan menyebabkan 360,000 hektar tanah dicagar kepada FGVH bermula Januari tahun hadapan.

Pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakob dan Pengerusi Badan Bertindak Peserta Felcra (Bapa), Razman Zakaria dijangka memberikan penerangan mengikut pengalaman masing-masing.

"Program ini akan bermula dengan solat Maghrib dan solat hajat yang akan dipimpin oleh Ketua Penerangan PAS Pusat yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man disusuli dengan sesi penerangan," kata beliau kepada Harakahdaily.

Program itu akan diteruskan ke Kolej Universiti Islam Zulkifli Ahmad (KUISZM) di Taman Melewar pada 10 Disember dan ke Segamat pada 11 Disember dan akan bergerak ke negeri-negeri lain.

Selain itu, Mazlan turut memberitahu, pada 20 Disember pula, Anak akan mengetuai kira-kira 30 peneroka Felda di seluruh negara untuk menyerahkan memorandum kepada Perdana Menteri mendesak jawatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi Felda dan Datuk Sabri Ahmad sebagai Pengarah Urusan FGVH dilucutkan.

Ia rentetan daripada kempen mansuhkan Isa yang mengumpul tandatangan bantahan peneroka Felda terhadap Isa yang dilancarkan 18 Oktober lalu.

"Dalam memorandum kepada Datuk Seri Najib Razak, kita mendesak Isa dan Sabri digugurkan daripada jawatan masing-masing serta mendesak kerajaan membatalkan cadangan penyenaraian FGVH," katanya yang juga Pengerusi Lajnah Tanah dan Pembangunan Wilayah PAS Pusat.

Tegas Mazlan lagi, sekiranya tiada sebarang tindakan daripada Najib, Anak akan mendapatkan perintah mahkamah agar melarang Felda melakukan penyenaraian itu.

Ianya akan dilakukan sebelum mesyuarat agung luar biasa Koperasi Permodalan Felda (KPF) yang dijangka pada 5 Januari tahun hadapan.

"Kita telah berbincang dengan pihak peguam mengenai tindakan mahkamah ini dan jika tak ada respon dariapda Perdana Menteri, kita akan abil tindakan mahkamahlah kerana penyenaraian ini melibatkan cagaran aset peneroka," katanya.

SOSEJ DAGING BABI



Beberapa hari yang lepas, media gempar dengan penemuan sosej diperbuat daripada babi yang tertera logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)di beberapa pasaraya besar di negara ini.
Makna perkataan 'Chorizo' pada jenama sosej itu juga sudah jelas mendapati ia merujuk kepada beberapa jenis sosej berasaskan khinzir dan digunakan meluas di Eropah.

Beberapa pengguna mendapati warna sosej tersebut lebih terang berbanding jenama sosej-sosej yang lain. Dikatakan juga logo halal Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) yang terdapat pada pek sosej tersebut juga merupakan logo halal palsu. Wallahu a'lam. Diharapkan pihak JAKIM dan pihak-pihak bertanggungjawab menyiasat dan menyelesaikan perkara ini secepat mungkin.

http://suffer.frenzyfm.my/2011/07/awas-sosej-babi-halal.html

RAKAN BLOGGER