28.8.11

PEJUANG KEMERDEKAAN ATAU PEJUANG BRITISH


KUALA LUMPUR 26 Ogos – Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mencetuskan kontroversi baru apabila menganggap
pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota
komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu. Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegaw
ai British. Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika
pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO. “Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.



“Jins Shamsudin buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu. Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api. Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabi
la pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat. “Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British
jadi penjahat. Siapa pegawai British? Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya. WAJAH NASIONALIS PEJUANG BANGSA




KOMENTAR TUKAR TIUB Ucapan dan ceramah yang disampaikan oleh pimpinan parti Pas saudara Mat Sabu itu adalah tepat dan benar. Malah Tukar Tiub dari awal lagi telah berk
ata bahawa pada bulan Ogos ini United Malay National Organisation akan menjadi mamai. Pada bulan Malapetaka ini United Malay National Organsiation akan membuka kesah kesah dongeng tentang perjuangan mereka. Mereka menaburkan kesah dogeng bahawa mereka bangun menentang komunis. Ini cerita sasau. Rakyat Tanah Melayu sedang bermandi darah bangun mengangkat senjata melawan penjajah British. Mangkok hayun ini melawan orang yang melawan British. Nationalis kepala bana jenis apa ini? Mari kita ambil pertempuran gerila Rakyat Tanah Melayu pada tahun 1950 di Bukit Kepong. Baca betul betul. Ini berlaku pada 23 Februari tahun 1950. Yang berkuasa British. Justeru yang diserang ialah soldadu upahan British. Ketika itu ada soldadu upahan British dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan termasuk anak tempatan. Anak tempatan direkrut kerana tidak ada kerja lalu menjadi soldadu upahan Bristish. Ini hakikat. Ini hakikat fakta sejarah. Sila pergi lawati Taman Tasek di Taiping atau pergi ke tanah perkuburan di hadapan Dewan Bahasa para pembaca budiman akan bertemu dengan kubur soldadu upahan dari luar negara. Jika ini bukan bukti wujudnya tentera upahan British maka Rosmah Mansor masih anak dara lagi. Dalam serangan ke atas Rumah
Pasong Bukit Kepong – yang memimpin serang ini ialah Mat Indera. Sosok ini adalah nasionalis yang bangun mengangkat senjata bersama Parti Komunis Malaya untuk memnghalau British. Memang betul soldadu dalam Rumah Pasong ialah Melayu – mereka soldadu upahan. Memang betul Mat Indera juga Melayu


Dalam serangan ini bukan Melayu atau Punjabi atau Mamak Kutty
yang di pentingkan. Yang penting ialah garis perjuangan – menentang British atau menjadi barua British. Inilah dua garis politik ketika itu. Hanya gerombolan United Malay National Organisation yang kepala hangguk - heboh tentang Melayu hingga ke hari ini. Sekali lagi Tukar Tiub mengingatkn para bahawa bahawa serangan keatas Rumah Pasong di Bukit Kepong berlaku pada tahun 1950 – di zaman British memerintah. Sila buka kepala dan fikir betul betul. Pejuang Mat Indera ini penuh dengan cerita dan mitos rakyat. Hingga ke hari ini. Terbukti kesah kebenaraan tidak mungkin dapat ditutup. Mungkin untuk sementara fakta sejarah boleh dikaburi tetapi akhirnya fakta akan muncul. Akhirnya Mat Indera mati digantung oleh British. Saya sendiri telah melihat tempat Mat Indera di gantung. Pejuang nasionalis kita ini digantung di penjara Ayer Molek Johor Bahru. Saya sempat melihat tempat itu kerana pada September 1974 saya telah ditahan di penjara yang sama kerana menyokong peneroka bandar Tasek Utara. Seorang warden Melayu dengan sedih tetapi merasa bangga telah menunjukkan kepada saya wilayah dimana nasionalis Mat Indera digantung. ( Jika apa yang saya nyatakan ini salah – maka saya telah diberi maklumat yang salah) Apakah Onn Jaafar nasionalis? Apakah Tunku nasionalis? Pasti jawabnya TIDAK dan BUKAN. Mereka bukan berjuang menentang British. Mereka tidak bangun berjuang menentang British. Mereka berebut-rebut untuk menjadi barua British. Cuba ingatkan apa kata Onn Jaafar ‘... nak buat jarum pun belum tahu...inikan pula nak merdeka....’ Ini hakikat sejarah. Hari ini dengan wujudnya internet satu demi satu cerita karut lagi marut dari United Malay National Organisation telah dibongkar. Ini fakta sejarah - parti nasionalis yang tertua di Tanah Melayu ialah KMM – Kesatuan Melayu Muda . Ditubuhkan pada tahun 1938.....deek sila lihat tarikh ini... 1938 deek. Slogan mereka ialah MERDEKA. United Malay National Organisation yang memakai nama Inggeris hingga ke hari ini ditubuh pada 1946. Gerombolan ini tidak berani bangun menuntut Medeka. Justeru slogan mereka ialah Melayu kurang oxygen - Hidup Melayu – hingga ke tahun 2011 ini mereka masih lagi kureeeng oxygen. Bulan Ogos ini adalah Malapetaka untuk Tanah Melayu. Pada 15 Mei setiap tahun warga Palestin mengingati Nakba. Nakba ialah malapetaka yang terjadi pada tarikh ini apabila Israel diwujudkan di bumi Arab. Tanah Melayu juga ada Nakba nya – Malapetaka terjadi pada 31 Ogos 1957 apabila British menyerahkan pentabiran Tanah Melayu kepada United Malay National Organisation. Seluruh Tanah Melayu ditimpa Malapetaka. Kepada jenerasi muda yang kurang faham biar diterangkan disini. Pada tahun 1958 bukan main heboh lagi gerombolan ini berlabon tentang pencapaian Merdeka tanpa tumpah darah. Bongak. Ini bohong. Rakyat Tanah Melayu telah bangun angkat senjata untuk menghalau British. Kuasa imperial Brtish telah digugat hingga ke akar umbi oleh Tentera Pembebasan Rakyat Malaya – ini fakta sejarah. Jika kurang percaya sila pergi rujuk ke Colonial Office di Kew Garden London. Semua bahan sejarah ini wujud disana. Busuk busuk pun British mereka TIDAK akan mengubah fakta sejarah – mereka mungkin memberi analisa yang berbeza. Ini British - mereka main criket bukan main guli. Kalau tak yakin sila selidik dan tanya siapa dia Shamsiah Fakeh. Siapa dia Ahmad Boestaman. Siapa dia Burhanuddin al-Helmi. Siapa dia Rashid Mydin. Siapa dia Abdullah Sidi. Siapa dia Chen Peng. Siapa dia Mukhtaruddin Lasso. Siapa dia Ibrahim Yacob. Justeru, kenyataan Mat Sabu berasaskan fakta. Tidak ada apa apa penghinaan. Menyangkut kan mat Sabu dengan DAP adalah hujah lapok gerombolan. Untuk Hishamudin Husssein sila jangan buka bontot sendiri. Hussein Onn anak Jaafar Onn ayah kepada Hishamudin ini adalah soldadu upahan British. Ketika British menjajah Iraq, Hussein Onn adalah barua setia kepada British. Sila lihat dan baca fakta sejarah. Jangan malas membaca dan menkaji. Jangan Jadi Melayu yang malas.Jangan jadi Melayu yang suka mendengar tetapi malas membaca dan mentelaah. Justeru, amat jelas bahawa United Malay National Organisation membawa Malapetaka ke Tanah Melayu. Buktinya lagu Terang Bulan diciplak untuk dijadikan lagu kebangsaan kita. Tidak ada apa apa kebangsaan dalam lagu Terang Bulan ini. Ini bukan lagu ciptaan anak watan Tanah Melayu. Ini diciplak dari lagu Memula Moon lagu Peranchis. Lagu ini wajib dilupuskan. Satu lagi bukti yang jelas ialah bendera. Ini juga dicaplak dari bendera Amerika. Motif Nusantra ialah Merah dan Puteh. Justeru lihat bendera Singapura, lihat bendera Indonesia malah bendera United Malay National Organisation sendiri menggunakan motif Nusantra. Bendera ini juga wajib dilupuskan dan direka bendera baru. Kita jangan merasa gentar dengan ancaman dan tuduhan bahawa kita tidak hormat atau menghina Onn Jaafar atau Tunku. Tidak ada apa apa yang perlu dihormati. Mereka berdua hanya sibuk berebut untuk menjadi barua British. Tidak ada apa apa yang hebat. Kalau tak percaya sila tanya Mahathir Muhamad sendiri. Apabila Tunku meninggal dunia Mahathir Muhamad Perdana Menteri ketika itu. Apa terjadi? Tidak ada cuti am untuk pengkebumian Tunku. Mahathir Muhamad yang menjadi Presiden United Malay National Organsiation sendiri tidak hormat kepada Tunku – jangan harap orang lain ambil pot. Pelik ketika itu tidak ada pula yang berani menuduh Panddy Kuttyy ini tidak hormat pada Tunku.


Juga sila jangan campur adukkan tentang Bukit Kepong sebagai penghinaan terhadap Polis Diraja Malaysia. Kesetiaan mata-mata upahan pada ketika itu kepada Baginda Raja Britain. Biar saya dituliskan disini sejelas mungkin. Pada tahun 1950 mereka BUKANdipanggil polis. Orang Melayu dengan tepat telah memanggil mereka MATA-MATA. Sila rujuk sejarah – ini bukan tohmah. Justeru mereka adalah mata-mata penjajah. Juga tempat itu bukan BALAI POLIS tetapi dipanggilRUMAH PASONG. Ini nama yang telah diberi oleh orang Melayu kerana rumah ini ramai rakyat telah dipasong. Justeru serangan pada 23 Febuarari itu ialah serangan nasionalis terhadap Mata-Mata British di Rumah Pasong Bukit Kepong.Khalas.Perid.End. Fin.

Artikal asal di SINI

24.8.11

Rakyat Dan Malaysia Sudah Menjadi Gundik Penguasa 'Gila'?

RENUNGAN BUAT PM SEBELUM BERBUKA PUASA DI TAMAN KUBANG GAJAH ,TEMERLOH HARI 24HB OGOS 2011 HARI INI

Rakyat Dan Malaysia Sudah Menjadi Gundik Penguasa 'Gila'?

*Pembangunan dan kemajuan di Malaysia tidak dinafikan, siapa yang mendapat manfaat lebih besar rakyat atau penguasa bersama kroni?
*Keadilan terhadap masyarakat majmuk Malaysia tidak merata
*Keadilan dari segi agihan kekayaan atau ekonomi masih tidak seimbang
*Kebebasan rakyat benar-benar tercabar
*Rakyat ditegah berhimpun
*Rakyat dilarang dengar ceramah pembangkang
*Rakyat ditangkap, diugut dan diISAkan
*Media pro pembangkang dibatal permit, dirampas dan sebagainya
*Amalan demokrasi dipersempit mengikut kemahuan penguasa
*Polis diperkuda dan diperhambakan untuk mengawal penguasa
*Sistem kehakiman yang dikongkong dan dijerat
*Rakyat ditutup mulut
*Rakyat mahu diperbodoh selamanya
*Rakyat mengiyakan segala kedurjanaan penguasa zalim
*Gambaran Islam adalah ganas, ekstrim dan pengganas
*Rakyat yang mahu mengamal demokrasi dituduh membuat huru-hara, agen asing, militan dan sebagainya
*Penguasa yang zalim, rasuah, menyeleweng dan salahguna kuasa dianggap baik, dipuji-puja dan disanjung-sanjung... Dalam sebuah negara di mana seluruh sistemnya dikontrol mati, diakujanji dan digundikkan tiada yang mustahil. Yang buruk, jahat dan zalim boleh diwarnai dan diwajahkan indah, cantik, manis rupawan. Dan yang baik, cantik, benar dan betul diwajahkan buruk seburuk-buruknya, sejahat-jahatnya, ganas seganas-ganasnya. Mungkin itulah yang tergambar dalam negara hari ini. Orang ke masjid dicurigai pengganas, ke sekolah agama dicurigai akan jadi pengganas dan budak yang sekolah di TADIKA berorentasikan Islampun dicurigai bakal menjadi pengganas. Betapa dahsyatnya su'uz-dzon atau jahat sangka UMNO/BN dan para pemimpinnya kepada rakyat negara ini. Kerana itu, apa juga keburukan, penyelewengan, rasuah, salahguna kuasa dan sebagainya yang berlaku dipihak mereka atau institusi yang dikuasai mereka akan mati-matianlah mereka berusaha siang malam mewarnai dengan warna putih atau diwajahi dengan wajah-wajah indah, cantik, manis menawan dan baik-baik belaka.

Negara Malaysia Aman, Untuk Siapa?

Aman, damai dan makmurnya warga Malaysia. Itulah gambaran bagi negara ini di mata orang asing. Inilah juga menjadi bahan iklan dan cerita yang diklip videokan dalam media elektronik yang dikuasai oleh kaki-kaki ampu 'penguasa' dikebanyakan sistem yang wujud dalam pentadbiran negara ini. Mereka hidup dalam adat tradisi yang sudah disebatikan dalam akal budi, pemikiran, percakapan dan amalan hidup harian mereka. Siang malam fikir bagaimana mahu mengampu bodek orang besar, orang atas dan penguasa yang berada di atas. Tidur bangun hanya fikir berlegar esok bagaimana aku ampu bodek orang besar itu, agar dapat habuan besar, pangkat naik, harta bertambah, projek dapat dan berbagai-bagai lagi angan-angan kaki-kaki ampu bodek negara yang berkeliling pinggang di pinggang para pemimpin UMNO/BN.

Ukuran keamanan, kedamaian dan kemakmuran Malaysia yang berada dalam petak otak rakyat Malaysia ialah UMNO/BN/Mahathir/Ling Liong Sik/Samy Vellu. Tanpa UMNO/BN Malaysia tidak akan aman, makmur dan maju. Itulah yang disogok hari-hari ke dalam jiwa dan minda rakyat Malaysia sama ada TV atau media cetak yang lain. Belum masuk pengisian kursus, perjumpaan bersama rakyat oleh menteri-menteri UMNO/BN di seluruh ceruk rantau negara ini. Hujah mereka kepada rakyat yang dikumpul dan ditemui dalam majlis-majlis tertentu. Malaysia negara maju, Malaysia negara aman, makmur dan damai. Jangan ada rakyat terlibat dengan aktiviti anti kerajaan, pengganas, militan, memecahkan perpaduan, menyesatkan umat Islam dari segi agama atau aqidah. Dan pelbagai lagi wajah berupa topeng-topeng 'indah', cantik dan menarik disogokkan kepada rakyat. Walaupun, hakikatnya seperti 'bom' jangka yang bakal menghancur-binasakan kehidupan dan masa depan rakyat.

Rasuah disuburkan, salahguna kuasa pemimpin disembunyikan, penyelewengan dibiarkan, sistem kehakiman diperkosa, keadilan dipenjarakan, kebebasan rakyat dipasungkan dan penguasa zalim bermaharajalela semahu-mahunya memperkosa, membaham rakyat kecil yang diikat tangan kaki mereka.

Seluruh Sistem Digundikkan

Bukan setakat demokrasi digundikkan. Malah seluruh sistem yang menjadi urat nadi negara turut menjadi 'gundik', dari pemimpin berstatus orang atasan, besar dan berkuasa, pemimpin pusat, negeri, daerah, kampung sampai ke peringkat pimpinan masyarakat dan ketua cawangan parti pemerintah dibius, dikerah dan diaturcarakan mengikut kemahuan oleh sekelompok pemimpin yang terlalu berkuasa atau penguasa 'gila' kuasa.

RTM jadi gundik, media gundik, polis jadi gundik, SPR jadi gundik, JPN gundik, kementerian gundik, menteri-menteri gundik, jabatan/agensi kerajaan gundik, pegawai kerajaan gundik, masjid/suaru digundikkan, sekolah gundik, tadika gundik, universitipun gundik, jadi apa lagi yang tinggal terselamat dari budaya 'gundik' yang masyhur dalam istana itu. Istilah 'gundik' itupun sebenarnya 'sensitif'. Kerana membawa maksud pasangan yang disembunyikan dari pengetahuan pasangan sebenar yang sah. Mungkin istilah moden sekarang boleh diangkat 'pelacur' highclass. Dan ia boleh diperguna dan diperkosa ikut kemahuan tuannya.


Sehinggakan UMNO/BN dan para pemimpin mereka yang 'busuk hati' terus mencurigai dan mencemburui ketelusan yang dilakukan oleh kepimpinan dua kerajaan negeri BA itu. UMNO/BN sebenarnya tidak ingin ada kelompok lain lebih baik daripada mereka dalam negara ini. Justeru, usaha mengkambinghitamkan lawan politik mereka diteruskan, sekalipun tindakan mereka itu menyalahi undang-undang dan amalan demokrasi negara ini.

Seluruh Sistem Negara Dibius Mati?

22.8.11

LAKON BAIK BULAN POSA

BELAKON TUHAN TAHU !!!! --------------------------
Akhir-akhir ini muncul ramai yang begitu bersemangat di hadapan media massa arus perdana. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan kesucian Islam di bulan Ramahhan. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan aqidah umat Islam. Bersemangat seolah-olah mereka mempertahankan institusi Islam. Bersemangat seolah-olah mereka menentang segala-gala yang mencemarkan nama baik Islam.
Syukurlah, sekiranya mereka benar-benar ikhlas tapi malanglah jika mereka hanya berlakon di hadapan media arus perdana sedangkan sebaliknya kehidupan mereka sendiri tidak menurut perintah Allah.
Mereka yang berlakon ini bolehlah dikategorikan sebagai pejuang Islam palsu.
Berikut disenaraikan ciri-ciri pejuang Islam palsu di Malaysia.
Jangan dibulan puasa saja datang ke masjid tamat ramadhan sama2 hanyut dengan bulan ramadhan...tak datang ke masjid
Kita bolih lihat nanti pada 24hb Ogos PM akan berbuka di Temerloh ini ada pemimpin UMPORNO belakon pakai Jubah sampai ke tanah menyampu taik ayam ada yang pakai songkok tinggi hingga patah ranting pokok .
Yang teruknya mcm2 orang-orang kerajaaan jadi lembu dua tiga ekor YB di Bahagian Temerloh ini.
Ketua Jabatan di Temerloh ini kebanyakkan semua jadi LEMBU UMNO BATU PELIR TERMASUUUK..........

9.8.11

NGAPA BANGANG SANGAT !...

Ini dinamakan rusuhan .....

Ini bukan perhimpunan aman...

Jangan samakan kes ini dengan BERSIH..

NGAPA BANGANG SANGAT !...

3.8.11

HINANYA JPN DAN SPR

Ulasan Isu oleh Mohd Sayuti Omar

APA dalih dan ke mana lagi hendak melarikan kebusukan, semuanya kini sudah terdedah. Memang sifat dan lumrah kebusukkan itu akan terus berbau menghuduhkan keadaan. Begitulah dengan tektik jahat lagi tidak bermaruah dilakukan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dalam usaha untuk membantu kemenangan kepada UBN secara jahat dan hina.

Pendaftaran pendatang haram sebagai warganegara ini kemudian mendaftar mereka sebagai pengundi mengesahkan apa yang dilaungkan oleh parti oposisi dan Bersih selama ini, bahawa pilihan raya negara ini tidak bersih dan putih. Satu demi satu atau sekelompok demi sekelompok nama-nama mereka didedahkan.

SPR bermula dari Pengerusinya, Abdul Aziz Yusuf membawa kepada timbalannya Wan Ahmad Wan Omar tidak perlu memejam mata lagi. Mereka bertanggungjawab di atas apa yang berlaku. Wajar kalau mereka membersihkan diri dengan meletak jawatan. Atas pendedahan perbuatan busuk itu mereka perlu bertanggungjawab.

Kalau mereka terus cuba hendak mengatakan kentut dan tahi tidak busuk, tidak tahulah apakah mereka berdua ini masih ada maruah. Yang di-Pertuan Agong yang mempunyai kuasa mengawal atau melantik suruhanjaya itu juga perlu berbuat sesuatu. Secara tidak sedar kini kuasa dan kedaulatan Yang di-Pertuan Agong juga sudah dinodai.

Baik Aziz dan Wan Ahmad bermati-matian mengatakan tidak ada penipuan dalam senarai pilihan raya dan kononnya pilihan raya di negara ini berjalan dalam keadaan baik dan adil. Nah.. dengan pelbagai pendedahan yang dibuat itu menjelaskan apa yang mereka katakan tidak benar dan bohong belaka. Pengakuan mereka selama ini sudah terbongkar dengan meluasnya, menyebabkan mereka sudah tidak ada sudut untuk berlindung lagi.

Rasanya bukan saja rakyat yang menegtahui akan menyedari akan pembohongan SPR itu tetapi isteri, anak-anak dan waris waras mereka - Aziz dan Wan Ahmad juga mengetahuinya. Mungkin dimeja makan atau semasa di dalam kamar tidur mereka juga diasak oleh isteri supaya tidak membohongi rakyat dan minta menghentikan perbuatan terkutuk itu.

Bagi saya kalau mereka masih terus tercokoh di situ, merekalah seburuk-buruk dan sehina-hina manusia. Mereka lebih teruk daripada haiwan pemangsa. Haiwan pemangsa pun kalau dikutuk, dipetut (halau) akhirnya mereka akan menyingiraikan diri meninggalkan tempat bangkai yang mereka datangi.

Dengan apa lagi mereka hendak menutup muka mereka. Berkali-kali mereka mengatakan kalau oposisi ada bukti menunjukkan ada pengundi hantu, mereka seolah-olah mengambil risiko yang boleh merugikan diri dan kehidupan mereka. Cabaran itu kononnya menunjukkan mereka manusia yang bermaruah dan ada air muka. Kini semuanya sudah terdedah dan mereka tidak perlu berlenggah lagi untuk mengambil risikonya.

Kini sudah ada semuanya yang mereka nafikan itu. Sudah jelas program pemutihan yang dilakukan ke atas Pati menjelang pilihan raya itu adalah tali hayat untuk memastikan kemenangan Umno. Mereka bukan saja pengundi upahan untuk mendapat kemenangan, tetapi mereka juga sudah mendapat nikmat yang tidak wajarnya mereka perolehi.

Usahkan berpuluh ribu kalau seorang saja Pati - bukan warga negara ini terlibat dalam pengundian ia menyebabkan pengundian itu bukan tulen lagi. Pilihan raya itu sudah menjadi tidak sah. Tidak ada mana-mana negara di dunia ini memberi hak dan kuasa kepada rakyat negara asing. Kecualilah dengan yang pemimpinnya bebal kerbau. Pemberian itu juga bukan saja setakat mencemari tetapi menoda akan kedaulatan negara dan rakyat negara ini.

Tidak tahulah dari sumbu mana kerajaan pimpinan perdana menteri sakit lutut ambil dan gunakan sehingga boleh menghalakan pendatang tanpa izin mengambil bahagian di dalam pengudian alis pilihan raya di negara ini. Mungkin beliau sudah hilang semangat patriotik kalau tidak masakan beliau tergamak membiarkan agen-agennya; Pejabat Pendaftaran Negara dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) melalukan perbuatan bersifat Mahathir Mohamad itu.

Dalam hubungan ini bagi saya kalau pencemaran dan pencabulan ke atas hak rakyat dan negara ini yang dilakukan oleh manusia bajingan itu tidak diatasi, rasanya baik oposisi pulaukan sahaja pilihan raya. Tidak ada gunanya menyertai pilihan raya yang sudah jelas tidak adil kerana perbuatan begitu samalah dengan menipu diri sendiri.

Apakah pembangkang merasa takut untuk berbuat demikian? Sebenarnya tidak ada guna sedikitpun kepada pembangkang untuk mempertahankan kuasa dan kedaulatan yang dinodai. Keburukan tidak perlu dipelihara lagi. Janganlah pulau pilihan raya sesudah kalah kerana ia tidak membawa apa-apa erti pun. Tindakan dan sikap begitu juga kelak orang akan menuduh oposisi tak ubah seperti musang yang tidak dapat anggur dengan mengatakan anggur itu masam. [wm.kl.11:00 am 03/08/11]

RAKAN BLOGGER